3 Perkara Penting Mohon Lesen Kewangan Yang Perlu Tahu

by

mohon lesen kewangan

Ramai pembekal yang ingin mohon lesen kewangan syarikat mereka bagi membolehkan syarikat memasuki tender/sebut harga yang dikeluarkan oleh kerajaan. Ketika memohon sudah pasti anda mahukan lesen anda diluluskan dengan cepat dan mendapat sijil yang betul. Selain perlu menepati syarat penyediaan dokumen seperti SSM dan penyata akaun semasa syarikat, pembekal juga perlu mengambil tahu beberapa perkara penting semasa memohon lesen kewangan anda dengan pihak Kementerian Kewangan Malaysia (KKM). Pihak Lesenkewangan.com sentiasa akan menasihati dan membantu anda dalam proses menguruskan pendaftaran lesen kewangan ini supaya lesen anda dapat diluluskan dalam tempoh masa yang di inginkan.

DOKUMEN YANG SAH UNTUK MOHON LESEN KEWANGAN

Untuk mohon lesen kewangan bukan sahaja anda perlu menyediakan dokumen yang diperlukan, tetapi anda perlu juga memastikan bahawa maklumat di dalam dokumen tersebut adalah benar dan terkini. Jika anda memalsukan dokumen, lesen kewangan anda boleh ditarik balik oleh pihak KKM dan akan dikenakan tindakan tatatertib. Syarikat yang gagal mengemukakan maklumat terkini juga boleh menyebabkan permohonan anda ditolak. Hal ini kerana sistem eperolehan telah disambungkan bersama data syarikat yang didaftarkan di SSM. Adalah wajib untuk syarikat memberikan dokumen selari dengan maklumat yang didaftarkan di dalam SSM.

Pemilik syarikat harus peka dan sentiasa mengemas kini dokumen pendaftaran syarikat supaya proses permohonan lesen kewangan dapat berjalan dengan lancar. Mengikut pengalaman kami, kebanyakan pemilik tidak mengemas kini alamat perniagaan yang terbaru. Alamat perniagaan ini penting kerana ia akan ditunjukkan di dalam lesen kewangan anda.

PEMILIHAN KOD BIDANG LESEN

Pemilihan kod bidang merupakan elemen penting semasa proses pendaftaran lesen kewangan dilakukan. Ia akan menentukan jenis tawaran tender yang anda layak mohon nanti. Walaupun anda dibenarkan berdaftar sehingga 30 jenis kod bidang, anda perlu pastikan bahawa keterangan kod ini mesti didaftarkan di dalam jenis perniagaan syarikat anda. Kod bidang yang tidak selari dengan jenis perniagaan akan ditolak oleh pegawai yang meluluskan permohonan anda.

Bagi individu yang mempunyai lebih dari satu syarikat yang berdaftar lesen kewangan, anda tidak boleh memilih kod yang sama untuk setiap syarikat anda. Ia bertujuan untuk mengelakkan berlakunya pakatan harga atau salah laku semasa memohon tender/sebut harga. Pastikan anda meneliti kod bidang anda terlebih dahulu sebelum memohon. Dapatkan nasihat kami jika anda tidak pasti. Tidak salah untuk memiliki lebih dari satu sijil kewangan dengan syarat setiap sijil menggunakan kod bidang yang berlainan.

MAKLUMAT SIJIL

Setelah anda kemukakan dokumen dan maklumat yang lengkap untuk mohon lesen kewangan, semestinya anda mengharap kan sijil kewangan anda diluluskan. Tetapi bila anda ingin gunakan untuk sesi taklimat atau lawatan tapak, wakil syarikat tidak dibenarkan masuk masuk. Macam mana perkara ini boleh terjadi sedangkan anda telah mendaftar kan lesen kewangan dengan sah? Dalam kes ini, ramai pembekal yang terlepas pandang berkenaan penama sijil yang diberi kuasa. Di dalam sijil kewangan anda terdapat nama yang akan keluar di dalam sijil. Hanya penama ini sahaja yang layak untuk mewakili syarikat bagi menguruskan tender/sebut harga atau menyertai taklimat dan lawatan tapak tender.

Setiap syarikat dibenarkan meletakkan maksima 10 orang penama di dalam sijil. Pemilik harus mengenal pasti penama ini dan pastikan penama ini dimasukkan semasa memohon lesen kewangan. Bagi yang ingin menambah penama ini di dalam sijil kewangan boleh membuat permohonan kemas kini profil syarikat. Pihak KKM akan mengeluarkan sijil kewangan yang baru dengan penama sijil yang terkini.

RUMUSAN

Walaupun perkara diatas nampak seperti mudah, namun kesalahan maklumat tersebut boleh menyebabkan permohonan anda ditolak atau syarikat anda terpaksa menanggung kerugian bagi membuat permohonan mengemas profil untuk mengubah maklumat yang salah. Ia juga akan merugikan masa anda untuk menguruskannya dan menunggu permohonan lulus. Diharap dengan sedikit perkongsian ini dapat membantu anda secara langsung atau tidak langsung dalam menguruskan permohonan pendaftaran lesen kewangan anda. Jika anda masih ragu-ragu dan tidak pasti, anda boleh terus berhubung dengan pegawai kami di Lesenkewangan.com atau pergi ke Borang Permohonan untuk terus memohon lesen kewangan.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

×