Sebab Lesen Kewangan MOF Kena Reject

by

lesen kewangan mof

Hari ini saya akan kongsikan kepada anda semua bagaimana cara untuk mendapatkan lesen kewangan MOF dengan cara yang lebih mudah. Seringkali permohonan ditolak tanpa alasan yang kukuh, jangan risau.. Di Lesenkewangan.com, pihak kami akan membantu anda.

Perkara pertama yang wajib anda lakukan ialah menyediakan kesemua dokumen yang diminta oleh pihak kami seperti SSM, penyata akaun syarikat, salinan ic pemilik & pekerja. Jika anda tiada dokumen seperi yang pihak kami senaraikan, kemungkinan lesen kewangan MOF anda akan ditolak. Di bawah saya senaraikan alasan penolakan yang seringkali terjadi apabila pegawai MOF menyemak dokumen anda :

·         SSM telah tamat tempoh

·         Penyata akaun kurang daripada RM2500.00

·         Menggunakan penyata akaun simpanan/milik sendiri

·         Tiada perjanjian sewa premis

Apabila tarikh pada SSM syarikat anda sudah tamat, anda wajib memperbaharui tarikh tersebut. Jika tarikh pada maklumat perniagaan tidak diperbaharui, sila selaraskan dengan pihak SSM dahulu. Penyata akaun yang kurang RM2500.00 juga akan ditolak oleh pegawai MOF. Ini kerana dalam akaun, pemilik wajib meninggalkan baki akhir semasa RM2500.00. Banyak syarikat di luar sana yang menggunakan akaun bank sendiri apabila memohon lesen kewangan MOF. Perlu diingatkan lagi sekali, anda tidak boleh menggunakan akaun  bank simpanan milik sendiri.

Jika anda menggunakan alamat pejabat untuk memohon lesen kewangan MOF, perjanjian sewa yang dimatikan setem oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) wajib dihantar ke pihak kami. Sebaliknya, jika premis itu kepunyaan hak milik anda, boleh berikan geran sahaja untuk pihak kami memproses dokumen anda.

Tidak mengambil masa yang lama, pegawai kami akan menghubungi anda apabila dokumen tersebut sudah disemak. Hanya berkomunikasi melalui email, telefon atau whatsapp, anda juga dapat mengetahui status terkini permohonan lesen kewangan dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Dalam pada masa yang sama, jika dokumen anda tidak lengkap, pegawai kami akan menjelaskan perihal berkenaan dokumen tersebut dan seterusnya anda boleh menghantar dokumen yang lengkap. Mudah kan? Tunggu apa lagi, jom hubungi team lesenkewangan.com di talian 018-9652800.    

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Apa Itu Lesen MOF?

Apa Itu Lesen MOF?

Pengenalan Dalam perniagaan, pemasaran produk dan perkhidmatan merupakan salah satu aspek yang...

×