Perkhidmatan Kami Tawarkan Untuk Sijil Kewangan Buat Para Pembekal

by

sijil kewangan

Untuk menyertai tender atau sebut harga yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan syarikat perlu mendaftar sijil kewangan MOF Kementerian Kewangan Malaysia dahulu kerana syarat wajib untuk menyertai tender kerajaan ialah syarikat perlu mempunyai sijil kewangan MOF. Anda tidak perlu susah atau pening kepala untuk memikirkan bagaimana cara untuk mendapatkan sijil kewangan MOF ini kerana dengan adanya kami syarikat konsultan boleh membantu anda untuk menguruskan permohonan sijil kewangan tersebut. Kami akan uruskan segala permohonan anda dengan pihak Kementerian Kewangan Malaysia sehingga diluluskan.

Perkhidmatan Dari Pihak Kami

Kami menyediakan perkhidmatan seperti pendaftaran permohonan baru bagi syarikat ROB, ROC dan ROS. Permohonan pembaharuan lesen kewangan yang telah tamat tempoh dan akan tamat tempoh, permohonan tambah kod bidang (kepala) bagi syarikat pembekal yang ingin menambah kod dan masih belum mencukupi tahap maksimum 30 kod bidang , permohonan kemaskini profil sekiranya ada perubahan yang berlaku dalam syarikat pembekal kami akan selesaikan permohonan ini.

Selain itu juga, kami juga menyediakan perkhidmatan untuk syarikat bumiputera yang ingin memiliki sijil bumiputera daripada Kementerian Kewangan Malaysia. Sijil bumiputera boleh dimohon setelah sijil kewangan MOF syarikat telah diluluskan. Anda yang berstatus bumiputera digalakkan untuk membuat permohonan taraf bumiputera dengan MOF supaya anda berpeluang menyertai tender kerajaan yang dibuka khas bagi pembekal yang mempunyai sijil taraf bumiputera ini.

Bukan itu sahaja, anda juga akan disertakan sistem ePerolehan Malaysia apabila permohonan sijil kewangan MOF ini diluluskan. Sistem ePerolehan Malaysia ini merupakan satu platform untuk pembekal melihat dan mencari peluang sebut harga yang dibuka di dalam sistem ini. Dalam sistem ini juga anda akan disertakan id sijil digital yang akan digunakan untuk mengesahkan pembayaran apabila penawaran tender dibuat oleh kerajaan.

Kesimpulan

Buat semua perniagaan di luar sana tidak kira apa jenis perniagaan seperti Enterprise, Trading, Sdn Bhd, Bhd atau Syarikat Perunding sekali pun boleh mendapatkan khidmat kami di Lesenkewangan.com  untuk mendapatkan lesen kewangan ini. Bukan itu sahaja, mana-mana syarikat Koperasi, Pertubuhan atau Perbadanan pun kami boleh dapatkan anda lesen kewangan ini. Hubungi talian hotline kami 018 – 9652 800 atau emailkan ke support@lesenkewangan.com untuk sebarang pertanyaan. Anda juga boleh isikan Borang Permohonan dan kami akan uruskan permohonan tersebut untuk syarikat anda.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Apa Itu Lesen MOF?

Apa Itu Lesen MOF?

Pengenalan Dalam perniagaan, pemasaran produk dan perkhidmatan merupakan salah satu aspek yang...

×