4 Fakta Menarik Tentang Daftar Lesen MOF

by

Daftar Lesen MOF

Sebut sahaja daftar lesen MOF tentu sahaja ia merujuk kepada lesen atau sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) bagi peniaga yang ingin berurusan dengan jabatan kerajaan. Lesen MOF juga sering disebut sebagai lesen atau sijil kewangan. Tidak kira nama apa yang anda panggil kerana fungsi nya tetap sama. Sebahagian perniaga mungkin telah memiliki lesen MOF ini dan ada juga yang masih belum memohon. Jadi apa yang menarik dengan lesen sijil kewangan ini? Adakah sekadar untuk ditampal di dinding pejabat untuk tatapan umum sahaja? Disini kami senaraikan 4 fakta menarik tentang lesen MOF.

Syarat utama untuk memasuki sebut harga atau tender

Sebelum anda memikirkan untuk menyediakan dokumen lain, pastikan syarikat anda daftar lesen MOF sebelum membuat transaksi dengan jabatan kerajaan. Tanpa lesen kewangan pihak kerajaan tidak boleh membuat pembayaran ke atas perkhidmatan atau produk yang telah ditawarkan. Hal ini kerana syarikat anda tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) seterusnya tidak mempunyai sistem eperolehan sebagai medium pembayaran dari pihak jabatan kerajaan. Perkara ini boleh merugikan dan mengganggu aktiviti perniagaan syarikat. Sila semak sijil anda sebelum berurusan dan memastikan bahawa sijil kewangan anda masih berada dalam tempoh sah laku.

Syarikat Nampak lebih kukuh dan dipercayai

Memiliki lesen MOF sedikit sebanyak dapat menaikan nama syarikat anda. Pandangan umum bagi syarikat yang telah daftar lesen MOF ini lebih dipercayai kerana segala data atau maklumat syarikat telah pun didaftarkan di dalam Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Oleh itu, syarikat ini dijamin kukuh dan dipercayai kesahihannya. Pembeli atau pengguna dari jabatan kerajaan dapat menyemak terlebih dahulu maklumat perniagaan kita sebelum berurusan. Pengalaman berurusan dengan jabatan kerajaan juga dapat menyakinkan pembeli yang ingin mendapatkan perkhidmatan atau produk daripada syarikat.

Segalanya di hujung jari

Setiap syarikat yang daftar lesen MOF mempunyai sistem eperolehan untuk diuruskan. Tujuan sistem Eperolehan ini diwujudkan adalah untuk membantu perniaga yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) untuk menguruskan permohonan dan urus niaga dengan jabatan kerajaan secara atas talian sahaja. Terdapat juga ruang untuk perniaga mengiklankan produk atau perkhidmatan secara atas talian secara percuma. Jabatan kerajaan yang berminat dengan perkhidmatan dan produk anda akan terus menghubungi syarikat anda.

Tempoh sah lesen selama 3 tahun

Setiap syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) akan diberi tempoh sah laku sijil selama 3 tahun. Syarikat tidak diberi pilihan untuk memilih tempoh sah laku samada 1 tahun atau lebih dari 3 tahun kerana ia telah ditetapkan untuk 3 tahun sahaja tempoh sah laku. Kelebihan ini dapat dinikmati oleh syarikat kerana tidak perlu pening kepala untuk membuat permohonan setiap tahun. Namun jika terdapat perubahan pada maklumat syarikat semasa tempoh lesen MOF masih sah tempoh, syarikat perlu membuat permohonan kepada pihak MOF untuk mengemaskini maklumat yang terkini.

Rumusan

Banyak lagi perkara yang menarik yang ingin kami kongsikan berkenaan daftar lesen MOF ini. Jadilah sebahagian daripada pelanggan kami untuk menikmati manfaat yang ingin kami berikan. Hanya perlu dail 018-9652 700 / 800 untuk berurusan dengan pihak Lesenkewangan.com. Pegawai kami sedia melayani anda.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

×