Perlu Mohon Lesen MOF Atau Tidak Untuk Syarikat?
Disediakan oleh: Fateen
lesen mof

Hasil semakan mendapati masih ramai dikalangan pembekal yang belum memohon lesen MOF. Dan ada juga di kalangan pembekal ini masih keliru tentang permohonan lesen MOF sama ada wajib mohon ataupun tidak untuk perniagaan atau syarikat mereka.

Tapi itu tidak bermakna anda sebagai pembekal tiada peluang untuk memohon lesen dengan MOF. Malah anda boleh memohon 2 jenis lesen dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF); Lesen Kewangan dan Lesen Taraf Bumiputera.

Kepentingan Lesen MOF

Sebenarnya lesen MOF ini sangat penting untuk syarikat anda sekiranya anda ingin menyertai tender atau sebut harga yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Dalam erti kata lain, syarikat anda wajib ada sijil MOF berurusan dengan jabatan kerajaan. Malah sijil MOF ini juga boleh dijadikan sebagai satu pencapaian dalam syarikat anda di masa akan datang.

Kos Pendaftaran

Lesen MOF ini sebenarnya tak mahal pun.. Pendaftaran bagi perniagaan milikan tunggal/perkongsian (Enterprise) adalah RM980.00 sahaja manakala pendaftaran bagi syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd), koperasi & pertubuhan adalah sebanyak RM1280.00 sahaja.

Dengan bayaran tersebut apa yang anda akan dapat antaranya adalah 30 kod bidang (maksimum) yang berkaitan dengan jenis perniagaan anda beserta dengan sijil digital ePerolehan syarikat anda.

Tempoh Kelulusan

Tempoh kelulusan bagi permohonan pendaftaran baru hanya mengambil masa 7 hingga ke 14 hari waktu bekerja sahaja. Manakala bagi sijil taraf bumiputera ini akan makan masa 1 ke 2 bulan kerana permohonan ini memerlukan lawatan tapak oleh pegawai-pegawai MOF ke premis syarikat anda sebelum mendapatkan kelulusan. Tempoh ini mungkin agak lama tetapi bergantung kepada pegawai yang ditugaskan untuk membuat lawatan, ada sesetengah pegawai akan buat lawatan segera dan akan sesetengahnya mengikut jadual yang ditetapkan.

Kesimpulan

Kesimpulanya, anda perlu memohon lesen MOF ini kerana banyak manfaat yang boleh diperolehi dari pendaftaran tersebut. Malah ianya juga dapat memudahkan urusan syarikat anda untuk menyertai sebutharga/tender kerajaan.

Tidak tahu bagaimana untuk membuat permohonan? Jangan risau.. Hubungi team kami di Lesenkewangan.com untuk dapatkan khidmat konsultan yang terbaik di Malaysia. Bukan sahaja memudahkan urusan permohonan anda bahkan kami juga antara konsultan yang menawarkan caj yang termurah di Malaysia.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

Kelebihan Daftar Akaun Asas Untuk Pembekal

Kelebihan Daftar Akaun Asas Untuk Pembekal

Setiap syarikat yang ingin berurus niaga dengan kerajaan persekutuan hendaklah berdaftar dengan MOF melalui salah satu akaun berikut iaitu akaun asas atau akaun MOF..Pendaftaran akaun asas ini adalah terpakai kepada syarikat berstatus warganegara Malaysia yang ingin...

Apa Itu Akaun Sijil MOF Kementerian Kewangan Malaysia

Apa Itu Akaun Sijil MOF Kementerian Kewangan Malaysia

Pengenalan Apa yang anda faham berkenaan dengan akaun sijil MOF ? akaun MOF digunakan oleh pembekal yang ingin bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan sehingga nilai RM20,000 dan juga yang melebihi had nilai RM20,000. Terdapat 2 jenis...

Perbezaan Daftar Akaun Asas Eperolehan Dan Akaun Sijil MOF

Perbezaan Daftar Akaun Asas Eperolehan Dan Akaun Sijil MOF

Maksud Apa itu akaun asas Eperolehan? Dan apa itu akaun sijil MOF?. Hari Ini saya akan kupaskan sedikit berkenaan kedua-dua jenis pendaftaran ini. Masih ramai lagi perniaga yang keliru berkenaan dua jenis pendaftaran akaun ini. Kesilapan pendaftaran boleh...

Pendaftaran Kod Bidang Bengkel Dengan Kementerian Kewangan Malaysia

Pendaftaran Kod Bidang Bengkel Dengan Kementerian Kewangan Malaysia

Adakah anda merupakan sebuah perniagaan yang ingin memohon kod bidang bengkel kerana syarikat menjalankan kerja-kerja bengkel yang berhasrat untuk membuat pendaftaran lesen kewangan MOF bagi mendapatkan tender kerajaan? Namun anda tidak tahu kod bidang MOF apa yang...

Daftar Sijil Kewangan Tanpa Premis Perniagaan

Daftar Sijil Kewangan Tanpa Premis Perniagaan

Pendahuluan Ramai perniaga sering bertanya kepada pihak kami “saya tak ada premis perniagaan, layak ke untuk saya daftar sijil kewangan?” Jawapannya adalah “Ya anda layak”. Walaupun anda tiada premis perniagaan, sekadar menggunakan alamat rumah kediaman di dalam...

2 Aspek Utama Ketika Memohon Sijil Kewangan MOF

2 Aspek Utama Ketika Memohon Sijil Kewangan MOF

Hari ini saya akan kongsikan beberapa aspek utama yang perlu anda tahu ketika memohon sijil kewangan MOF. Ramai pembekal di luar sana yang ingin mendaftar kan lesen kewangan syarikat mereka bagi membolehkan syarikat mereka memasuki tender-tender yang dikeluarkan oleh...

Kepentingan Daftar Sijil Digital Eperolehan

Kepentingan Daftar Sijil Digital Eperolehan

Maksud Daftar sijil digital Eperolehan merupakan merupakan satu keperluan penting bagi syarikat yang ingin berurusan dengan jabatan kerajaan. Ia merupakan merupakan perkara wajib yang perlu ada bagi syarikat yang ingin bertransaksi secara atas talian (online)...

Jom Daftar Sijil Taraf Bumiputera

Jom Daftar Sijil Taraf Bumiputera

Adakah anda seorang pembekal bumiputera yang sedang struggle untuk membuat permohonan pendaftaran sijil taraf bumiputera dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi mendapatkan tender/sebut harga kerajaan yang mewajibkan syarikat mempunyai sijil taraf bumiputera?...