top_banner

 
Panduan Pendaftaran Kontraktor Bekalan & Perkhidmatan
1.    
SYARAT-SYARAT UNTUK MENDAFTAR
     
  1.1  
Syarikat hendaklah mempunyai modal terkumpul/berbayar seperti berikut:
     
  i)  
Tidak kurang dari RM2,500.00 bagi bidang biasa
  ii)  
Tidak kurang dari RM10,000.00 hingga RM100,000.00 bagi bidang khas (sila rujuk syarat-syarat pendaftaran bagi bidang khas).
  iii)  
Tidak kurang dari RM10,000.00 bagi bidang pembuat.
     
  1.2  
Bagi bidang biasa syarikat boleh beroperasi di pejabat atau rumah kediaman.
     
  1.3  
Syarikat hendaklah mempunyai akaun semasa (current account) bank.
     
  1.4  
Bagi syarikat perseorangan/perkongsian, bidang-bidang yang dipohon untuk didaftarkan hendaklah selaras dengan jenis perniagaan yang dinyatakan dalam Borang B, Unit Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
     
  1.5  
Syarikat juga dikehendaki memiliki lesen-lesen yang sah bagi sesuatu bidang yang hendak didaftarkan mengikut peruntukkan undang-undang seperti di Lampiran 1.
     
2.    
SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN BIDANG KHAS
     
     
Semua bidang khas akan dilawat. Syarikat hendaklah mengemukan penyata caruman KWSP dan peta menuju ke premis. Bagi bidang khas ini syarikat tidak dibenarkan beroperasi di premis kediaman.
     
  2.1  
Bidang Percetakan - 221001 hingga 221013
     
  i)  
Modal berbayar/terkumpul RM10,000.00.
  ii)  
Penguasaan syarikat 100% bumiputera.
  iii)  
Lesen percetakan dari KDN.
  iv)  
Surat kelulusan Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan bagi bidang 221009.
     
  2.2  
Pemilik Kapal - 221101
     
  i)  
Modal berbayar/terkumpul RM50,000.00.
  ii)  
Penguasaan syarikat sekurang-kurangnya 51% bumiputera.
  iii)  
Certificate Of Malaysian Registry.
     
  2.3  
Broker Perkapalan - 221102
     
  i)  
Modal berbayar/terkumpul RM50,000.00.
  ii)  
Penguasaan syarikat sekurang-kurangnya 51% bumiputera.
  iii)  
Surat Perlantikan daripada Syarikat Perkapalan.
     
  2.4  
Agen Perkapalan - 221103
     
  i)  
Modal berbayar/terkumpul RM50,000.00.
  ii)  
Penguasaan syarikat sekurang-kurangnya 51% bumiputera.
  iii)  
Surat Perlantikan daripada Jabatan Kastam.
     
  2.5  
Pengangkutan Lori - 221104
     
  i)  
Modal berbayar/terkumpul RM30,000.00.
  ii)  
Penguasaan syarikat sekurang-kurangnya 51% bumiputera.
  iii)  
Geran & Permit Lori.
  iv)  
Memiliki lori sendiri.
     
  2.6  
Agen Penghantaran - 221105
     
  i)  
Modal berbayar/terkumpul RM30,000.00.
  ii)  
Penguasaan syarikat sekurang-kurangnya 51% bumiputera.
  iii)  
Surat Perlantikan daripada Jabatan Kastam.
     
  2.7  
Pembungkusan - 221106
     
  i)  
Modal berbayar/terkumpul RM30,000.00.
  ii)  
Penguasaan syarikat sekurang-kurangnya 51% bumiputera.
  iii)  
Mempunyai stor/warehouse.
     
  2.8  
Syarikat Insurans - 221201
     
  i)  
Modal berbayar/terkumpul RM100,000.00.
  ii)  
Penguasaan syarikat sekurang-kurangnya 51% bumiputera.
  iii)  
Lesen daripada Bank Negara Malaysia.
     

 

© LesenKewangan.com 2008 - 2011