Pendaftaran MOF Enterprise Dan Sdn. Bhd.

by

Pendaftaran Mof Enterprise
  • Apa Perbezaan Pendaftaran MOF Enterprise dan sdn bhd?
  • Macam mana nak kenal pasti syarikat saya jenis enterprise atau sdn bhd sebelum register MOF?
  • Saya nak daftar register MOF tetapi hanya daftar syarikat enterprise sahaja?
  • Sama ke cara nak register MOF untuk enterprise dan sdn bhd?

Mesti soalan ini pernah bermain di dalam fikiran anda kan. Untuk pengetahuan anda, syarikat enterprise dan sdn bhd mempunyai perbezaan dari segi dokumen pendaftaran dan operasi syarikat. Namun kedua-dua jenis syarikat ini adalah sah didaftarkan di dalam Malaysia. Menubuhkan syarikat sdn bhd memerlukan modal yang besar berbanding syarikat enterprise. Tidak hairan lah bahawa ramai yang telah memilih untuk mendaftarkan syarikat di bawah kategori enterprise kerana ia lebih murah dan mudah untuk diuruskan.

Bagi proses daftar akaun mof eperolehan pula, anda boleh menggunakan mana-mana jenis syarikat samada enterprise atau sdn bhd. Walaupun syarikat enterprise mempunyai modal yang kecil, syarikat masih boleh memohon untuk lesen mof. Kebiasanya syarikat enterprise akan menggunakan nama seperti trading, enterprise atau resources di bahagian belakang. Ada juga sebahagian yang menggunakan nama pemilik sebagai nama syarikat.

Pendaftaran Mof Enterprise

Untuk pendaftaran MOF enterprise, modal berbayar untuk daftar akaun mof eperolehan yang diperlukan hanya sebanyak RM2,500.00 sahaja bagi pendaftaran senarai kod bidang biasa. Dan jumlah ini perlu ditunjukkan di dalam penyata akaun bank syarikat anda. Bagi penyediaan dokumen juga tidak terlalu rumit. Dokumen yang wajib perlu ada untuk daftar lesen mof sudah semesti sijil pendaftaran SSM syarikat dan penyata akaun semasa bank syarikat anda untuk tempoh 1 bulan terkini.

Pendaftaran Mof Sdn. Bhd.

Untuk mengenal jenis syarikat sdn bhd sudah pasti anda akan dapat melihat perkataan “sdn bhd” dibelakang setiap nama syarikat. Untuk syarikat sdn bhd juga sama sahaja syaratnya RM2,500.00 untuk modal berbayar yang dikira dari jumlah pegangan ekuiti syarikat bagi senarai kod bidang biasa. Namun dokumen untuk daftar akaun mof eperolehan adalah berbeza dari syarikat enterprise. Bagi syarikat sdn bhd, anda wajib untuk melantik setiausaha syarikat dan mendaftarkan syarikat di bawah Akta Syarikat 2016. Dokumen pendaftaran syarikat yang lengkap dengan nama pengarah dan maklumat pegangan saham syarikat yang terkini wajib dikemukakan untuk mendaftar lesen mof.

Tidak kira sama ada syarikat anda pendaftaran MOF enterprise atau sdn bhd, kedua-duanya layak untuk mendaftar daftar akaun mof eperolehan. Yang membezakannya hanyalah dokumen permohonan sahaja. Jika anda masih ragu – ragu dan tidak jelas, pihak kami di https://www.lesenkewangan.com/ sedia untuk membantu anda mneguruskan permohonan daftar akaun mof eperolehan syarikat anda. Hubungi kami di talian 018-9652700 / 800 untuk maklumat lanjut.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

No Results Found

The page you requested could not be found. Try refining your search, or use the navigation above to locate the post.

×