3 kunci Sabar Bagi Usahawan Perniagaan Untuk Kekal Berjaya

by

usahawan perniagaan

Sabar

Sabar merupakan elemen yang penting di dalam sesebuah usahawan perniagaan. Orang yang berjaya dalam perniagaan adalah usahawan perniagaan yang sabar dalam pelbagai perkara yang mereka lalui. Sabar membuatkan kita lebih tenang, tidak mudah melenting, tidak gopoh dan dapat membuat keputusan dengan tepat. Keputusan yang tepat amat penting kepada sesebuah perniagaan kerana kesannya akan dirasai dalam jangka pendek atau pun panjang. Jika tersilap buat keputusan, kita berkemunkinan akan mengalami kerugian yang besar seterusnya memberi impak yang buruk kepada perniagaan kita. 

Sabar Menempuh Cabaran Sebagai Usahawan Perniagaan

Dalam bidang usahawan perniagaan kita memang tidak akan lari dari cabaran. Semakin tinggi kita capai, semakin tinggi cabaran yang kita akan tempuhi. Turun naik perniagaan adalah  perkara biasa dalam perniagaan. Ia akan menjadi amat sukar bagi mereka yang tidak sabar, terutamanya ketika turun yang banyak dan selalu, dan naiknya sedikit-sedikit. Tanpa sabar kita akan cepat merasa untuk mengalah sebelum menempuh cabaran tersebut.

Tambahan pula dengan keadaan wabak pendemik COVID-19 ini banyak perniagaan yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini memberikan satu tamparan yang sangat hebat untuk semua usahawan perniagaan di Malaysia. Mana tidaknya, premis terpaksa ditutup dalam tempoh yang lama namum majikan tetap perlu menanggung kos overhead yang tinggi seperti sewa dan gaji pekerja setiap bulan. Dalam situasi ini, pemilik perniagaan perlu lebih bijak mencari solusi yang terbaik untuk syarikat. Jangan cepat mengalah, pasti ada jalan keluar dan penyelesaian.

Sabar Menuntut Ilmu Dan Timba Pengalaman

Untuk berjaya dalam perniagaan setiap individu perlu ada ilmu pengetahuan dan pengalaman. Untuk mendapatkan ilmu dan pengalaman, ia memerlukan pengorbanan masa dan wang ringgit. Menjadi usahawan perniagaan bukan satu perkara yang mudah terutama bagi individu yang baru menceburinya. Tanpa ilmu dan pengalaman, perniagaan kita tidak mempunyai hala tuju dengan tepat.  Bagi yang telah mempunyai banyak pengalaman berniaga, gunakan pengalaman tersebut selari dengan ilmu yang diperolehi.

Selain mempunyai ilmu perniagaan, jangan lupa untuk daftarkan perniagaan anda dengan Suruhanja Syarikat Malaysia (SSM). kod untuk mendaftar syarikat tidak lah terlalu tinggi. Bayaranya hanya sekitar RM70.00 setahun. Menjalankan perniagaan tanpa mendaftarkan syarikat dengan SSM boleh menyebabkan anda dikompaun. Jika sudah daftar perniagaan bolehlah syarikat daftar lesen Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) pula untuk mengembangkan lagi pasaran perniagaan.

Sabar Ketika Gagal

Ramai peniaga yang gagal bangkit semula kerana tidak sabar selepas mengalami kegagalan kali pertama. Jika kita lihat sejarah perniagaan yang terkenal, kebanyakan mereka pernah merasai kegagalan pada awal perniagaan. Bermula dari detik kegagalan inilah yang mendorong mereka untuk naik semula dengan lebih tinggi. Hasil kesabaran mereka merancang semula perniagaan memberi kesan positif sehingga perniagaanya terkenal hingga kini. Sekali anda gagal tidak bermakna selamanya anda gagal. Kegagalan itu boleh menjadi pengajaran kepada diri kita disamping sebagai penguat untuk kita bangkit dan mencapai kejayaan yang lebih tinggi.

Kesimpulan

Kami di Lesenkewangan.com sentiasa mendoakan bahawa perniagaan anda semua meningkat maju. Jangan sesekali mudah mengalah.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Apa Itu Lesen MOF?

Apa Itu Lesen MOF?

Pengenalan Dalam perniagaan, pemasaran produk dan perkhidmatan merupakan salah satu aspek yang...

×