Kenapa Perlu Kemaskini Profil Sijil MOF Syarikat Anda

9/07/2021 | Umum

profil sijil mof

Antara penyebab berlaku kemaskini profil sijil MOF adalah kerana berlaku perubahan dalam syarikat tersebut dari segi pertukaran pemilik atau pengarah dalam syarikat, hal ini memerlukan syarikat menghantar borang section 51 atau 58 kepada pihak Kementerian Kewangan Malaysia untuk membuat permohonan kemaskini ini kerana pihak MOF perlukan bukti yang menyatakan pengarah didalam syarikat telah meletakan jawatan atau berlaku pertambahan pengarah yang baru. Kebiasaanya borang-borang ini perlu didapatkan dengan setiausaha syarikat pembekal itu sendiri.

Pertambahan Saham Syarikat

Selain itu, jika berlakunya pertambahan saham dalam syarikat itu, permohonan kemaskini profil juga perlu dibuat kepada pihak Kementerian Kewangan Malaysia untuk memastikan perubahan yang berlaku dalam syarikat selari dengan maklumat dalam sistem ePerolehan Malaysia juga. Dokumen penting yang diperlukan untuk pertambahan saham dalam syarikat ketika permohonan dibuat ialah borang section 78 atau 71 yang menyatakan berlakunya perubahan saham dalam syarikat. Juga boleh dapatkan daripada setiausaha syarikat pembekal itu sendiri.

Bagi syarikat besar seperti perunding pula, kemaskini profil sijil MOF yang sering dilakukan oleh perunding ialah ingin menambah pengalaman projek ke dalam sistem ePerolehan Malaysia. Kebanyakkan pembekal mereka tidak mengambil berat pada bahagian tersebut kerana beranggapan bahawa ianya tidak penting tetapi hakikatnya bagi sesebuah syarikat perunding pengalaman projek inilah yang merupakan salah satu cara untuk menarik perhatian atau minat dari pihak penender untuk melihat kejayaan syarikat tersebut dalam tender-tender yang pernah ditawarkan kepada mereka sebelum ini.

Kemaskini Profil Syarikat

Bukan itu sahaja, jika terdapat sebarang kesilapan maklumat yang berlaku pada profil sijil MOF atau sistem ePerolehan Malaysia, pembekal juga boleh membuat permohonan kemaskini profil sijil MOF dengan MOF untuk membetulkan segala kesilapan yang berlaku. Segalanya mudah kerana permohonan hanya melalui atas talian sahaja tidak perlu ke Putrajaya untuk membuat permohonan atau boleh menggunakan kami di MOF Solution untuk menguruskannya. Semoga perkongsian serba sedikit berkenaan kemaskini profil syarikat ini dapat membantu anda untuk mengenal pasti kenapa perlu membuat kemaskini profil syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Kami di MOF Solution sentiasa peka dan ingin memberikan perkhidmatan yang terbaik buat anda semua.Nak tahu lebih lanjut berkenaan permohonan kemaskini profil ? hubungi talian hotline kami di 018-9652800 atau boleh emailkan support@lesenkewangan.com untuk sebarang pertanyaan. Pegawai kami sedia membantu anda. Jadilah sebahagian daripada pelanggan-pelanggan kami.

VERY FAST RESPONCE & HELPFUL.
THANK YOU SO MUCH FOR YOUR TIPTOP SERVICE.

himg_ solution

Artikel Berkaitan

Soalan Lazim Pembaharuan Lesen MOF

Soalan Lazim Pembaharuan Lesen MOF

Soalan lazim pembaharuan lesen MOF untuk syarikat di Malaysia – syarat, dokumen, tempoh, caj, risiko lewat dan cara elak permohonan ditolak.

7 Cara Elak Permohonan MOF Ditolak

7 Cara Elak Permohonan MOF Ditolak

Ketahui cara elak permohonan MOF ditolak dengan semakan dokumen, kod bidang, profil syarikat dan ePerolehan yang tepat sebelum hantar.

Cara Tukar Alamat dalam ePerolehan

Cara Tukar Alamat dalam ePerolehan

Panduan tukar alamat dalam ePerolehan untuk syarikat MOF – dokumen perlu, langkah kemas kini, punca gagal dan cara elak permohonan ditolak.

Apa Jadi Jika MOF Luput?

Apa Jadi Jika MOF Luput?

Apa jadi jika MOF luput? Fahami kesan pada tender, pembaharuan, profil syarikat dan langkah cepat yang perlu dibuat sebelum peluang terlepas.

Lesen MOF: Syarat, Proses dan Kos

Lesen MOF: Syarat, Proses dan Kos

Ketahui syarat, proses, dokumen dan kos lesen MOF untuk syarikat di Malaysia supaya pendaftaran berjalan lancar dan cepat diluluskan.