Pendaftaran Lesen Kewangan Dengan MOF

by

Lesen Kewangan

         Umum mengetahui pendaftaran lesen kewangan dengan MOF adalah penting untuk mendapatkan kerja atau memasuki tender dengan jabatan kerajaan. Hal ini demikian syarat yang ditentukan oleh jabatan kerajaan adalah mewajibkan setiap syarikat mempunyai sijil pendaftaran lesen kewangan dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

Bagi syarikat yang belum berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia, anda disarankan untuk memohon lesen kewangan dahulu bagi membolehkan syarikat anda mengikuti sebut harga yang ditawarkan oleh jabatan kerajaan. Di Lesenkewangan.com, kami akan membantu anda untuk memohon lesen kewangan dengan MOF. Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti :

Borang pengisytiharan

·         Sila isikan Borang pengisytiharan atau anda boleh hadir ke pejabat kami untuk mendapatkan borang tersebut. Pengarah atau pegawai yang dilantik untuk menguruskan permohonan ini diminta melengkapkan borang tersebut seperti menulis butiran pemilik syarikat dan cop logo di atas nama syarikat.

SSM

·         Syarikat diwajibkan mendaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). SSM tersebut hendaklah memiliki maklumat-maklumat seperti nama syarikat, alamat pemilik, alamat perniagaan & alamat cawangan sekiranya mempunyai cawangan dan jenis perniagaan yang akan didaftarkan di dalam lesen kewangan. Jenis perniagaan tersebut boleh dirujuk dengan senarai kod bidang .

·         Jika anda menggunakan alamat pemilik dan alamat perniagaan yang sama, syarikat anda dikategorikan sebagai beroperasi melalui premis rumah dan membolehkan anda menggunakan kod bidang rumah sahaja. Kod bidang pejabat boleh dimohon sekiranya anda menggunakan alamat pejabat dan kod tersebut lebih meluas daripada kod bidang rumah.

Penyata Akaun

·         Penyata akaun mestilah menggunakan penyata akaun semasa yang didaftarkan atas nama syarikat dan mempunyai baki RM2,500.00 bagi membolehkan anda memohon lesen kewangan. Jika syarikat mempunya lebih dari satu akaun semasa syarikat, anda boleh menggunakan kedua-dua penyata akaun tersebut. Hanya maklumkan kepada pegawai kami yang menyemak permohonan anda.

Salinan kad pengenalan pemilik/pengarah & pekerja

·         Kad pengenalan pemilik/pengarah wajib dihantar kepada pihak kami. Sebolehnya, palangkan salinan kad pengenalan tersebut. Kad pengenalan pekerja pula diperlukan untuk diletakkan sebagai pekerja di dalam syarikat tersebut. Minima seorang pekerja sahaja yang diperlukan untuk memohon.

 Akhir sekali, jika dokumen-dokumen seperti di atas sudah lengkap, anda boleh menghubungi pihak kami di talian 018-9652700 / 018-9652800 atau hadir terus ke pejabat untuk serahan dokumen tersebut. Pegawai-pegawai kami akan membantu anda bagi mendapatkan lesen kewangan. 

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

×