5 Dokumen Pendaftaran Lesen MOF Untuk Enterprise

by

pendaftaran lesen mof

Pengenalan

Pendaftaran lesen mof dengan Kementerian Kewangan Malaysia ini  tidak lah sukar tetapi prosesnya agak melecehkan. Anda bukan sahaja perlu mempunyai kemahiran dalam menggunakan komputer,  malah perlu tahu menggunakan internet. Ini adalah antara punca  utama mengapa kebanyakan pemohon mempunyai masalah dalam proses pendaftaran MOF. Punca kedua kenapa proses permohonan sering gagal ialah kebanyakan pemohon tidak tahu skema permohonan. Kebanyakan daripada dokumen permohonan yang dilampirkan tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Penyediaan Dokumen Penting

Bagi pendaftaran lesen MOF untuk Enterprise, permohonan sering gagal kerana kod bidang MOF yang dipohon tidak didaftarkan di dalam jenis perniagaan SSM anda. Begitu juga dengan syarikat Sdn Bhd, kegagalan proses permohonan lesen MOF sering dikaitkan dengan modal berbayar syarikat. Kebanyakan syarikat yang didaftarkan dengan SSM cuma mempunyai modal RM2.00 sahaja. Sekurang-kurangnya modal berbayar yang diperlukan bagi permohonan MOF ialah minima RM2,500.00.Bermula pada tahun 2012, syarat-syarat permohonan MOF telah bertambah dan diperketatkan dari semasa ke semasa.

Antara syarat terkini bagi setiap permohonan lesen MOF, tidak kira syarikat Enterprise atau Sdn Bhd, tidak semua bidang MOF boleh dipohon jika perniagaan dilakukan menggunakan premis rumah kediaman.Syarat ini sering menjadi masalah kepada setiap pemohon kerana kebiasaannya mereka beroperasi dari rumah dan tidak mempunyai pejabat perniagaan yang sah.Bagi pendaftaran MOF untuk Enterprise, dokumen asas yang anda perlu sediakan adalah seperti salinan SSM anda, salinan Kad Pengenalan Pemilik & Pekerja, Penyata Bank bagi akaun semasa syarikat yang terkini berbaki sekurang-kurangnya RM2,500.00 dan Penyata/Borang A & resit bayaran KWSP bagi bulan terkini. Bagi yang menggunakan alamat pejabat pula wajib kemukakan lesen pihak berkuasa tempatan (PBT) dan surat perjanjian sewa premis yang telah dimatikan setem.

Kesimpulan

Walaupun bagaimanapun, segala masalah ini boleh diselesaikan. Di sinilah peranan pihak kami di Lesenkewangan.com dapat membantu anda. Kami menyediakan perkhidmatan pendaftaran lesen MOF dan memberi khidmat rundingan mengenai proses pendaftaran lesen MOF. Hubungi talian hotline kami 018 – 9652 800 atau emailkan ke support@lesenkewangan.com untuk sebarang pertanyaan. Anda juga boleh mengisi Borang Permohonan dan kami akan uruskan permohonan tersebut untuk syarikat anda.Tiada kerunsingan, tiada bebanan untuk anda.

2 Comments

  1. Rina Renuga Karunanity

    Im doing Event Management mainly supplying PA Systems.

    My company address is my hse premises and i only run my business with partimers.

    However, I would like to register my company for MOF licence for my future development.

    Hopefully your goodself to assist me further.

    Thank You.

    Reply
    • Administrator

      Great! Please contact our team for quick guide.

      Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

No Results Found

The page you requested could not be found. Try refining your search, or use the navigation above to locate the post.

×