3 Fungsi Daftar Eperolehan Perlu Anda Tahu

by

Daftar Eperolehan

Maksud

Daftar Eperolehan merupakan satu sistem di bawah Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) bagi menguruskan permohonan lesen mof dan kerja-kerja berkaitan tender dan sebut harga kerajaan. Jika anda telah mempunyai sijil MOF ditangan anda, sudah semesti syarikat anda juga mempunyai sistem eperolehan. Masih ramai yang menganggap sistem daftar akaun mof eperolehan tidak penting. Janji sudah dapat sijil MOF ditangan segalanya sudah selesai. Sebagai pemilik perniagaan anda harus tahu menggunakan sistem eperolehan supaya anda mendapat memaksimumkan penggunaan sistem ini untuk menajana pendapatan syarikat.

Fungsi Daftar Eperolehan

  • Pendaftaran lesen MOF

Mesti anda ingin tahu kegunaan sistem daftar eperolehan dengan lebih lanjut kan? Fungsi utama Eperolehan registration adalah untuk membuat pendaftaran sijil MOF. Bagi yang mempunyai sijil MOF anda layak untuk bertransaksi dengan jabatan kerajaan sehingga nilai RM20,000 atau lebih. Segala maklumat syarikat mesti di isi dan dimuat naik dengan betul dan tepat bagi mengelakkan permohonan anda ditolak. Anda tidak perlu pening untuk mengetahui cara pendaftaran ini kerana pihak akan uruskan segara proses sehingga sijil MOF anda diluluskan. Hanya perlu isikan Borang Permohonan dan anda akan terus berhubung dengan pegawai perkhidmatan kami.

  • Mengemaskini maklumat syarikat

Walaupun anda telah mendaftar sijil MOF, anda perlu memastikan maklumat syarikat adalah yang terkini. Jika ada berlaku sebarang perubahan maklumat, syarikat boleh membuat permohonan kemaskini profil di dalam sistem daftar eperolehan. Permohonan kemaskini profil ini amat penting bagi memastikan maklumat syarikat tepat dan terkini selari dengan pendaftaran syarikat di SSM. Selain kemaskini profil syarikat, permohonan bagi tambah kod bidang juga boleh di mohon di dalam sistem eperolehan ini bagi menambahkan atau membuang kod bidang sedia ada.

daftar eperolehan
  • Menguruskan tender/sebut harga

Setelah anda menerima sijil MOF tersebut, anda akan dibekalkan dengan ID Log masuk dan Password sistem daftar eperolehan syarikat. ID Log masuk dan password ini akan membolehkan syarikat untuk mendaftar masuk dan menguruskan tender/sebut harga di dalam sistem eperolehan. Eperolehan registration juga mempunyai bahagian pegiklanan dimana jabatan-jabatan kerajaan akan mempelawa kepada sesiapa yang layak untuk memasuki tender atau sebut harga yang diiklankan. Segala proses kemasukan sebut harga atau tender hanya dilakukan secara atas talian (online) di dalam sistem eperolehan. Mudah kan? Anda tidak perlu ke pejabat untuk membeli borang tender seperti yang anda buat sebelum ini.

Kesimpulan

Terdapat banyak lagi fungsi-fungsi lain yang kita boleh dapati di dalam sistem daftar Eperolehan yang perlu anda pelajari. Dengan keadaan pandemic Covid-19 ini, kerajaan sebolehnya ingin menghadkan pergerakan bagi setiap individu agar kita dapat mengawal daripada virus tersebar. Amatlah penting untuk kita menggunakan khidmat atas talian seperti (online) agar urusan lebih mudah dan selamat. Untuk permohonan lesen MOF ini kami boleh buat secara atas talian sahaja dari rumah anda. Hanya perlu sediakan dokumen permohonan dan emailkan kepada pihak kami untuk disemak dan diproses. Tunggu apa lagi, Jom daftar lesen MOF dan eperolehan dengan menghubungi kami di sini

Terdapat banyak lagi fungsi-fungsi lain yang kita boleh dapati di dalam sistem eperolehan yang perlu anda pelajari. Dengan keadaan pandemic Covid-19 ini, kerajaan sebolehnya ingin menghadkan pergerakan bagi setiap individu agar kita dapat mengawal daripada virus tersebar. Amatlah penting untuk kita menggunakan khidmat atas talian seperti (online) agar urusan lebih mudah dan selamat. Untuk permohonan lesen MOF ini kami boleh buat secara atas talian sahaja dari rumah anda. Hanya perlu sediakan dokumen permohonan dan emailkan kepada pihak kami untuk disemak dan diproses. Tunggu apa lagi, Jom daftar lesen MOF dan daftar eperolehan. Ramai yang dah repeat guna services kami seperti cik aida marina kita ni. Siap ajak sedara mara lagi.

Alhamdulillah, this is the second time use their service. Trusted, servis terbaik, sangat bertimbang rasa dan faham situasi pelanggan. recommended, InsyaAllah 2023 plk saya ctc utk renew 🙂 … saya pun dah introduced lesen kewangan to my aunty.

aida marina

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

×