Perlu Mohon Lesen MOF Atau Tidak Untuk Syarikat?
Disediakan oleh: Fateen
lesen mof

Hasil semakan mendapati masih ramai dikalangan pembekal yang belum memohon lesen MOF. Dan ada juga di kalangan pembekal ini masih keliru tentang permohonan lesen MOF sama ada wajib mohon ataupun tidak untuk perniagaan atau syarikat mereka.

Tapi itu tidak bermakna anda sebagai pembekal tiada peluang untuk memohon lesen dengan MOF. Malah anda boleh memohon 2 jenis lesen dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF); Lesen Kewangan dan Lesen Taraf Bumiputera.

Kepentingan Lesen MOF

Sebenarnya lesen MOF ini sangat penting untuk syarikat anda sekiranya anda ingin menyertai tender atau sebut harga yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Dalam erti kata lain, syarikat anda wajib ada sijil MOF berurusan dengan jabatan kerajaan. Malah sijil MOF ini juga boleh dijadikan sebagai satu pencapaian dalam syarikat anda di masa akan datang.

Kos Pendaftaran

Lesen MOF ini sebenarnya tak mahal pun.. Pendaftaran bagi perniagaan milikan tunggal/perkongsian (Enterprise) adalah RM980.00 sahaja manakala pendaftaran bagi syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd), koperasi & pertubuhan adalah sebanyak RM1280.00 sahaja.

Dengan bayaran tersebut apa yang anda akan dapat antaranya adalah 30 kod bidang (maksimum) yang berkaitan dengan jenis perniagaan anda beserta dengan sijil digital ePerolehan syarikat anda.

Tempoh Kelulusan

Tempoh kelulusan bagi permohonan pendaftaran baru hanya mengambil masa 7 hingga ke 14 hari waktu bekerja sahaja. Manakala bagi sijil taraf bumiputera ini akan makan masa 1 ke 2 bulan kerana permohonan ini memerlukan lawatan tapak oleh pegawai-pegawai MOF ke premis syarikat anda sebelum mendapatkan kelulusan. Tempoh ini mungkin agak lama tetapi bergantung kepada pegawai yang ditugaskan untuk membuat lawatan, ada sesetengah pegawai akan buat lawatan segera dan akan sesetengahnya mengikut jadual yang ditetapkan.

Kesimpulan

Kesimpulanya, anda perlu memohon lesen MOF ini kerana banyak manfaat yang boleh diperolehi dari pendaftaran tersebut. Malah ianya juga dapat memudahkan urusan syarikat anda untuk menyertai sebutharga/tender kerajaan.

Tidak tahu bagaimana untuk membuat permohonan? Jangan risau.. Hubungi team kami di Lesenkewangan.com untuk dapatkan khidmat konsultan yang terbaik di Malaysia. Bukan sahaja memudahkan urusan permohonan anda bahkan kami juga antara konsultan yang menawarkan caj yang termurah di Malaysia.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

3 Aspek Penting Tentang Pendaftaran Lesen MOF Untuk Syarikat Anda

3 Aspek Penting Tentang Pendaftaran Lesen MOF Untuk Syarikat Anda

Apa itu pendaftaran lesen MOF yang dikatakan oleh pembekal Kerajaan mewujudkan MOF adalah untuk memperkukuhkan daya saing dan daya tahan ekonomi negara selain menjamin kekayaan negara dapat diagihkan dengan betul serta meningkatkan kesejahteraan penduduk. Pendaftaran...

Bagaimana Untuk Membuat Pendaftaran MOF?

Bagaimana Untuk Membuat Pendaftaran MOF?

Hari ini saya akan kongsikan tentang pendaftaran MOF atau juga dikenali sebagai pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia. Ramai yang tertanya-tanya apa perbezaan antara daftar Eperolehan, Sijil MOF, Lesen MOF & Pendaftaran MOF. Mesti ramai yang tengah pening...

Jom Buat Bisnes Dengan Jabatan Kerajaan

Jom Buat Bisnes Dengan Jabatan Kerajaan

Anda ada bisnes? Pernah buat bisnes dgn jabatan kerajaan? Sangat rugi jika bisnes anda hanya cukup-cukup makan sahaja. Lebih teruk lagi jika ianya tidak menghasilkan untung. Banyak yang buat bisnes hari ini tersepit dengan kos pengurusan & operasi syarikat yang...

5 Syarat Utama Daftar Syarikat Enterprise Dengan Mof

5 Syarat Utama Daftar Syarikat Enterprise Dengan Mof

Masih belum daftar syarikat enterprise anda dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)? Boleh dikatakan syarikat milikan tunggal/perkongsian (ROB) lebih mudah untuk berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Namun begitu, ia juga bergantung kepada...

Lesen Kewangan – Bisnes perlukan ke?

Lesen Kewangan – Bisnes perlukan ke?

Pernahkan anda dengar pasal lesen kewangan? Adakah anda berpuashati dengan jumlah keuntungan hasil dari jualan produk/perkhidmatan anda sekarang? Sekiranya jawapannya adalah "Ya", maka anda tidak perlukan lesen kewangan. Namun begitu, sekiranya jawapan anda adalah...