5 Tips Majukan Bisnes Di Tahun 2017

Semua usahawan mengharapkan bisnes yang diusahakan pada tahun ini akan terus maju & lebih menguntungkan. Namun begitu, tanpa usaha & kaedah yang betul ia hanya akan menjadi impian kosong semata-mata. Berikut adalah 5 tips mudah yang ingin kami kongsikan dengan anda..

 

 

1. REKOD

Setiap jualan, perbelanjaan & untung-rugi perlu direkod. Prestasi perniagaan yang baik dapat diukur melalui rekod yang lengkap. Jika anda perlukan pembiayaan bank, inilah juga yang akan dirujuk oleh mereka terlebih dahulu. Pastinya pihak bank tidak akan melayan permohonan pembiayaan perniagaan jika peniaga tersebut tidak memiliki rekod perniagaan yang jelas. 

 

Dan yang paling pentingnya, anda juga akan dapat tetapkan matlamat jualan yang realistik pada masa akan datang dan menyusun strategi yang betul bagi mencapainya.

 

 

2. TARGET JUALAN

Berapa jualan bisnes anda tahun lepas dan berapa yang anda harapkan untuk tahun ini? Dengan adanya rekod tadi, matlamat anda semestinya lebih mudah dibuat. Ramai usahawan yang mengejar jualan di akhir tahun setelah menyedari bahawa target jualan mereka masih jauh untuk dicapai. Haha.. Yang ni memang memenatkan. Silap haribulan, tak lepas target.

 

Mulakan dari sekarang. Jangan tunggu lagi. Bahagikan target jualan tahunan kepada bulanan/mingguan. Dengan itu, anda akan ketahui dengan jelas berapa banyak jualan yang perlu anda buat pada setiap masa.

 

 

3. IKLAN & PROMOSI

Sentiasa hebohkan produk atau servis yang anda sediakan kepada “targetted client” anda. Jangan atau minimumkan iklan & promosi kepada bukan “targetted client” bagi mengurangkan kos tanpa hasil.

 

Ingat! Iklan & promosi perlu dibuat selalu bagi meningkatkan “brand awareness” terhadap produk atau servis yang anda sediakan. Tapi, jangan terlalu kerap sehingga pelanggan anda naik muak. 

 

 

4. BUAT JUALAN BESAR-BESARAN

Jaga kualiti produk atau servis anda sebelum, semasa & selepas anda membuat jualan. Dengan cara ini, pelanggan anda akan gembira & mereka akan kembali membuat belian dari anda. Beri tumpuan lebih kepada pelanggan yang membuat belian berskala besar tanpa mengabaikan pelanggan yang membuat belian berskala kecil.

 

 

5. TAMBAH BAIK

Jika tips sebelum ini dibuat dengan betul, anda akan dapati jualan perniagaan anda semakin meningkat. Tapi, jangan berhenti di situ sahaja. Sentiasa tambah baik produk atau servis yang anda sediakan untuk melipatgandakan jualan dari masa kesemasa.

 

 

Tips ini disediakan oleh Lesenkewangan.com - Pengurusan syarikat dengan Kementerian Kewangan No. 1 di Malaysia.

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Artikel Berkaitan

5 Perkara Tentang Kami Perlu Anda Tahu

1/3
Please reload

Artikel Lain
Please reload

MENU

+6018 9652 800

MUAT TURUN

  • Facebook

Disclaimer:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar & tepat mengikut fakta semasa dari ulasan pelanggan kami. Testimoni yang dipaparkan adalah dari pelanggan-pelanggan sebenar kami. Namun hasil mungkin berbeza mengikut jenis permohonan & syarikat anda.

Berurusan dengan: