5 Kelebihan Syarikat Daftar Sijil Kewangan MOF

by

daftar sijil kewangan mof

Secara umumnya bagi setiap syarikat yang ingin membekal bekalan atau perkhidmatan kepada jabatan kerajaan mereka diwajibkan memiliki daftar sijil kewangan MOF. Dengan adanya sijil kewangan, syarikat anda secara langsung telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.


Sebagai contoh, anda seorang pengusaha khidmat katering, untuk mendapatkan tender dengan jabatan kerajaan, syarikat anda wajib berdaftar sijil kewangan dalam bidang makanan. Jika syarikat anda tiada lesen kewangan yang sah, secara tidak langsung anda tidak layak untuk memasuki tender yang ditawarkan oleh jabatan kerajaan.


Sijil kewangan ini sangat penting kepada sesebuah syarikat bagi memastikan setiap projek dan tender yang mereka ingin sertai dapat diuruskan oleh syarikat tersebut. Sijil kewangan juga merupakan satu pengiktirafan yang boleh dibanggakan oleh sesebuah syarikat.

Diantara kelebihan syarikat yang memiliki daftar sijil kewangan MOF adalah:

  • Dapat menjual produk dan perkhidmatan kepada kerajaan Malaysia dan agensi di bawah seliannya.
  • Kaedah memasarkan perkhidmatan dengan cara yang lebih mudah dan sistematik melalui amalan membida tender dan projek secara online serta terbuka menggunakan portal Eperolehan.
  • Latihan dan panduan secara berterusan disediakan oleh pihak MOF bagi usahawan yang berminat.
  • Merupakan tambah nilai kepada perniagaan kerana anda telah mendapat pengiktirafan dari Kementerian Kewangan Malaysia.
  • Bagi usahawan bumiputera, anda boleh memohon pengiktirafan penarafan (status bumiputera) bersekali dengan proses permohonan lesen MOF bagi menambah nilai perniagaan anda.

Perlukan servis untuk daftarkan syarikat anda dengan Kementerian Kewangan? Daftar Sijil Kewangan MOF Sekarang atau hubungi kami dan dapatkan kadar istimewa untuk syarikat anda. Dengan pengalaman lebih 10 tahun mengurus permohonan syarikat dengan MOF, kami yakin dapat membantu anda dan dapatkan sijil kewangan syarikat anda dengan lebih cepat dan mudah.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

×