Pembaharuan Syarikat Dengan Kementerian Kewangan Malaysia – Eperolehan

pembaharuan_mof_eperolehan

Tempoh sah laku pendaftaran syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) adalah 3 tahun. Syarikat yang telah tamat tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU tidak kurang 3 bulan sebelum tarikh luput layak untuk membuat pembaharuan.

Terdapat beberapa syarat tambahan yang perlu bagi proses pembaharuan ini. Contohnya caruman KWSP pekerja. Namun begitu, syarat tambahan ini tidak wajib bagi syarikat yang beralamat rumah kediaman & berdaftar dengan Kod Bidang Rumah.

Kami bertanggungjawap untuk pastikan urusan pembaharuan syarikat anda dengan Kementerian Kewangan Malaysia berjalan lancar & mendapat kelulusan dengan mudah.

Dengan pengalaman yang ada, kami agak pakar dengan setiap syarat & prosedur permohonan pembaharuan syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Apa yang lebih penting adalah setiap permohonan mendapat kelulusan dalam tempoh yang singkat tanpa menyusahkan anda.

Sila ke pejabat kami untuk berbincang. Atau hubungi kami dan bercakap sendiri dengan pegawai kami yang berpengalaman (waktu pejabat). Selain itu, anda juga boleh hubungi kami melalui email. Mohon sekarang & kami akan pastikan anda mendapat pengalaman & layanan istimewa.

Penuhi Keperluan Syarikat Anda

Perbaharui daftar syarikat anda dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) – Eperolehan sekarang untuk kemudahan  masa hadapan.

×