Buat Bisnes Dengan Jabatan Kerajaan

by

buat bisnes

Anda ada bisnes? Pernah buat bisnes dgn jabatan kerajaan? Sangat rugi jika bisnes anda hanya cukup-cukup makan sahaja. Lebih teruk lagi jika ianya tidak menghasilkan untung.

Banyak yang buat bisnes hari ini tersepit dengan kos pengurusan & operasi syarikat yang tinggi seperti gaji pekerja, bil elektrik, telefon, internet, sewa premis, cukai, barangan & lain-lain. Setiap tahun pula perlu memperbaharui pendaftaran SSM pernigaaan. Ditambah lagi dengan jualan syarikat yang tidak seberapa.

Jika tanda-tanda tersebut dialami oleh syarikat anda sekarang, kemungkinan besar anda akan berdepan dengan bisnes tutup. Segala kos-kos tersebut dapat diatasi sekiranya bisnes diuruskan dengan betul & mendapat hasil jualan yang lebih baik. Proses meningkatkan jualan bisnes perlu dilakukan setiap masa & berterusan.

Antaranya adalah dengan membuat jualan (membekal=supply) kepada jabatan kerajaan. Tidak kira samada anda buat bisnes yang beroperasi dari premis perniagaan ataupun dari rumah kediaman. Ataupun anda membekal makanan, perabut, alatulis, pakaian, alat ganti kereta, servis dobi, pengiklanan & lain-lain.

Sebelum anda berurusan dengan jabatan kerajaan, pastikan anda mendaftar lesen MOF terlebih dahulu. Kelebihannya adalah kerana jabatan kerajaan membuat belian pada kadar yang lebih besar & selamat berbanding dengan belian dari “walk-in customer”.

Untuk layak membekal kepada jabatan kerajaan, bisnes @ syarikat anda perlu terlebih dahulu berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) sebagai kontraktor bekalan & perkhidmatan atau sebagai firma perunding. Bagi memudahkan urusan pendaftaran bisnes dengan KKM, anda perlu dapatkan khidmat pengurusan daripada syarikat yang pakar dalam bidang tersebut & memiliki reputasi yang terbaik.

Lesenkewangan.com ditubuhkan lebih 10 tahun & telah berjaya membantu ribuan syarikat milikan tunggal/perkongsian, sdn. bhd., koperasi, persatuan, pertubuhan & firma perunding berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Caj yang dikenakan juga jauh lebih murah berbanding dengan “service provider” yang lain. Yang pasti 100% bayaran akan dikembalikan jika permohonan tidak berjaya.

Layari laman web kami atau hubungi talian Hotline 018 9652 800 (waktu pejabat) untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang pendaftaran bisnes anda dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

×