Sijil Digital MOF ? Ketahui Manfaat Yang Diperolehi

by

sijil digital mof

Sijil digital MOF ePerolehan adalah salah satu bentuk pengenalan identiti pembekal. Bagi setiap rakyat Malaysia, mereka dikenal pasti melalui kad pengenalan. Kerajaan Malaysia pula akan menggunakan sistem pengurusan pembekal ePerolehan Malaysia untuk mengenal pasti pembekal melalui sijil digital ePerolehan Malaysia. Setiap sijil digital MOF ePerolehan akan mempunyai identifikasi unik bagi memudahkan Kerajaan Malaysia mengenal pasti setiap pembekal. Ianya ibarat nama tetapi menggunakan identifakasi unik nombor.

Selain itu juga sijil digital merupakan satu keperluan asas untuk pembekal berurus niaga dengan Kerajaan Persekutuan. sistem ePerolehan Malaysia yang baharu tidak lagi mengunakan medium token ePXS USB Crypto sebagai pengesahan pengenalan pengguna berdaftar. Kini semua syarikat yang telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) wajib memohon sijil digital MOF tersebut untuk pengesahan dalam sebut harga tender dari kerajaan Malaysia.

Memiliki ID Sijil Digital MOF

Sijil digital MOF ePerolehan berfungsi sebagai kunci untuk bertransaksi mengguna pakai sistem ePerolehan yang terjamin keselamatannya. Bagi pihak pembekal , selepas permohonan lesen MOF di luluskan , pihak penender akan menghantar sebut harga / jemputan ke taklimat penender atau sebagainya. Sijil digital juga di gunakan oleh pihak kerajaan untuk membuat pembayaran kepada pembekal selepas kerja-kerja yang di lakukan sudah siap. Tempoh sah Sijil digital ePerolehan MOF adalah selama 3 tahun. Anda perlu memperbaharui sijil digital ePerolehan sebelum tamat tempoh. Kegagalan untuk memperbaharui Sijil digital MOF ePerolehan Malaysia akan menyebabkan pendaftaran anda sebelum ini akan terbatal.

Selepas permohonan lesen MOF di luluskan , pihak kami akan memproses dokumen dan membuat permohonan sijil digital MOF mengikut permintaan pelanggan yang sudah membuat bayaran bagi mendapatkan sijil digital untuk setiap syarikat yang telah didaftarkan dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Kami di Lesen Kewangan sentiasa akan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda semua. Nak tahu lebih lanjut berkenaan sijil kewangan  Kementerian Kewangan Malaysia ? hubungi talian hotline kami di 018-9652800 atau boleh ke laman web kami www.lesenkewangan.com untuk info lebih lanjut. Pegawai kami sedia membantu pihak anda.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Apa Itu Lesen MOF?

Apa Itu Lesen MOF?

Pengenalan Dalam perniagaan, pemasaran produk dan perkhidmatan merupakan salah satu aspek yang...

×