3 Punca Utama Pendaftaran Sijil MOF Untuk Enterprise Ditolak

by

pendaftaran_mof

Pendaftaran sijil MOF untuk enterprise dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) ini  tidak lah sukar tetapi prosesnya agak melecehkan. Anda bukan sahaja perlu mempunyai kemahiran dalam menggunakan komputer, malah perlu tahu menggunakan internet. Ini adalah antara punca  utama mengapa kebanyakan pemohon mempunyai masalah dalam proses pendaftaran mof untuk enterprise. Kebanyakan daripada dokumen permohonan yang dilampirkan tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan menyebabkan permohonan mereka tidak diluluskan. Di sini saya kongsikan 3 sebab pendaftaran sijil MOF untuk Enterprise tidak diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Kod Bidang Tidak Selari Dengan Jenis Perniagaan Dalam SSM

Untuk pemilihan kod bidang rumah atau kod bidang bekalan & perkhidmatan untuk pendaftaran syarikat Enterprise pembekal harus memastikan jenis perniagaan dalam SSM selari dengan kod bidang yang dimohon. Jika kod bidang yang dipohon itu tidak ada dalam jenis perniagaan SSM pembekal akan menyebabkan Kementerian Kewangan Malaysia menolak permohonan pendaftaran sijil MOF anda.

Menggunakan Penyata Akaun Simpanan

Untuk pendaftaran syarikat Enterprise, penyata akaun simpanan atas nama pemilik tidak dibenarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Pembekal harus membuka akaun semasa atas nama syarikat dan mempunyai baki terkini dalam akaun tersebut sekurang-kurangnya RM2500.

Perjanjian Sewa Premis Yang Dimatikan Setem

Untuk pendaftaran sijil MOF syarikat Enterprise yang mengunakan alamat pejabat mereka diwajibkan mengemukan surat perjanjian sewa yang terkini lengkap dimatikan setem. Jika pembekal menggunakan alamat rumah sebagai premis perniagaan mereka harus mengemukakan geran tanah bagi rumah milik sendiri dan jika rumah itu disewa mereka harus menyediakan surat perjanjian sewa tersebut.

Walaupun bagaimanapun, segala masalah ini boleh diselesaikan. Di sinilah peranan pihak kami di Lesenkewangan.com dapat membantu anda. Kami menyediakan perkhidmatan pendaftaran MOF dan memberi khidmat rundingan mengenai proses pendaftaran MOF. Segala-galanya diselesaikan oleh syarikat kami. Anda cuma sediakan dokumen yang pihak kami perlukan dan kami uruskan proses pendaftaran sepenuhnya sehingga mendapat kelulusan sijil kewangan dari Kementerian Kewangan Malaysia. Hubungi talian hotline kami 018 – 9652 800 atau emailkan ke support@lesenkewangan.com untuk sebarang pertanyaan.

I really like the feedback action on your part. continue this attitude. thank you

Ain securinas

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

×