Apa Itu Akaun Sijil MOF Kementerian Kewangan Malaysia

by

akaun sijil mof

Isi Kandungan

Pengenalan

Apa yang anda faham berkenaan dengan akaun sijil MOF ? akaun MOF digunakan oleh pembekal yang ingin bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan sehingga nilai RM20,000 dan juga yang melebihi had nilai RM20,000. Terdapat 2 jenis pendaftaran kod bidang yang ditawarkan iaitu bidang kontarktor bekalan dan perkhidmatan dan bidang perundingan. Kebanyakan perniaga mereka lebih cenderung untuk mendaftar akaun sijil MOF.

Hal ini kerana skop perniagaan bagi akaun sijil MOF lebih meluas dan kebanyakan dari jabatan kerajaan juga mewajibkan pembekal untuk mendaftar sijil MOF ini sebelum memasuki tender yang ditawarkan oleh pihak kerajaan Malaysia. Bagi pendaftaran sijil MOF yang telah diluluskan, syarikat akan menerima sijil kewangan atau lesen dari Kementerian Kewangan Malaysia . Sijil tersebut sah laku selama 3 tahun dan perlu diperbaharui setiap 3 tahun. Di dalam sijil MOF akan dipaparkan maklumat pendaftaran syarikat anda beserta jenis kod bidang yang telah diluluskan.

Syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia sudah cukup membuktikan bahawa syarikat anda kukuh dan dipercayai. Sedikit sebanyak ia juga dapat menambah nilai kepada syarikat anda diluar sana. Bagi Pembekal yang sudah diluluskan akan diberikan sijil kewangan MOF yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Sijil ini mesti diperbaharui setiap 3 tahun.

Kesimpulan

Akhir kata, pembekal akan mempunyai akaun profil di dalam sistem ePerolehan bagi membolehkan para pembekal menghantar sebut harga, mendapatkan dokumen tender dan menghantar tawaran tender menerusi ePerolehan. Akaun MOF juga mempunyai kod bidang MOF yang tersendiri di mana kod bidang ini yang akan menentukan jenis – jenis tender yang layak dipohon oleh pembekal. Jika berminat untuk mendapatkan khidmat pihak kami boleh hubungi talian hotline kami 018 – 9652 800 atau boleh mengisi Borang Permohonan untuk memohon dengan pihak kami. Pegawai kami di Lesenkewangan.com sentiasa sedia untuk membantu anda seperti pelanggan-pelanggan lain yang telah dapatkan perkhidmatan kami.

Excellent service! We will definitely engage them for other MOF application in the near future.

Tahpi Pty Ltd MYKL

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.

Artikel Berkaitan

Apa Itu Lesen MOF?

Apa Itu Lesen MOF?

Pengenalan Dalam perniagaan, pemasaran produk dan perkhidmatan merupakan salah satu aspek yang...