Apa Itu Sistem Eperolehan Kementerian Kewangan Malaysia

by

sistem eperolehan

Selaku konsultan bagi pendaftaran sijil kewangan untuk para pembekal, kami sering diajukan soalan yang berkaitan dengan sistem ePerolehan dan apa kepentingan sistem ini untuk pembekal atau perunding. Jadi di sini kami akan jelaskan serba sedikit kepentingan sistem ePerolehan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) ini untuk menambah kefahaman anda selaku pembekal.

Penubuhan Sistem

Untuk makluman sistem ePerolehan telah dilancarkan pada september 1999 sebagai salah satu aplikasi perdana kerajaan elektronik dibawah inisiatif MSC Malaysia dengan keperluan bagi mewujudkan satu sistem perolehan kerajaan yang lebih telus, saksama dan berintegriti. Ini adalah selari dengan perkembangan teknologi maklumat dan kepesatan K-based economy negara. Pelancarannya telah diaksanakan secara menyeluruh dan serentak ke seluruh negara.

Sistem ini telah beroperasi lebih daripada 15 tahun dan telah berjaya mentransformasikan perolehan Kerajaan Persekutuan daripada proses secara manual kepada sistem yang lebih mesra pengguna, cepat dan telus. Pada masa sekarang sistem ini memiliki lebih daripada 170,000 pengguna dan ini telah menjadikannya komuniti e-commerce yang terbesar di Asia Tenggara.

Proses Sistem

Sistem perolehan baharu ini adalah berasaskan kepada proses perolehan strategik bagi menggantikan proses perolehan operasi yang diguna pakai oleh sistem yang sedia ada. Di samping menawarkan kesemua ciri-ciri sistem eperolehan sedia ada, sistem baharu turut membolehkan proses perancangan perolehan kerajaan dilakukan dengan lebih berkesan. Proses pemantauan juga dapat dijalankan dengan lebih terperinci bagi mengawalselia aktiviti pembekal.

Ciri-Ciri Sistem

Disamping itu juga, ciri-ciri keselamatan dan pemantauan yang lebih sistematik dan mesra pengguna merupakan antara ciri-ciri sistem ePerolehan baharu dalam memastikan proses perolehan kerajaan lebih teratur pada masa akan datang.

Dengan ciri-ciri keselamatan dan pemantauan yang lebih sistematik dan mesra pengguna, sistem ePerolehan baharu dibangunkan seiring dengan hasrat GTP 2.0 iaitu dengan penambahbaikan portal dan sistem perolehan kerajaan.

Jadi anda sudah jelas dan fahamkan apakah yang dimaksudkan apa itu sistem ePerolehan? Diharap dengan adanya penerangan ini dapat membantu anda untuk mengetahui cara penggunaan sistem ePerolehan dengan betul dan dapat membuang segala kekeliruan yang ada dalam diri anda berkaitan dengan sistem perolehan  ini.

Jika anda berminat untuk membuat pendaftaran sijil kewangan boleh terus hubungi kami di talian 0189652800 atau 0189652700. Anda juga disarankan untuk klik link ini Borang Permohonan untuk terus masuk ke laman sesawang kami.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

No Results Found

The page you requested could not be found. Try refining your search, or use the navigation above to locate the post.

×