Kod Bidang Biasa vs Kod Bidang Khas Lesen Kewangan

by

kod bidang biasa

Apa Itu Kod Bidang?

Kod bidang biasa atau kod bidang khas adalah satu kod nombor yang ditetapkan oleh MOF untuk mewakili setiap jenis perniagaan syarikat atau kerja-kerja tender dari jabatan kerajaan. Kod ini digunakan bagi memudahkan jabatan kerajaan mengenal pasti syarikat yang layak memasuki tender atau sebut harga mengikut jenis perniagaan yang dilakukan. Kod bidang ini juga mewakili jenis pernigaan syarikat yang telah didaftarkan di dalam SSM

Setiap permohonan lesen kewangan syarikat wajib memilih sekurangnya satu kod bidang untuk didaftarkan di dalam sijil MOF. Pemilihan kod bidang ini amat penting kerana ia perlu diselarikan dengan jenis perniagaan syarikat. Kesalahan memilih kod bidang boleh merugikan pihak syarikat selain boleh menyebabkan permohonan tidak diluluskan. Kod bidang MOF bagi bekalan dan perkhidmatan dibahagi kepada 2 jenis iaitu kod bidang biasa dan kod bidang khas.

Kod Bidang Biasa

Kod Bidang biasa adalah kod yang sering dipilih oleh syarikat kerana ia tidak memerlukan syarat tambahan. Antara kod bidang biasa yang sering dipilih adalah kod membekal makanan dan membersih kawasan. Untuk mendaftar kod ini, and hanya perlu memastikan keterangan kod telah didaftarkan di dalam jenis perniagaan SSM. Sesetengah kod bidang biasa boleh didaftarkan dengan hanya menggunakan alamat rumah sahaja. Namun terdapat juga beberapa kod bidang biasa yang memerlukan surat atau sijil tambahan dari badan yang berdaftar. Bagi kod bidang ini, tiada lawatan tapak dari pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) untuk mendapatkan kelulusan. Kelulusan permohonan akan dinilai berdasarkan dokumen yang dihantar. Hal ini dapat memudahkan dan membuatkan permohonan lebih cepat untuk lulus.

Kod Bidang Khas

Kod bidang khas pula adalah kod yang dikhususkan bagi syarikat yang dapat memenuhi syarat tertentu mengikut jenis aktiviti perniagaan. Kod bidang khas mempunyai syarat tambahan yang perlu dipenuhi seperti mempunyai modal berbayar sekurangnya RM50,000.00 dan mempunyai bengkel yang lengkap bagi kod bidang khas membaiki kenderaan. Semua kod bidang yang diakhiri dengan angka ’99’ merupakan kod bidang khas iaitu pembuat dimana ia dikhususkan untuk syarikat yang mempunyai kilang sahaja. Selain itu, kod bidang khas juga perlu melalui proses lawatan tapak dari pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) sebelum diluluskan. Harus di ingat, tidak kira kod bidang khas mahu pon biasa, setiap Kod bidang MOF mestilah selari dengan jenis perniagaan yang didaftarkan di dalam SSM.

Pemilihan Kod Bidang

Dengan adanya Lesenkewangan.com, pihak kami dapat membantu anda untuk menentukan pemilihan kod bidang yang betul dan tepat untuk syarikat. Semua Kod bidang MOF yang dipilih akan disemak sebelum permohonan dihantar. Ini bagi memastikan supaya permohonan lesen kewangan anda tidak ditolak dan dapat diluluskan dengan segera. Jika ada kod bidang khas yang dipilih, pegawai kami akan membantu anda menyediakan dokumen mengikut syarat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Antara syarat untuk kelulusan kod bidang khas adalah perlu melalui proses lawatan tapak untuk tujuan pengesahan. Wakil pegawai Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) akan hadir ke premis perniagaan anda untuk membuat pengesahan dokumen dan melihat sekitar premis/bengkel/kilang. Pastikan premis anda beroperasi semasa lawatan dibuat.

Walaupun pemilihan kod bidang biasa dan kod bidang khas ini agak rumit, namun anda tidak perlu risau. Ramai pelanggan kami sebelum ini Berjaya mendapatkan kod bidang yang mereka inginkan. Malah pihak kami juga turut mencadangkan kod-kod bidang yang bersesuai dengan perniagaan anda. Kami tidak akan biarkan and rugi begitu sahaja. Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah membenarkan setiap syarikat untuk mendaftar maksimum 30 jenis Kod bidang MOF bagi setiap syarikat. Jadi gunakan sepenuhnya peluang ini untuk merebut tender dan sebut harga dari jabatan kerajaan. Lebih banyak kod yang anda ada lebih banyak peluang tender untuk anda masuk.

Jangan tunggu lagi! Jangan fikir lagi! Lagi lama anda tunggu lagi lama anda fikir lagi lama lah sijil MOF anda akan siap. Isikan sahaja Borang Permohonan dan pegawai kami akan hubungi anda untuk maklumat lanjut pendaftaran. Makin cepat anda berurusan makin cepat anda dapat sijil kewangan.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

No Results Found

The page you requested could not be found. Try refining your search, or use the navigation above to locate the post.

×