Apa Itu Lesen MOF?

by

lesen mof

Pengenalan

Dalam perniagaan, pemasaran produk dan perkhidmatan merupakan salah satu aspek yang sangat penting serta mencabar. Terdapat pelbagai cara dan kaedah yang berkesan untuk memasarkan produk dan perkhidmatan perniagaan. Kaedah dan cara pemasaran pula ada yang berbeza mengikut jenis perniagaan. Salah satu kaedah pemasaran yang menarik lagi menguntungkan ialah berniaga dengan Kerajaan Malaysia dan agensi-agensi di bawah seliannya. Mungkin ada diantara kita biasa mendengar berkenaan perkara ini dan mungkin juga tidak. Walaubagaimanapun, sebelum anda boleh memulakan urusniaga dengan pihak kerajaan, anda wajib membuat pendaftaran lesen mof dengan Kementerian Kewangan Malaysia  atau Ministry Of Finance (MOF) untuk memperolehi sijil kewangan anda.

Kelebihan mendaftarkan perniagaan anda dengan Kementerian Kewangan Malaysia

·         Anda boleh menjual produk dan perkhidmatan anda kepada kerajaan Malaysia dan agensi di bawah seliannya.

·         Kaedah memasarkan perkhidmatan dengan cara yang lebih mudah dan sistematik melalui amalan membida tender dan projek secara online serta terbuka menggunakan portal ePerolehan.

·         Latihan dan panduan secara berterusan disediakan oleh pihak MOF bagi usahawan yang berminat.

·         Merupakan tambah nilai kepada perniagaan anda kerana anda telah mendapat pengiktirafan dari Kementerian Kewangan Malaysia.

·         Bagi usahawan bumiputera, anda boleh memohon pengiktirafan penarafan (Status Bumiputera) bersekali dengan proses permohonan lesen MOF bagi menambah nilai perniagaan anda.

Kesimpulan

Mendaftarkan perniagaan anda dengan pihak Kementerian Kewangan Malaysia bukanlah sesuatu yang susah. Anda boleh terus ke laman www.eperolehan.com.my dan mendaftar secara online disana. Jika anda tidak mahu membuang masa untuk proses cuba dan gagal (try and error), serahkan sahaja urusan permohonan lesen MOF tersebut kepada kami di Lesenkewangan.com. Hubungi talian hotline kami 018 – 9652 800 atau emailkan ke support@lesenkewangan.com untuk sebarang pertanyaan. Anda juga boleh mengisi Borang Permohonan dan kami akan uruskan permohonan tersebut untuk dapatkan lesen MOF untuk syarikat anda. Kami di lesenkewangan.com sentiasa memberikan yang terbaik buat anda.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.

Artikel Berkaitan