Soalan Lazim

Berikut adalah soalan yang selalu ditanya oleh pelanggan kami mengikut kategori.

kemaskini_profil_syarikat

Umum

Maklumat am tentang permohonan syarikat dengan MOF.

status_bumiputera_mof

Status Bumiputera MOF

Terbuka untuk syarikat dimiliki lebih 50% bumiputera.

daftar_baru_mof

Pendaftaran Baru MOF

Pendaftaran baru semua jenis entiti perniagaan dengan MOF.

kemaskini_profil_syarikat

Kemaskini Profil Syarikat MOF

Dari perubahan milikan saham syarikat, alamat @ lain-lain.

pembaharuan_mof

Pembaharuan MOF

Untuk pendaftaran yang hampir @ telah tamat tempoh.

sijil_digital_eperolehan

Sijil Digital Eperolehan

Untuk urusan perolehan syarikat & kerajaan secara online.

tambah_kod_bidang_mof

Tambah Kod Bidang MOF

Maksima 30 kod bidang yang dibenarkan bagi setiap syarikat.

Umum

Apakah itu lesen kewangan?

Pendaftaran entiti perniagaan milikan tunggal, perkongsian, PLT, sdn. bhd, koperasi, persatuan, pertubuhan atau firma perunding dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Kenapa syarikat anda perlu berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia?

Syarat utama untuk membekal produk & perkhidmatan kepada jabatan kerajaan & badan berkanun.

Berapakah tempoh masa untuk dapatkan kelulusan permohonan dengan MOF?

Bagi pendaftaran biasa, kelulusan dapat diperolehi dalam tempoh 10 hari sahaja. Kami amat hargai setiap masa yang digunakan untuk proses permohonan tersebut.

Berapa lama tempoh sah lesen kewangan?

3 tahun. Pembaharuan boleh dibuat seawal 3 bulan sebelum tarikh luput.

Adakah saya didenda jika lesen kewangan saya tamat tempoh?

Anda tidak didenda. Namun, urusniaga syarikat anda dengan jabatan kerajaan akan terbatal kerana tidak memiliki lesen kewangan yang sah tempoh.

Bagaimana untuk membuat bayaran pendaftaran MOF?

Secara tunai/cek/online transfer/bank-in kepada MOF SOLUTION (No. akaun Maybank: 556011013804). Untuk lebih mudah, isi Borang Permohonan & anda akan dibawa ke laman untuk membuat bayaran secara online.

Jika permohonan tidak berjaya, adakah wang bayaran saya dikembalikan?

Semua bayaran bagi permohonan yang tidak berjaya akan dikembalikan (refund). Berdasarkan rekod semenjak tahun 2008, sebanyak 98.5% permohonan yang kami uruskan dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) adalah berjaya.

Saya tinggal berjauhan. Boleh ke uruskan?

Boleh. Kami uruskan semua permohonan dari seluruh Semenanjung Malaysia. Selain datang ke pejabat, anda boleh menghantar dokumen permohonan kepada kami melalui email atau kurier. Ianya lebih mudah.

Syarikat saya beralamat di rumah. Boleh ke daftar dengan MOF?

Boleh. Terdapat 45 kod bidang yang layak untuk perniagaan/syarikat yang beralamat di rumah kediaman. Sila hubungi kami untuk senarai kod bidang tersebut.

Saya berminat untuk dapatkan servis ini. Bagaimana?

Isikan Borang Permohonan & buat bayaran penuh / deposit. Permohonan anda akan disahkan & pegawai kami akan hubungi anda untuk proses pendaftaran.

Pendaftaran Baru MOF

Bagaimana cara untuk daftarkan syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)?

Bergantung kepada jenis syarikat & kod bidang. Hubungi kami untuk maklumat lanjut atau isi Borang Permohonan. Pegawai kami akan hubungi anda dalam tempoh 24 jam.

Apakah jenis entiti perniagaan yang layak berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)?

Perniagaan milikan tunggal/perkongsian (enterprise), Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT/LLP), syarikat sendirian berhad, firma perunding, persatuan, koperasi, & pertubuhan.

Adakah syarikat beralamat/beroperasi dari rumah kediaman layak berdaftar?

Layak. Namun begitu, ianya terhad untuk 45 jenis kod bidang MOF sahaja.

Apakah syarat-syarat untuk daftarkan syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) / lesen kewangan?

Bergantung kepada jenis syarikat & kod bidang yang akan didaftarkan. Hubungi kami untuk maklumat lanjut atau isi Borang Permohonan. Pegawai kami akan hubungi anda dalam tempoh 24 jam.

Berapa lama tempoh sah lesen kewangan?

3 tahun. Anda perlu memperbaharui lesen kewangan sebelum tamat tempoh. Kegagalan memperbaharui lesen kewangan MOF akan menyebabkan pendaftaran terbatal.

Syarikat tidak memiliki pekerja. Adakah layak memohon?

Tidak. Syarikat perlu memiliki sekurang-kurangnya seorang (1) pekerja untuk layak membuat permohonan.

Jika urusniaga syarikat menggunakan akaun simpanan pemilik syarikat, boleh ke memohon lesen kewangan?

Tidak boleh. Hanya akaun semasa syarikat (company current account) sahaja layak digunakan untuk memohon lesen kewangan.

Adakah syarikat wajib membuat caruman KWSP untuk layak memohon?

Wajib jika syarikat beroperasi di premis perniagaan/kedai/pejabat/dll. Tidak wajib jika syarikat beroperasi di rumah kediaman.

Apakah kelebihan syarikat yang berdaftar dengan MOF (memiliki lesen kewangan)?

Layak untuk berurus niaga dengan jabatan kerajaan, menyertai tender/sebutharga kerajaan & lebih berkredibiliti.

Apakah sebab utama permohonan pendaftaran lesen kewangan ditolak?

Tidak memenuhi syarat-syarat permohonan & dokumen yang tidak lengkap. Hubungi kami untuk maklumat lanjut atau isi Borang Permohonan. Pegawai kami akan hubungi anda dalam tempoh 24 jam untuk bantuan.

Pembaharuan MOF

Bila pembaharuan lesen kewangan boleh dibuat?

Seawal 3 bulan sebelum tarikh luput pendaftaran sehingga selewat-lewatnya 1 tahun selepas luput pendaftaran.

Jika lesen kewangan tamat tempoh lebih setahun, bolehkah syarikat membuat permohonan pembaharuan?

Tidak boleh. Pendaftaran syarikat tamat tempoh lebih dari 1 tahun dibatalkan secara automatik dari sistem ePerolehan. Pihak syarikat perlu membuat permohonan baru lesen kewangan.

Bolehkah permohonan tambah kod bidang dibuat semasa membuat permohonan pembaharuan?

Boleh. Had maksima yang dibenarkan adalah 30 kod bidang.

Bolehkah kemaskini profil syarikat dibuat semasa membuat permohonan pembaharuan?

Boleh. Maklumkan kepada pihak kami untuk perubahan seperti penama di dalam sijil,penukaran nama pentadbir di dalam sistem ePerolehan dan lain-lain kemaskini profil syarikat yang diperlukan.

Bolehkah syarikat membuat pembaharuan sekiranya syarikat tidak membuat caruman KWSP?

Boleh untuk syarikat yang beralamat di rumah kediaman sahaja. Tidak boleh untuk syarikat yang beralamat di premis perniagaan (wajib berdaftar dengan KWSP & membuat caruman kepada sekurang-kurangnya seorang pekerja syarikat.

Adakah lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu dalam permohonan pembaharuan?

Ya, perlu. ianya adalah syarat wajib dalam proses pembaharuan.

Berapa lama tempoh sah lesen kewangan selepas diperbaharui?

3 tahun. Syarikat dinasihatkan untuk membuat pembaharuan lesen kewangan seawal 3 bulan sebelum tamat tempoh sah.

Adakah syarikat akan didenda sekiranya memiliki lesen kewangan tamat tempoh?

Tidak. Namun, urusniaga syarikat dengan jabatan kerajaan akan terbatal kerana tidak memiliki lesen kewangan yang sah tempoh.

Berapa kadar bayaran memperbaharui lesen/sijil kewangan syarikat?

Sila rujuk Kadar Bayaran.

Apakah dokumen yang perlu untuk perbaharui lesen kewangan?

Sila hubungi kami atau isi Borang Permohonan secara online. Pegawai kami akan hubungi anda dalam tempoh 24 jam untuk penerangan.

Tambah Kod Bidang MOF

Apa itu permohonan tambah kod bidang MOF?

Proses daftarkan kod bidang tambahan ke dalam sijil/lesen kewangan MOF sedia ada.

Apa perbezaan antara kod bidang biasa dan kod bidang khas?

Kod bidang biasa tidak memerlukan lawatan tapak manakala kod bidang khas memerlukan lawatan tapak oleh pegawai MOF. Maklumat lanjut, sila rujuk artikel Kod Bidang Biasa VS Kod Bidang Khas Lesen Kewangan.

Berapa kadar bayaran untuk permohonan tambah kod bidang MOF?

Sila rujuk kadar bayaran di sini.

Bilakah permohonan tambah kod bidang MOF boleh dibuat?

Pada bila-bila masa selagi sijil/lesen MOF masih sah tempoh.

Berapa jumlah kod bidang MOF yang boleh didaftarkan?

Maksima 30 kod bidang.

Bolehkan daftar kod bidang bekalan/perkhidmatan dan kod bidang perunding dalam satu sijil?

Tidak boleh. Kod bidang bekalan/perkhidmatan tidak boleh didaftarkan bersama-sama dengan kod bidang perunding. Jika syarikat telah mendaftar sijil/lesen kewangan dalam kod bidang bekalan/perkhidmatan, syarikat perlu membuat pendaftaran baru untuk firma perunding dan memohon kod bidang perunding.

Apa sebab utama permohonan tambah kod bidang ditolak?

Kod bidang yang dipilih tidak selari dengan jenis perniagaan (nature of business) yang didaftarkan di dalam SSM syarikat. Sila rujuk artikel Teknik Pemilihan Kod Bidang MOF.

Bagaimana cara untuk mengenalpasti kod bidang MOF?

Terdapat 6 digit nombor pada setiap kod bidang. Dua nombor pertama menentukan samada kod bidang tersebut adalah kod bekalan atau kod bidang perkhidmatan (01 sehingga 21: Kod Bekalan & 22: Perkhidmatan).

Sebagai contoh; Kod bidang 040102 adalah kod bidang bekalan makanan dan 221001 adalah kod bidang perkhidmatan pembersihan bangunan dan pejabat. Bagi kod bidang perunding, ianya bermula dengan nombor 33 dan 34.

Apakah kod bidang rumah kediaman?

Kod bidang rumah kediaman (45 jenis pilihan kod bidang sahaja) bermaksud kod bidang yang layak untuk perniagaan yang beroperasi/beralamat di rumah kediaman sahaja.

Bolehkah syarikat daftarkan kod bidang yang sama di dalam dua syarikat yang dimiliki oleh pemilik/staf yang sama?

Tidak boleh. Pendaftaran sijil/lesen kewangan tidak membenarkan syarikat menggunakan kod bidang yang sama di dalam syarikat yang berbeza yang dimiliki oleh pemilik/kakitangan yang sama. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya pakatan harga.

 

Koperasi dikecualikan dari syarat di atas.

Status Bumiputera MOF

Apa itu Sijil Taraf Bumiputera MOF?

Sijil Taraf Bumiputera MOF adalah pengiktirafan yang diberikan oleh MOF kepada syarikat yang berdaftar & memenuhi kelayakan sebagai syarikat bumiputera. Terdapat tender/sebutharga yang hanya dikhususkan untuk syarikat yang memiliki sijil taraf bumiputera. Ianya satu kelebihan. 

Berapa lama tempoh yang diambil untuk kelulusan permohonan Sijil Taraf Bumiputera MOF?

Kelulusan ini memerlukan lawatan tapak oleh pegawai MOF ke premis syarikat. Biasanya 1-2 bulan.

Apakah dokumen yang perlu untuk permohonan Sijil Taraf Bumiputera MOF bagi perniagaan milikan tunggal/perkongsian (enterprise)?

Salinan Borang D/E SSM, penyata akaun bank semasa syarikat, carta organisasi bergambar, peta lakar ke premis, salinan perjanjian sewa/geran & penyata caruman beserta resit bayaran KWSP. 

*Dokumen yang perlu bergantung kepada jenis perniagaan yang didaftarkan dengan SSM.

Apakah kelayakan asas yang perlu ada untuk dapatkan Sijil Taraf Bumiputera MOF?

Syarikat hendaklah dipegang oleh 75% bumiputera dari segala aspek pengurusan syarikat seperti pegangan saham, pengarah, penandatangan cek & pengurusan. Memiliki pekerja bumiputera secara majoriti.

Susah atau tidak untuk dapatkan Sijil Taraf Bumiputera MOF?

Bergantung kepada kelayakan syarikat. Sila hubungi kami untuk dapatkan panduan & khidmat nasihat.

Adakah syarikat dimaklumkan tentang tarikh lawatan tapak oleh pegawai MOF?

Tidak dimaklumkan. Lawatan ini akan dilakukan secara mengejut. Oleh itu syarikat perlu sentiasa bersedia menerima lawatan dari pegawai MOF.

Adakah lawatan tapak dibuat oleh pegawai MOF untuk perniagaan yang beroperasi di rumah kediaman?

Bergantung kepada budi bicara pegawai terbabit. Namun begitu, mereka berhak untuk membuat lawatan tapak.

Adakah syarikat layak memohon Sijil Taraf Bumiputera MOF jika tiada Sijil MOF?

Tidak layak. Syarikat perlu memiliki Sijil MOF terlebih dahulu.

Adakah Sijil MOF & Sijil Taraf Bumiputera MOF merupakan sijil yang sama?

Tidak. Ianya berasingan.

Berapa kadar bayaran bagi permohonan Sijil Taraf Bumiputera MOF?

Sila rujuk Kadar Bayaran.

Kemaskini Profil Syarikat MOF

Jika syarikat membuat perubahan saham dan pertambahan pengarah, adakah perlu untuk syarikat isytiharkan dengan MOF?

Ya. Diwajibkan untuk syarikat membuat permohonan kemaskini profil dengan MOF bagi memastikan maklumat syarikat sentiasa selari dengan rekod SSM.

Jika terdapat perubahan alamat syarikat di SSM, adakah akan menjejaskan alamat yang didaftarkan dengan MOF sebelum ini?

Jika berlaku perubahan alamat syarikat, pengarah/pengurus perlu membuat permohonan kemaskini profil dengan MOF bagi mendapatkan sijil yang baru mengikut alamat yang didaftarkan.

Adakah syarat untuk permohonan kemaskini profil sama dengan dengan syarat permohonan baru?

Tidak. Tiada syarat ditetapkan untuk permohonan kemaskini profil. Ianya bergantung kepada perubahan yang berlaku di dalam syarikat.

Apa dokumen yang diperlukan untuk permohonan kemaskini profil?

Bergantung kepada dokumen yang dipinda atau yang berkenaan sahaja.

Tempoh kelulusan untuk permohonan kemaskini profil syarikat?

Maksima 14 hari waktu bekerja. Mengikut terma dan syarat.

Berapakah kadar bayaran bagi permohonan kemaskini profil syarikat dengan MOF?

Sila rujuk Kadar Bayaran.

Apakah tindakan utama syarikat sebelum membuat permohonan kemaskini profil?

Memastikan maklumat perniagaan di profil SSM adalah benar dan terkini.

Bagaimana cara membuat permohonan kemaskini profil syarikat?

Isikan Borang Permohonan dan buat bayaran secara atas talian (online). Pegawai kami akan menghubungi anda untuk menguruskan permohonan tersebut.

Adakah tempoh sah laku sijil akan berubah selepas membuat permohonan kemaskini profil?

Tidak. Tempoh sah laku sijil akan kekal seperti sebelumnya. Namun syarikat akan diberikan sijil kewangan yang baru setelah permohonan diluluskan.

Bolehkan syarikat membuat perubahan nama pengarah atau staf selepas selesai permohonan baru?

Tidak. Maklumat pemilik/pengarah serta staf syarikat tidak boleh diubah dalam tempoh 6 bulan selepas permohonan baru diluluskan.

Sijil Digital Eperolehan

Apakah fungsi sijil digital ePerolehan?

Bertindak sebagai tandatangan digital untuk melakukan pengesahan dokumen secara atas talian di sistem ePerolehan.

Berapa lama tempoh sah sijil digital ePerolehan?

3 tahun. Perlu diperbaharui sebelum tamat tempoh sah.

Apa dokumen perlu untuk memohon sijil digital ePerolehan?

Salinan kad pengenalan pentadbir sistem ePerolehan & surat permohonan.

Apa perlu dilakukan jika sijil digital ePerolehan dibekukan?

Reset ID sijil digital dalam sistem ePerolehan.

Berapa lama masa diambil untuk permohonan sijil digital ePerolehan?

1-3 hari bekerja.

Berapa kadar bayaran untuk permohonan sijil digital ePerolehan?

Sila rujuk Kadar Bayaran.

Bagaimanakah cara menggunakan sijil digital ePerolehan?

Masukkan nombor pin dan jawapan keselamatan ketika membuat pengesahan dokumen / transaksi dengan jabatan kerajaan dalam sistem ePerolehan.

Bolehkah pentadbir sistem yang sama untuk lebih dari satu syarikat?

Boleh.

Adakah sijil digital ePerolehan dalam bentuk sijil?

Tidak. Sijil digital ePerolehan bertindak sebagai tandatangan digital untuk melakukan pengesahan dokumen secara atas talian di sistem ePerolehan.

Apakah punca permohonan sijil digital ePerolehan ditolak?

Salinan kad pengenalan yang yang salah atau tidak jelas.

×