5 Jenis Permohonan Yang Boleh Buat Dengan MOF

by

jenis permohonan

Jom kenali 5 jenis permohonan yang didaftarkan dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Kami di team Lesenkewangan.com akan menjelaskan kepada anda berkaitan dengan jenis permohonan yang boleh didaftarkan dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

Umum mengetahui setiap projek yang hendak dimasuk oleh pihak pembekal wajib mempunyai sijil kewangan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Namun, adakah pembekal mengetahui jenis permohonan yang boleh dibuat dengan MOF selain sijil kewangan? Sebenarnya ada banyak jenis permohonan yang boleh dipohon dengan MOF yang berkaitan dengan tender dan sebut harga.

Pendaftaran Baru

Untuk makluman setiap pembekal seharusnya membuat pendaftaran baru dahulu dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi mendapatkan sijil kewangan. Tempoh kelulusan bagi pendaftaran baru hanyalah memakan masa 7 hingga 14 hari sahaja. Untuk pendaftaran baru anda hanya perlu sediakan dokumen-dokumen basic dalam syarikat.

Permohonan Pembaharuan

Untuk makluman sijil kewangan perlu diperbaharui setiap 3 tahun bermula daripada tarikh sijil tersebut dikeluarkan. Para pembekal dinasihatkan untuk alert dengan tempoh sah sijil yang tertera pada sijil kewangan anda, supaya anda tidak menggunakan sijil yang telah expired. Sekiranya tempoh expired sijil tersebut telah melebihi daripada setahun, anda tidak boleh membuat permohonan pembaharuan dan perlu membuat pendaftaran baru semula. Jadi anda dinasihatkan supaya memperbaharui sijil ini 3 bulan sebelum tarikh expired itu.

Pendaftaran Taraf Bumiputera

Untuk memohon status bumiputera bagi syarikat anda, hendaklah memastikan perniagaan dimiliki oleh 100% bumiputera dari segi pegangan saham, pekerja, penandatangan cek dan sebagainya. Namun jika syarikat anda merupakan syarikat bukan 100% bumiputera, anda perlu memastikan saham yang dipegang oleh bumiputera hendaklah 70% manakala bukan bumiputera 30%. Bagi pengurusan syarikat juga hendaklah majoriti oleh bumiputera seperti pekerja, penandatangan cek dan sebagainya hendaklah diambil kira. Untuk makluman juga, tempoh kelulusan permohonan ini memakan masa sebulan atau lebih kerana permohonan ini perlukan lawatan tapak daripada pegawai MOF ke pejabat anda sebelum diluluskan.

Permohonan Kemaskini Profil

Sekiranya terdapat sebarang perubahan yang berlaku dalam syarikat anda, wajib untuk anda membuat permohonan kemaskini dengan MOF. Hal ini kerana, setiap perubahan yang berlaku MOF akan rujuk kepada perkara yang didaftarkan dengan SSM. Oleh itu, anda perlu selaraskan maklumat-maklumat yang betul didalam sistem eperolehan syarikat anda supaya tidak berlaku kesilapan atau kekeliruan antara MOF & SSM. Perubahan yang berlaku antaranya pertambahan saham syarikat, pertukaran/pertambahan pengarah/pemilik, kemaskini penyata akaun bank semasa syarikat dan kemaskini maklumat-maklumat staff dalam syarikat.

Pendaftaran Tambah Kod Bidang

Untuk makluman jumlah maksimum kod bidang yang boleh di mohon adalah 30 kod bidang. Minimum sekurang-kurangnya 1 kod bidang berdaftar. Jadi pembekal boleh mohon sebanyak mana kod yang ada dalam jenis perniagaan syarikat asalkan tidak lebih daripada 30 jenis kod. Pembekal juga perlu memastikan setiap kod yang dipohon berdaftar dengan SSM dahulu sebelum mohon dengan MOF, supaya kod tersebut selari.

Namun jika kod bidang anda sudah sampai limit, anda boleh buang kod yang tidak berkaitan dengan jenis perniagaan atau tidak digunakan dalam syarikat anda dengan menggantikan dengan kod yang lain. Untuk makluman kod bidang yang telah dihapuskan dalam sijil kewangan anda tidak boleh dipohon semula dalam tempoh setahun. Anda perlu menunggu setahun untuk tambah semula kod bidang tersebut sekiranya perlu digunakan. Jadi, anda diingatkan supaya fikir masak-masak dahulu sebelum hapuskan kod bidang yang sedia ada itu agar tidak datang penyesalan anda dikemudian hari.

Untuk makluman pembekal sekalian, sekiranya syarikat anda baru sahaja selesai mendaftar jenis permohonan baru dengan MOF dan telah mendapat kelulusan, jika syarikat ingin membuat sebarang perubahan dalam sistem eperolehan disarankan untuk menunggu tempoh matang sehingga 6 bulan dahulu baru dibenarkan untuk membuat permohonan kemaskini profil.

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai jenis permohonan yang boleh dibuat dengan MOF, boleh hubungi kami ditalian 018 9652 700 atau 018 9652 800. Atau anda masih keliru jenis permohonan apa yang perlu anda mohon untuk syarikat anda boleh ke laman sesawang kami untuk dapatkan khidmat konsultan.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

×