Pembaharuan Syarikat Dengan Kementerian Kewangan Malaysia

Tempoh sah laku pendaftaran syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM @ MOF) adalah 3 tahun. Syarikat yang telah tamat tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU tidak kurang 3 bulan sebelum tarikh luput layak untuk membuat pembaharuan.

 

Terdapat beberapa syarat tambahan yang perlu bagi proses pembaharuan ini. Contohnya caruman KWSP pekerja. Namun begitu, syarat tambahan ini tidak wajib bagi syarikat yang beralamat rumah kediaman & berdaftar dengan kod bidang rumah.

 

Sebelum dapatkan perkhidmatan kami, anda perlu mengisi Borang Permohonan yang disediakan dengan memilih menu “Pembaharuan”. Sistem kami akan emailkan anda senarai dokumen asas yang perlu anda sediakan bagi proses pembaharuan tersebut.

Jika terdapat dokumen tambahan yang diperlukan, pegawai kami akan terus hubungi anda. Setiap dokumen yang dihantar kepada kami akan disemak & diproses dengan terperinci bagi memastikan ianya akan memenuhi keperluan bagi kelulusan dari pihak MOF.

 

Kami bertanggungjawap untuk memastikan urusan pembaharuan syarikat anda dengan Kementerian Kewangan Malaysia berjalan lancar & mendapat kelulusan dalam tempoh yang singkat.

Dengan pengalaman yang ada selama 10 tahun, kami yakin bahawa kami agak pakar dengan setiap syarat & prosedur permohonan pembaharuan syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Apa yang lebih penting bagi kami adalah permohonan syarikat pelanggan kami mendapat kelulusan dalam tempoh yang singkat tanpa menyusahkan mereka.

 

Kami mengalukan kehadiran anda ke pejabat kami untuk berbincang. Selain itu, anda juga boleh hubungi kami melalui telefon (waktu pejabat) @ email. 

 

Isikan Borang Permohonan. Dalam tempoh 24 jam, pegawai kami akan hubungi anda bagi membantu proses pembaharuan syarikat anda dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

Pembaharuan Syarikat Dengan Kementerian Kewangan Malaysia

MENU

+6018 9652 800

MUAT TURUN

  • Facebook

Disclaimer:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar & tepat mengikut fakta semasa dari ulasan pelanggan kami. Testimoni yang dipaparkan adalah dari pelanggan-pelanggan sebenar kami. Namun hasil mungkin berbeza mengikut jenis permohonan & syarikat anda.

Berurusan dengan: