Pendaftaran Baru Syarikat Dengan Kementerian Kewangan Malaysia

Setiap bisnes yang nak berurusniaga dengan jabatan kerajaan perlu terlebih dahulu berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) - Ministry of Finance (MOF). Dengan itu mereka akan dapat bekalkan produk/servis yang dijalankan kepada jabatan kerajaan.

 

Ia adalah syarat utama bagi semua entiti perniagaan termasuk perniagaan milikan tunggal, perkongsian, private limited company (PLT), Sendirian Berhad, Berhad, koperasi, persatuan, pertubuhan & juga firma perunding.

 

Pendaftaran baru Kementerian Kewangan Malaysia juga selalunya disebut sebagai daftar lesen kewangan, daftar kewangan, daftar MOF, daftar KKM & daftar Eperolehan. Semuanya merujuk kepada perkara yang sama. Pendaftaran ini khas untuk perniagaan/syarikat yang masih belum berdaftar ATAU yang telah berdaftar dengan KKM tetapi telah tamat tempoh melebihi 1 tahun.

Beberapa syarat & prosedur perlu dipatuhi oleh syarikat  bergantung kepada jenis perniagaan & kod bidang yang nak didaftarkan. Selalunya, permohonan yang ditolak (reject) adalah kerana dokumen permohonan tidak lengkap & tidak memenuhi syarat-syarat permohonan.

 

Dengan itu, permohonan boleh mengambil masa yang sangat lama untuk mendapat kelulusan. Ada juga permohonan yang dibuat beberapa kali namun masih juga tidak berjaya.

 

Pastinya sangat mengganggu operasi syarikat untuk berurusniaga & membuat bekalan (supply) kepada jabatan kerajaan.

Kami di Lesenkewangan.com bertanggungjawap untuk memastikan urusan pendaftaran syarikat anda dengan Kementerian Kewangan Malaysia berjalan lancar & mendapat kelulusan dalam tempoh yang singkat.

 

Kami jalankan perkhidmatan ini semenjak dari tahun 2008 lagi. Oleh itu, kami yakin bahawa kami agak pakar dengan setiap syarat & prosedur permohonan dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

 

Apa yang lebih penting pada kami adalah permohonan syarikat anda mendapat kelulusan dalam tempoh yang singkat dengan mudah tanpa melibatkan proses dokumentasi & urusan yang rumit serta melecehkan.

Anda boleh hubungi kami melalui telefon (waktu pejabat), email atau datang ke pejabat kami untuk berbincang. Isikan Borang Permohonan dan kami akan hubungi anda dengan segera. Pastinya kami juga akan melayan anda dengan sebaik mungkin seperti pelanggan-pelanggan kami yang lain.

Pendaftaran Baru Syarikat Dengan Kementerian Kewangan Malaysia

MENU

+6018 9652 800

MUAT TURUN

  • Facebook

Disclaimer:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar & tepat mengikut fakta semasa dari ulasan pelanggan kami. Testimoni yang dipaparkan adalah dari pelanggan-pelanggan sebenar kami. Namun hasil mungkin berbeza mengikut jenis permohonan & syarikat anda.

Berurusan dengan: