Jom Daftar Sijil Taraf Bumiputera
Disediakan oleh: Fateen
Sijil Taraf Bumiputera

Adakah anda seorang pembekal bumiputera yang sedang struggle untuk membuat permohonan pendaftaran sijil taraf bumiputera dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi mendapatkan tender/sebut harga kerajaan yang mewajibkan syarikat mempunyai sijil taraf bumiputera?

Kelebihan Bumiputera

Sijil taraf bumiputera merupakan salah satu kelebihan yang dimiliki oleh para pembekal yang mendaftar dengan MOF untuk mendapatkan tender, hal ini kerana sijil ini hanyalah dibuka kepada syarikat/perniagaan yang dimiliki/dipegang oleh bumiputera sahaja dan banyak tender dibuka khas untuk pembekal yang ada sijil taraf bumiputera sahaja. Maka sangat beruntung jika anda mendaftar sijil bumiputera dengan MOF.

Sebab itu, kami di MOF Solution ingin mengajak anda untuk mendaftar sijil taraf bumiputera supaya syarikat anda mempunyai satu kelebihan berbanding dengan syarikat yang tidak boleh mohon sijil ini. Bukan itu sahaja anda juga boleh memanfaat sijil ini untuk masa akan datang nanti sebagai pencapaian syarikat anda.

Cara Pendaftaran

Ketahui cara-cara pendaftaran sijil bumiputera ini dan dokumen penting yang wajib ada bagi membolehkan anda untuk mendapat kelulusan dalam permohonan ini. Untuk makluman permohonan taraf bumiputera memerlukan lawatan tapak daripada pegawai MOF sebelum mendapat kelulusan. Dan kelulusan kemungkinan memakan masa 3-4minggu bergantung kepada pegawai yang membuat lawatan itu.

Dokumen Asas

Untuk memohon sijil ini, anda semua perlu memastikan semua dokumen asas yang disenaraikan dibawah ini lengkap.

  1. Salinan Suruhanjaya Syarikat (SSM) iaitu Borang D/E atau Borang 9.
  2. Salinan penyata akaun bank semasa syarikat.
  3. Salinan KWSP perkerja dan resit bayaran caruman.
  4. Perjanjian Sewa Pejabat/Dokumen Hak milik.
  5. Peta Lakar syarikat.
  6. Salinan Kad pengenalan pemilik/pengarah & pekerja.
  7. Carta Organisasi Syarikat.

Nak mengetahui lebih lanjut mengenai dokumen penting yang wajib ada untuk pendaftaran sijil bumiputera? Maish belum jelas tentang dokumen tersebut? Atau dokumen sudah lengkap tetapi tidak tahu bagaimana cara pendaftaran bumiputera ini diproses?

Klik link https://www.lesenkewangan.com/borang-permohonan/ ini sekarang untuk dapatkan maklumat yang lebih lanjut atau boleh terus hotline kami di talian 018-9652800 & 018-9652700 untuk bercakap terus dengan pegawai yang berpengalaman.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

Pendaftaran Sijil MOF Untuk Firma Perunding

Pendaftaran Sijil MOF Untuk Firma Perunding

Hari ini saya akan kongsikan serba sedikit maklumat tentang pendaftaran sijil MOF untuk firma perunding. Pertama sekali bagi syarikat besar seperti perunding, permohonannya agak sedikit rumit kerana memerlukan kelayakan & dokumen tertentu. Sijil MOF Untuk Firma...

Bilangan Kod Bidang MOF Yang Layak Dimohon

Bilangan Kod Bidang MOF Yang Layak Dimohon

Tidak tahu jumlah sebenar kod bidang MOF yang boleh dipohon dengan Kementerian Kewangan Malaysia? Masih belum berpuas hati dengan jumlah kod bidang yang didaftarkan sebelum ini? Terasa rugi jika tidak memohon kesemua kod yang selari dengan jenis perniagaan yang ada...

Ketahui Rahsia Sijil Digital MOF

Ketahui Rahsia Sijil Digital MOF

Apa itu sijil digital MOF? Lesen MOF dah ada, tetapi saya tidak ada sijil digital MOF ?? Macam mana ya dengan lesen MOF saya..Valid tak ?? Apa yang perlu saya lakukan untuk masuk sebut harga dengan pihak kerajaan ? Macam mana pembayaran kepada pihak saya apabila kerja...

7 Syarat Permohonan Kod Bidang Percetakan

7 Syarat Permohonan Kod Bidang Percetakan

Untuk menjalankan urusniaga dengan jabatan kerajaan Malaysia dalam bidang percetakan, syarikat anda haruslah terlebih dahulu berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan memiliki kod bidang percetakan. Namun begitu terdapat banyak syarat-syarat untuk melayakkan...

5 Langkah Mudah Lesen Kewangan Online

5 Langkah Mudah Lesen Kewangan Online

Isi Borang Permohonan & Buat Bayaran. Setiap permohonan semestinya ada borang yang perlu di isi. Sama juga dengan permohonan lesen kewangan online di mana anda perlu mengisi beberapa butiran syarikat untuk tujuan pengesahan dari pihak kami. Isikan beberapa butiran...

3 Fungsi Daftar Eperolehan Perlu Anda Tahu

3 Fungsi Daftar Eperolehan Perlu Anda Tahu

Maksud Daftar Eperolehan merupakan satu sistem di bawah Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) bagi menguruskan permohonan lesen mof dan kerja-kerja berkaitan tender dan sebut harga kerajaan. Jika anda telah mempunyai sijil MOF ditangan anda, sudah semesti syarikat anda...

Syarat-Syarat Permohonan Tambah Bidang MOF

Syarat-Syarat Permohonan Tambah Bidang MOF

Mesti ramai yang tertanya jika sudah mempunyai lesen kewangan, bolehkah syarikat memasuki sebut harga & tender dengan pihak kerajaan? Berapa banyak kod bidang yang boleh ditambah? Untuk permohonan tambah bidang MOF  ini, had maksimum kod bidang yang...

3 Aspek Kegunaan Sijil Digital MOF

3 Aspek Kegunaan Sijil Digital MOF

Manfaat Sijil Digital MOF Sijil digital MOF Eperolehan Malaysia adalah antara elemen utama di dalam permohonan transaksi perniagaan dengan kerajaan Malaysia. Apabila anda ingin menjalankan perniagaan dengan kerajaan Malaysia anda perlu daftar dengan Kementerian...

Ketahui Rahsia Untuk Mengelakkan Permohonan Ditolak Oleh MOF

Ketahui Rahsia Untuk Mengelakkan Permohonan Ditolak Oleh MOF

Rasa tertekan atau kecewa apabila permohonan ditolak oleh pegawai MOF? Dokumen sokongan yang diminta oleh MOF terlalu sukar untuk disediakan sehingga menyebabkan permohonan ditolak? Dokumen permohonan masih tidak lengkap dan tidak tahu bagaimana untuk melengkapkan...

Pendaftaran MOF Enterprise Dan Sdn. Bhd.

Pendaftaran MOF Enterprise Dan Sdn. Bhd.

Apa Perbezaan Pendaftaran MOF Enterprise dan sdn bhd?Macam mana nak kenal pasti syarikat saya jenis enterprise atau sdn bhd sebelum register MOF?Saya nak daftar register MOF tetapi hanya daftar syarikat enterprise sahaja?Sama ke cara nak register MOF untuk enterprise...