Pengenalan

Berdasarkan laman web SSM, perniagaan adalah meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian atau apa-apa pengusahaan amal atau apa-apa kerja yang dinyatakan dalam jadual di bawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956). Ini bermakna, selain bisnes penjualan barang-barang atau makanan, servis tertentu seperti khidmat rider atau freelance juga termasuk antara perniagaan yang boleh didaftarkan. Namun anda kena tahu perniagaan yang boleh didaftarkan di bawah APP 1956 hanya perniagaan beroperasi di Malaysia Barat iaitu meliputi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan dan bentuk perniagaan adalah seperti perniagaan milik tunggal dan perniagaan perkongsian.

Syarat Pendaftaran Perniagaan SSM

  • Pemilik mestilah Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap.
  • Pemilik mestilah berumur 18 tahun ke atas.
  • Pemilik/rakan kongsi sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan.
  • Pendaftaran baru perniagaan boleh dibuat bagi jangka masa satu (1) tahun dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pendaftaran.
  • Jenis perniagaan yang didaftarkan hendaklah mematuhi keperluan undang-undang, keselamatan persekutuan, ketenteraman awam atau prinsip moral.
  • Seseorang yang menjalankan perniagaan tanpa mendaftarkan perniagaan adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Pendaftaran perniagaan 1956 dan jika disabit kesalahan dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya.
  • Pemilik perniagaan bertanggungjawab untuk mendapat lesen, permit atau surat kebenaran sewajarnya daripada pihak berkuasa yang berkaitan bagi jenis/aktiviti perniagaan yang dijalankan walaupun pendaftaran perniagaan tersebut telah didaftarkan di ssm.

Jika perniagaan/syarikat anda telah berdaftar dengan SSM, anda telah layak secara langsung untuk berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia untuk dapatkan sijil/lesen kewangan. Dengan adanya sijil kewangan ini perniagaan/syarikat anda layak menyertai tender/sebutharga kerajaan yang ditawarkan dalam system Eperolehan. Banyak manfaat yang diperolehi apabila perniagaan/syarikat anda berdaftar dengan SSM & Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Nak kami uruskan pendaftaran sijil kewangan untuk perniagaan/syarikat anda?

Isikan Borang Permohonan anda di laman web Lesenkewangan.com atau hubungi team kami di talian 018 – 9652 700 / 800 untuk dapatkan info lebih jelas tentang pendaftaran perniagaan/syarikat anda dengan Kementerian Kewangan Malaysia.