Daftar Sijil Taraf Bumiputera Semudah 123

by

Sijil Taraf Bumiputera

Anda sudah mempunyai sijil kewangan namun masih belum mendaftar sijil taraf bumiputera? Anda tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan sijil taraf bumiputera? Jangan risau kami team MOF Solution akan membantu anda untuk mendapatkan sijil bumiputera dengan syarat anda wajib mempunyai dokumen-dokumen yang perlu disediakan.

Langkah Permohonan

Sebelum membuat pendaftaran sijil taraf bumiputera, pembekal diwajibkan untuk mendapatkan kelulusan bagi permohonan sijil kewangan dahulu, kerana itu merupakan syarat wajib yang dikeluarkan oleh pihak MOF untuk pembekal yang ingin daftar bumiputera. Namun begitu bagaimanakah sijil kewangan ini diproses sebelum mendapatkan kelulusan? Caranya ialah anda perlu daftar akaun eperolehan dahulu melalui sistem di website ePerolehan, kerana permohonan pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia adalah melalui secara atas talian sahaja. Dan sistem ePerolehan ini akan digunakan untuk membuat segala permohonan yang berkaitan dengan MOF seperti daftar bumiputera, daftar sijil kewangan dan daftar sijil digital.

Syarat Permohonan

Syarat seterusnya untuk daftar sijil taraf bumiputera adalah syarikat/perniagaan hendaklah dimiliki oleh 100% bumiputera dan pegangan saham juga hendaklah dikuasai oleh bumiputera. Namun begitu ada sesetengah syarikat/perniagaan mempunyai pengarah atau pemilik yang bukan bumiputera, dan ada juga yang pemilik atau pengarah bercampur antara bumiputera dan bukan bumiputera. Sehubungan itu, anda tidak perlu risau tentang itu kerana pihak MOF telah menetapkan 51% untuk bumiputera dan 49% untuk bukan bumiputera supaya syarikat dapat daftar bumiputera. Apakah 51% dan 49% itu? Meh sini kami terangkan maksud disebalik 51% dan 49% untuk memudahkan pemahaman anda.

Daftar bumiputera untuk 51% merupakan syarikat dimiliki oleh warganegara Malaysia dari segi penguasaan dan pegangan saham, lembaga pengarah, pengurusan dan kakitangan hendaklah sekurang- kurangnya 51% oleh bumiputera. Manakala baki 49% saham boleh dikuasai oleh bukan bumiputera atau bukan malaysia.

Anda perlu memastikan jawatan Lembaga pengarah syarikat dan jawatan- jawatan penting yang lain hendaklah dikuasai oleh bumiputera sekurang-kurangnya 51%. Pengurusan Kewangan dari segi penandatangan cek dan dokumen penting kewangan syarikat hendaklah ditandatangani oleh bumiputera. Seterusnya anda juga perlu memastikan peratusan pegangan saham tertinggi secara individu hendaklah dikuasai oleh bumiputera dengan nisbah 3:1 atau 2:1. Manakala dari segi pembayaran caruman KWSP tertinggi hendaklah dikuasai oleh pekerja bumiputera juga.  Hal ini kerana mof amat menitikberatkan penguasaan 51% didalam syarikat ketika permohonan pendaftaran taraf bumiputera oleh mana-mana syarikat.

Rumusan

Untuk makluman permohonan taraf bumiputera memerlukan lawatan tapak daripada pegawai MOF sebelum mendapat kelulusan. Jadi anda perlu sentiasa bersedia untuk menerima sebarang lawatan yang akan dibuat oleh beberapa orang pegawai MOF nanti. Hal ini kerana, lawatan tapak yang dibuat oleh pegawai tidak akan dimaklumkan waktu dan tarikh lawatan.

Masih lagi belum faham dan jelas dengan penulisan ini? Anda perlukan bantuan dan bimbingan daripada team MOF Solution untuk daftar bumiputera, boleh terus hubungi kami di talian 018-9652800/700 supaya pegawai kami dapat bercakap secara langsung dengan anda agar tidak ada lagi persoalan atau kekeliruan bagi pihak anda. Atau anda juga digalakan untuk isikan Borang Permohonan dan kami akan uruskan permohonan tersebut untuk dapatkan sijil taraf bumiputera untuk syarikat anda.

6 Comments

  1. Norziqtul Akmar Martin

    Bantu sya utk daftar utk memiliki Sijil Kementerian Kewangan Malaysia

    Reply
    • Administrator

      Sila hubungi team kami ditalian 018 9652 800 (En. Faiz/Pn. Fatiha) untuk bantuan segera. Terima kasih.

      Reply
  2. Johan

    Wàsap sya. Nk buat mof n sijil

    Reply
    • Author

      Mohon tuan tinggalkan nombor talefon untuk dihubungi, pegawai kami akan hubungi segera atau boleh juga hubungi kami di 018-9652800.

      Reply
  3. Mohd azwa fahmi bin abdul wahab

    selamat pagi tuan

    saya perlukan STB & SPKK

    Reply
    • Author

      Selamat pagi,

      Mohon untuk tinggalkan nombor talefon tuan. Pegawai kami akan hubungi tuan untuk maklumat lanjut

      Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

No Results Found

The page you requested could not be found. Try refining your search, or use the navigation above to locate the post.

×