Jom Daftar Sijil Taraf Bumiputera
Disediakan oleh: Fateen
Sijil Taraf Bumiputera

Adakah anda seorang pembekal bumiputera yang sedang struggle untuk membuat permohonan pendaftaran sijil taraf bumiputera dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi mendapatkan tender/sebut harga kerajaan yang mewajibkan syarikat mempunyai sijil taraf bumiputera?

Kelebihan Bumiputera

Sijil taraf bumiputera merupakan salah satu kelebihan yang dimiliki oleh para pembekal yang mendaftar dengan MOF untuk mendapatkan tender, hal ini kerana sijil ini hanyalah dibuka kepada syarikat/perniagaan yang dimiliki/dipegang oleh bumiputera sahaja dan banyak tender dibuka khas untuk pembekal yang ada sijil taraf bumiputera sahaja. Maka sangat beruntung jika anda mendaftar sijil bumiputera dengan MOF.

Sebab itu, kami di MOF Solution ingin mengajak anda untuk mendaftar sijil taraf bumiputera supaya syarikat anda mempunyai satu kelebihan berbanding dengan syarikat yang tidak boleh mohon sijil ini. Bukan itu sahaja anda juga boleh memanfaat sijil ini untuk masa akan datang nanti sebagai pencapaian syarikat anda.

Cara Pendaftaran

Ketahui cara-cara pendaftaran sijil bumiputera ini dan dokumen penting yang wajib ada bagi membolehkan anda untuk mendapat kelulusan dalam permohonan ini. Untuk makluman permohonan taraf bumiputera memerlukan lawatan tapak daripada pegawai MOF sebelum mendapat kelulusan. Dan kelulusan kemungkinan memakan masa 3-4minggu bergantung kepada pegawai yang membuat lawatan itu.

Dokumen Asas

Untuk memohon sijil ini, anda semua perlu memastikan semua dokumen asas yang disenaraikan dibawah ini lengkap.

  1. Salinan Suruhanjaya Syarikat (SSM) iaitu Borang D/E atau Borang 9.
  2. Salinan penyata akaun bank semasa syarikat.
  3. Salinan KWSP perkerja dan resit bayaran caruman.
  4. Perjanjian Sewa Pejabat/Dokumen Hak milik.
  5. Peta lakar syarikat.
  6. Salinan kad pengenalan pemilik/pengarah & pekerja.
  7. Carta Organisasi Syarikat.

Nak mengetahui lebih lanjut mengenai dokumen penting yang wajib ada untuk pendaftaran sijil bumiputera? Masih belum jelas tentang dokumen tersebut? Atau dokumen sudah lengkap tetapi tidak tahu bagaimana cara pendaftaran bumiputera ini diproses?

Klik link https://www.lesenkewangan.com/borang-permohonan/ ini sekarang untuk dapatkan maklumat yang lebih lanjut atau boleh terus hotline kami di talian 018-9652800 & 018-9652700 untuk bercakap terus dengan pegawai yang berpengalaman.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

3 Aspek Penting Tentang Pendaftaran Lesen MOF Untuk Syarikat Anda

3 Aspek Penting Tentang Pendaftaran Lesen MOF Untuk Syarikat Anda

Apa itu pendaftaran lesen MOF yang dikatakan oleh pembekal Kerajaan mewujudkan MOF adalah untuk memperkukuhkan daya saing dan daya tahan ekonomi negara selain menjamin kekayaan negara dapat diagihkan dengan betul serta meningkatkan kesejahteraan penduduk. Pendaftaran...

Bagaimana Untuk Membuat Pendaftaran MOF?

Bagaimana Untuk Membuat Pendaftaran MOF?

Hari ini saya akan kongsikan tentang pendaftaran MOF atau juga dikenali sebagai pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia. Ramai yang tertanya-tanya apa perbezaan antara daftar Eperolehan, Sijil MOF, Lesen MOF & Pendaftaran MOF. Mesti ramai yang tengah pening...

Jom Buat Bisnes Dengan Jabatan Kerajaan

Jom Buat Bisnes Dengan Jabatan Kerajaan

Anda ada bisnes? Pernah buat bisnes dgn jabatan kerajaan? Sangat rugi jika bisnes anda hanya cukup-cukup makan sahaja. Lebih teruk lagi jika ianya tidak menghasilkan untung. Banyak yang buat bisnes hari ini tersepit dengan kos pengurusan & operasi syarikat yang...

5 Syarat Utama Daftar Syarikat Enterprise Dengan Mof

5 Syarat Utama Daftar Syarikat Enterprise Dengan Mof

Masih belum daftar syarikat enterprise anda dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)? Boleh dikatakan syarikat milikan tunggal/perkongsian (ROB) lebih mudah untuk berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Namun begitu, ia juga bergantung kepada...

Lesen Kewangan – Bisnes perlukan ke?

Lesen Kewangan – Bisnes perlukan ke?

Pernahkan anda dengar pasal lesen kewangan? Adakah anda berpuashati dengan jumlah keuntungan hasil dari jualan produk/perkhidmatan anda sekarang? Sekiranya jawapannya adalah "Ya", maka anda tidak perlukan lesen kewangan. Namun begitu, sekiranya jawapan anda adalah...