Sijil Digital MOF Tiada ? Apa Syarat Untuk Permohonan Sijil Digital

by

digital mof

Pengenalan

Hari ini saya akan kongsikan serba sedikit berkenaan dengan manfaat apabila anda ada sijil digital MOF. Sijil digital MOF ialah satu keperluan asas untuk Pembekal berurus niaga dengan Kerajaan Persekutuan. Sistem ePerolehan yang terkini tidak lagi menggunakan medium token ePXS USB Crypto sebagai pengesahan pengenalan pengguna berdaftar. Kini semua syarikat yang berdaftar dengan MOF wajib memohon sijil digital mof tersebut.

Untuk makluman anda semua, sijil digital MOF  ini sebenarnya berfungsi sebagai kunci untuk bertransaksi di dalam sistem ePerolehan Malaysia yang terjamin keselamatannya. Bagi pihak pembekal pula, selepas permohonan lesen MOF anda di luluskan , pihak penender akan menghantar sebut harga / jemputan ke taklimat penender atau sebagainya. Sijil digital MOF juga di gunakan oleh pihak kerajaan untuk membuat pengesahanan dan pembayaran kepada pembekal selepas kerja-kerja yang di lakukan sudah siap. Untuk permohonan sijil digital anda perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia .

Syarat-Syarat Yang Diperlukan Sebelum Membuat Permohonan Sijil Digital MOF

 •           Semua permohonan sijil digital MOF melalui atas talian di laman portal www.eperolehan.gov.my.

•             Pembekal perlu mendaftar sama ada Pendaftaran Akaun Asas atau Pendaftaran Kementerian Kewangan.

•             Sekurang-kurangnya satu Sijil Digital perlu dimiliki oleh setiap syarikat untuk berurus niaga secara kontrak Kementerian, kontrak pusat, pembelian terus, sebutharga ataupun tender.

•             Pengguna Sijil Digital mestilah terdiri daripada pengguna /pentadbir yang dikunci masuk di dalam Sistem ePerolehan semasa Pendaftaran Akaun Asas atau Pendaftaran Kementerian Kewangan.

•             Pentadbir Pembekal bertanggungjawab untuk memohon bagi pengguna baharu dalam syarikat.

•             Pemohon perlu mempunyai satu (1) akaun email yang sah dan masih aktif bagi tujuan pengesahan permohonan dan pengaktifan Sijil Digital.

•             Dokumen sokongan perlu dihantar bagi tujuan pengesahan permohonan, ia boleh diimbas (scan) dan dimuat naik semasa melakukan proses permohonan atau boleh menghantar dokumen sokongan ke ePerolehan Centre yang berhampiran.

•             Pemprosesan permohonan hanya berlaku selepas penerimaan dokumen sokongan yang lengkap.

Kesimpulan

Walau bagaimanapun, segala masalah ini boleh diselesaikan. Di sinilah peranan pihak kami di Lesenkewangan.com dapat membantu anda. Kami menyediakan perkhidmatan pendaftaran MOF dan memberi khidmat rundingan mengenai proses pendaftaran MOF. Segala-galanya diselesaikan oleh syarikat kami. Anda cuma sediakan dokumen yang pihak kami perlukan dan kami uruskan proses pendaftaran sepenuhnya sehingga mendapat kelulusan sijil kewangan dari Kementerian Kewangan Malaysia. Hubungi talian hotline kami 018 – 9652 800 atau emailkan ke support@lesenkewangan.com untuk sebarang pertanyaan. Anda juga boleh Borang Permohonan dan kami akan uruskan permohonan tersebut untuk dapatkan sijil digital MOF untuk syarikat anda.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

No Results Found

The page you requested could not be found. Try refining your search, or use the navigation above to locate the post.

×