5 Sebab Lesen Bumiputera Ditolak

by

lesen bumiputera

Ramai yang sudah ada lesen kewangan MOF, tetapi hendak mendaftar lesen bumiputera pula..? Bagaimana sekiranya syarikat tidak cukup syarat untuk memohon lesen bumiputera dan penyebab permohonan lesen bumiputera ditolak.. Jom saya kongsikan di bawah antara penyebab kegagalan lesen bumiputera semasa mendaftar.

Tiada Perjanjian sewa yang dimatikan setem

      Kebanyakan syarikat di luar sana tidak mempunyai dokumen seperti perjanjian sewa. Hal  ini menimbulkan keraguan pegawai MOF yang akan datang melawat premis perniagaan anda untuk menyemak dokumen. Perjanjian sewa tersebut hendaklah dimatikan setem dan masih belum tamat tempoh.

Tiada papan tanda

      Sekiranya syarikat anda ingin memohon lesen bumiputera, papan tanda yang mempunyai nama syarikat wajib ada . Ini bagi memudahkan pegawai yang akan datang melihat papan tanda tersebut. Sekiranya tiada papan tanda yang besar, saiz sederhana kecil juga boleh diterima.

Tiada peta lakar

      Peta lakaran ini hendaklah dilakar bagi mengetahui tempat di mana syarikat anda berada. Untuk peta lakaran, muat turun Internet/Google maps tidak diterima oleh pegawai MOF. Anda seharusnya melakar peta lakaran yang lengkap dengan mercu tanda & nama jalan menuju ke premis syarikat.

Tiada caruman KWSP pekerja

      Untuk caruman KWSP pekerja, majikan hendaklah mencarum di atas nama syarikat, menggunakan alamat syarikat dan menghantar resit & penyata KWSP tersebut untuk bulan yang terkini. Pekerja yang diikrarkan di dalam sistem Eperolehan yang akan dicarumkan KWSP. Baki jumlah bayaran tidak boleh ditutup untuk memudahkan pegawai MOF menyemak resit dan status bayaran tersebut.

Tiada pekerja disyarikat

      Semasa pegawai MOF hadir ke premis syarikat anda, seorang pekerja atau majikan hendaklah sentiasa berada dipremis tersebut bagi memudahkan urusan pegawai MOF yang hadir menyemak dokumen-dokumen dan bertanyakan soalan mengenai syarikat.

Akhir kata, anda boleh melihat pelanggan-pelanggan lain yang telah mendapatkan perkhidmatan kami di lesenkewangan.com..Tunggu apa lagi, jom hubungi phak kami di talian 018-9652800.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

No Results Found

The page you requested could not be found. Try refining your search, or use the navigation above to locate the post.

×