Pendaftaran MOF Untuk Syarikat Enterprise

by

pendaftaran mof

Pendaftaran MOF singkatan daripada Kementerian Kewangan Malaysia merupakan satu keperluan bagi sesebuah organisasi perniagaan. Ia merupakan satu kelebihan untuk memudahkan urusan penyertaan sebut harga / tender yang dikeluarkan oleh jabatan kerajaan. Sekiranya anda merupakan sebuah perniagaan enterprise dan bercadang untuk membuat pendaftaran MOF tetapi tidak tahu cara-caranya, maka kami lah yang anda perlu dapatkan khidmat nasihat & servis.

Bagi perniagaan enterprise, anda perlu sediakan salinan pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) termasuk info perniagaan & pemilik, salinan penyata akaun bank semasa syarikat yang berbaki tidak kurang dari RM2,500.00, salinan kad pengenalan pemilik/pengurus serta pekerja. Selain itu, anda juga perlu sediakan dokumen sokongan yang lain seperti penyata/borang A KWSP beserta resit bayaran caruman pekerja dan salinan surat perjanjian sewa premis/pejabat yang telah dimatikan setem/dokumen hak milik/surat kebenaran daripada pemilik premis. Sekiranya anda mempunyai dokumen yang dinyatakan di atas, bermakna anda layak untuk daftarkan perniagaan enterprise anda dengan MOF.

Dengan pendaftaran ini anda bukan sahaja layak untuk memiliki sijil pendaftaran MOF tetapi anda juga akan layak untuk akaun MOF Eperolehan. Akaun MOF Eperolehan ini akan digunakan melihat sebut harga yang dikeluarkan atau senarai katalog yang akan anda keluarkan nanti secara atas talian tanpa perlu anda ke pejabat kerajaan bagi serahan sebut harga. Segala urusan hanya dihujung jari sahaja.


Sekiranya anda bersedia untuk membuat pendaftaran perniagaan enterprise dengan Kementerian Kewangan Malaysia, sila hubungi kami ditalian 018 9652 700/800 atau terus ke laman sesawang  Lesenkewangan.com. Kami akan membantu anda dari penyediaan dokumen sehingga permohonan diluluskan.

pendaftaran lesen mof

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

×