3 Sebab Utama Kegagalan Lesen Kewangan

9/08/2021 | Umum

kegagalan lesen kewangan

 Faktor-faktor kegagalan lesen kewangan adalah disebabkan oleh beberapa perkara. Hal ini dapat dibincangkan di dalam penulisan saya ini. Jom saya kongsikan penyumbang kepada kegagalan untuk mohon lesen kewangan dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF) seperti :

Tiada Annual Return Syarikat Yang Terkini

Untuk memohon lesen kewangan dengan Kementerian Kewangan Malaysia, pihak kami memerlukan dokumen Annual Return atau Section 68 yang terkini disahkan oleh company secretary syarikat. Dokumen ini diperlukan bagi menyemak saham pemilik syarikat, pengarah syarikat, modal berbayar terkumpul, maklumat syarikat seperti alamat yang dinyatakan & maklumat cawangan syarikat. Jika syarikat yang baru beroperasi tidak melebihi tempoh setahun, dokumen Section 14 yang perlu dilampirkan. Dokumen ini sangat penting semasa pendaftaran lesen kewangan. Jika dokumen ini tiada, kemungkinan salah satu faktor kepada kegagalan lesen kewangan syarikat anda oleh pihak MOF.

Tiada Perjanjian Sewa Yang Dimatikan Setem

Sekiranya syarikat anda menggunakan alamat pejabat, pihak kami akan meminta dokumen perjanjian sewa yang masih sah tempoh dan dimatikan setem di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Ini kerana, pegawai MOF memerlukan dokumen lampiran seperti yang dinyatakan. Di dalam perjanjian sewa tersebut, pemilik hendaklah melampirkan butiran seperti nama pemilik premis, jumlah kadar bayaran untuk sebulan & alamat premis yang disewa haruslah selari dengan alamat pejabat. Jika premis pejabat tersebut milik sendiri, boleh hantarkan salinan geran. Jika dokumen ini tiada dan tidak dimatikan setem, kegagalan lesen kewangan syarikat anda akan dinyatakan di dalam sistem Eperolehan.

Tiada KWSP Pekerja

Untuk caruman KWSP pekerja, majikan wajib mencarum sekurang-kurangnya seorang pekerja yang bukan dari ahli pemilik syarikat. Ini kerana pemilik tidak diisytiharkan sebagai pekerja. Alamat yang didaftarkan di dalam sistem KWSP hendaklah selari dengan alamat syarikat semasa yang terkini. Pegawai MOF akan menyemak jumlah bayaran pada resit KWSP & penyata yang dilampirkan semasa memohon lesen kewangan. Jika dokumen tersebut tidak lengkap, hal ini akan mendorong kepada kegagalan lesen kewangan syarikat anda.

Kami di lesenkewangan.com akan menguruskan permohonan sijil kewangan anda. jika dokumen-dokumen seperti di atas sudah lengkap, anda boleh menghubungi pihak kami di talian 018-9652700 / 018-9652800 atau terus hadir ke pejabat untuk serahan dokumen tersebut. Pegawai kami akan membantu bagi mendapatkan lesen kewangan untuk syarikat anda.

Artikel Berkaitan

7 Cara Elak Permohonan MOF Ditolak

7 Cara Elak Permohonan MOF Ditolak

Ketahui cara elak permohonan MOF ditolak dengan semakan dokumen, kod bidang, profil syarikat dan ePerolehan yang tepat sebelum hantar.

Cara Tukar Alamat dalam ePerolehan

Cara Tukar Alamat dalam ePerolehan

Panduan tukar alamat dalam ePerolehan untuk syarikat MOF – dokumen perlu, langkah kemas kini, punca gagal dan cara elak permohonan ditolak.

Apa Jadi Jika MOF Luput?

Apa Jadi Jika MOF Luput?

Apa jadi jika MOF luput? Fahami kesan pada tender, pembaharuan, profil syarikat dan langkah cepat yang perlu dibuat sebelum peluang terlepas.

Lesen MOF: Syarat, Proses dan Kos

Lesen MOF: Syarat, Proses dan Kos

Ketahui syarat, proses, dokumen dan kos lesen MOF untuk syarikat di Malaysia supaya pendaftaran berjalan lancar dan cepat diluluskan.

8 Manfaat Daftar Pembekal Kerajaan

8 Manfaat Daftar Pembekal Kerajaan

Ketahui 8 manfaat daftar pembekal kerajaan untuk syarikat anda, dari akses tender hingga bina kredibiliti dan tambah peluang jualan sektor awam.