Permohonan Kemaskini Profil Syarikat Dengan MOF

by

kemaskini profil

Sijil MOF mempunyai tempoh sah selama 3 tahun. Dalam tempoh ini, syarikat dibenarkan untuk membuat permohonan kemaskini profil syarikat dengan MOF atau permohonan tambah kod bidang pada bila-bila masa sahaja jika perlu. Namun jika terdapat perubahan maklumat syarikat semasa sijil masih sah tempoh, anda tidak perlu menunggu tarikh sijil tamat untuk mengemaskini maklumat kerana anda boleh terus membuat permohonan kemaskini profil dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).  Namun setiap 3 tahun syarikat perlu memperbaharui sijil MOF tersebut. Pembaharuan sijil MOF boleh dilakukan 3 bulan sebelum tarikh tamat tempoh. Pendaftaran MOF yang tidak diperbaharui lebih daripada setahun dari tarikh tamat tempoh akan dibatalkan oleh sistem eperolehan secara automatik.

Ramai menganggap permohonan kemaskini profil ini tidak penting. Tahukah anda, pihak syarikat wajib mengikrar atau memastikan maklumat yang berada di dalam sistem eperolehan dan sijil MOF adalah yang benar dan terkini. Kesilapan tidak mengemaskini maklumat boleh menyebabkan anda tidak layak untuk menyertai tender/sebut harga kerajaan serta boleh menyebabkan Pendaftaran MOF anda ditarik balik. Hanya kerana sedikit maklumat tidak selari, menyebabkan syarikat anda kerugian besar.

Kesilapan yang sering dibuat oleh pembekal adalah tidak mengemaskini alamat syarikat yang terkini. Setelah anda mengemaskini alamat perniagaan baru di SSM, anda wajib juga mengemaskini alamat di dalam sistem eperolehan. Setelah permohonan kemaskini profil anda diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), sijil MOF yang baru beserta alamat terkini akan dikeluarkan untuk anda. Perubahan kepada struktur organisasi syarikat seperti perubahan nama pengarah syarikat juga wajib di kemaskini mengikut data SSM yang terkini.

Jika terdapat sebarang perubahan pada data syarikat, segeralah ambil tindakan yang sewajarnya. Kegagalan anda untuk mengikrar maklumat syarikat yang terkini boleh mendatangkan masalah pada masa akan datang. Jika anda tidak pasti, boleh terus berhubung dengan pihak kami di talian 018-9652800 atau isikan Borang Permohonan dan pilih jenis permohonan yang anda mahukan. Pegawai kami yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan akan sentiasa terbuka untuk menasihati serta menguruskan permohonan anda.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

×