Perbezaan Daftar Akaun Asas Eperolehan Dan Akaun Sijil MOF

by

akaun asas eperolehan

Maksud

Apa itu akaun asas Eperolehan? Dan apa itu akaun sijil MOF?. Hari Ini saya akan kupaskan sedikit berkenaan kedua-dua jenis pendaftaran ini. Masih ramai lagi perniaga yang keliru berkenaan dua jenis pendaftaran akaun ini. Kesilapan pendaftaran boleh mengakibatkan anda terlepas peluang untuk merebut tender dari jabatan kerajaan seterusnya membawa kerugian kepada perniagaan anda. Mari kita lihat apa perbezaannya.

Akaun Asas Eperolehan

Akaun asas eperolehan adalah satu sistem eperolehan Malaysia bagi pembekal yang ingin berurus niaga dengan jabatan kerajaan persekutuan untuk bekalan dan perkhidmatan dibawah nilai RM20,000.00 melalui pembelian terus. Fungsi katalog di dalam sistem eperolehan ini akan membantu syarikat anda untuk mengiklankan produk dan perkhidmatan yang syarikat tawarkan. Setiap syarikat yang berdaftar akan mempunyai ID Log masuk dan kata laluan untuk akses masuk ke portal eperolehan Malaysia.

Bagi pendaftaran akaun asas eperolehan juga syarikat diwajibkan mendaftar sijil digital eperolehan agar dapat menghantar dan mengesahkan pesanan dari pihak kerajaan melalui sistem eperolehan secara atas talian. Pihak eperolehan Malaysia tidak menyediakan sijil pendaftaran bagi akaun asas eperolehan ini.

Contoh sistem eperolehan

Akaun Sijil MOF

Akaun sijil MOF pula adalah bagi pembekal yang ingin bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan sehingga nilai RM20,000 dan juga yang melebihi had nilai RM20,000. Terdapat 2 jenis pendaftaran kod bidang yang ditawarkan iaitu bidang kontraktor bekalan dan perkhidmatan dan bidang perundingan. Kebanyakan perniaga lebih gemar memilih untuk mendaftar akaun sijil MOF kerana skop perniagaan nya lebih luas dan kebanyakan jabatan kerajaan juga mewajibkan pembekal untuk mendaftar sijil MOF sebelum memasuki tender/sebut harga yang ditawarkan.

Bagi pendaftaran sijil MOF yang telah diluluskan, syarikat akan menerima sijil atau lesen dari Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Sijil ini mempunyai tempoh sah laku selama 3 tahun dan perlu diperbaharui setiap 3 tahun. Di dalam sijil MOF akan dipaparkan maklumat pendaftaran syarikat anda beserta jenis kod bidang yang telah diluluskan. Anda layak untuk memasuki mana-mana tender atau sebut harga yang selari dengan kod bidang yang didaftarkan.

tambah_kod_bidang
Contoh sijil MOF

Rumusan

Kesimpulanya, kita dapat lihat bahawa syarikat lebih cenderung untuk mendaftar akaun sijil MOF berbanding akaun asas eperolehan kerana akaun MOF mempunyai fungsi dan skop yang lebih luas. Syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) sudah cukup membuktikan bahawa syarikat anda kukuh dan dipercayai. Sedikit sebanyak ia dapat menambah nilai kepada syarikat anda diluar sana. Dengan penerangan ini kami berharap dapat membuka mata dan fikiran anda bagi perniaga yang masih tidak tahu untuk membuat keputusan untuk memilih pendaftaran yang mana satu.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh hubungi pegawai kami di talian 018-9652 700 / 800 atau isikan Borang Permohonan dan pihak kami akan hubungi anda untuk keterangan lanjut. Anda tidak perlu pening untuk memikirkan proses pendaftaran kerana segalanya akan diselesaikan oleh pihak kami. Apa tugasan yang anda perlu buat nanti? Tidak perlu susah-susah untuk pergi ke MOF Putrajaya, sediakan dokumen permohonan dan tggu sijil MOF anda sampai ke depan pintu rumah anda. Mudah kan!!

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

No Results Found

The page you requested could not be found. Try refining your search, or use the navigation above to locate the post.

×