2 Syarat Pendaftaran Taraf Bumiputera
Disediakan oleh: Fatiha
Taraf Bumiputera

            Setelah memperolehi sijil kewangan daripada Kementerian Kewangan Malaysia, ramai yang bertanya mengenai sijil kewangan untuk taraf bumiputera ? Macam mana ingin dapatkan sijil taraf bumiputera tersebut, dokumen dan syarat – syarat yang diperlukan untuk mohon ?? Jom saya kongsikan di bawah serba sedikit  mengenai sijil taraf bumiputera tersebut.

Permohonan taraf bumiputera merangkumi beberapa aspek dari segi :

1. Daftar Bertaraf Bumiputera (51%)

a. Syarikat dimiliki oleh Warganegara Malaysia dari segi penguasaan dan pegangan ekuiti, Lembaga Pengarah, Pengurusan, kakitangan, struktur/carta organisasi dan fungsi pengurusan sekurang- kurangnya 51% oleh Bumiputera. Baki 49% saham boleh dikuasai oleh bukan Bumiputera dan asing.

b. Jawatan Ketua Eksekutif, Pengarah Urusan, Pengurus Besar dan jawatan- jawatan penting lain hendaklah dipegang oleh Bumiputera sekurang-kurangnya 51%.

c. Pengurusan Kewangan dalam lesen MOF dari segi penandatangan cek dan dokumen penting kewangan syarikat hendaklah ditandatangani oleh Bumiputera.

d. Peratusan pegangan ekuiti tertinggi dalam lesen MOF secara individu hendaklah dikuasai oleh Bumiputera. Manakala untuk gaji/caruman KWSP tertinggi hendaklah dikuasai oleh Bumiputera.

2. Daftar Bumiputera (100%)

a. Syarikat dimiliki oleh warganegara Malaysia. Pegangan ekuiti, Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pengurusan kewangan 100% dikuasai oleh Bumiputera.

 Berkenaan dengan dokumen – dokumen yang diperlukan seperti :

·         Borang permohonan yang ditandatangan & dicop.

·         Borang pengesahan penandatangan cek yang disahkan oleh pihak bank.

·         Borang SSM.

·         Penyata akaun semasa syarikat terkini.

·         Salinan kad pengenalan semua pemilik & kakitangan syarikat.

·         Carta organisasi syarikat lengkap dengan nama & jawatan.

·         Penyata/Borang A & resit bayaran KWSP pekerja bagi bulan terkini.

·         Peta lakar yang lengkap dengan mercu tanda & nama jalan menuju ke premis syarikat.

·         Surat perjanjian sewa yang dimatikan setem hasil/dokumen hakmilik/surat kebenaran pemilik premis syarikat.

·         Salinan sijil pendaftaran MOF sediada.

Untuk permohonan taraf bumiputera dengan Kementerian Kewangan Malaysia , pegawai-pegawai dari Kementerian Kewangan Malaysia yang akan hadir ke premis perniagaan syarikat anda untuk melawat tapak dan menyemak dokumen-dokumen seperti yang saya nyatakan di atas. Permohonan taraf bumiputera memerlukan lawatan tapak daripada pegawai MOF sebelum mendapat kelulusan. Semasa proses lawatan di jalankan, pihak anda di nasihatkan supaya sentiasa berada di premis perniagaan bagi memudahkan urusan semakan dokumen oleh pegawai yang terlibat.  

Akhir sekali, jika dokumen-dokumen seperti di atas sudah lengkap, anda boleh menghubungi pihak kami di talian 018-9652700 / 018-9652800 atau hadir terus ke pejabat untuk serahan dokumen tersebut. Pegawai-pegawai kami di Lesenkewangan.com akan membantu anda bagi mendapatkan sijil kewangan taraf bumiputera.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

Kelebihan Daftar Akaun Asas

Kelebihan Daftar Akaun Asas

Setiap syarikat yang ingin berurus niaga dengan Kerajaan Persekutuan hendaklah berdaftar dengan MOF melalui salah satu akaun berikut iaitu akaun asas atau akaun MOF..Pendaftaran akaun asas ini adalah terpakai kepada syarikat berstatus warganegara Malaysia yang ingin...

Apa Itu Akaun Sijil Mof

Apa Itu Akaun Sijil Mof

Pengenalan Apa yang anda faham berkenaan dengan akaun mof ? akaun sijil mof digunakan oleh pembekal yang ingin bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan sehingga nilai RM20,000 dan juga yang melebihi had nilai RM20,000. Terdapat 2 jenis...

Beza Akaun Asas Eperolehan Dan Sijil Mof

Beza Akaun Asas Eperolehan Dan Sijil Mof

Maksud Apa itu akaun asas Eperolehan? Dan apa itu akaun sijil MOF. Hari Ini saya akan kupaskan sedikit berkenaan kedua-dua jenis pendaftaran ini. Masih ramai lagi perniaga yang keliru berkenaan dua jenis pendaftaran akaun ini. Kesilapan pendaftaran boleh mengakibatkan...

Pendaftaran Kod Bidang Bengkel Dengan Kementerian Kewangan Malaysia

Pendaftaran Kod Bidang Bengkel Dengan Kementerian Kewangan Malaysia

Adakah anda merupakan sebuah perniagaan yang ingin memohon kod bidang bengkel kerana syarikat menjalankan kerja-kerja bengkel yang berhasrat untuk membuat pendaftaran lesen kewangan mof bagi mendapatkan tender kerajaan? Namun anda tidak tahu kod bidang mof apa yang...

Sijil Kewangan Tanpa Premis Perniagaan

Sijil Kewangan Tanpa Premis Perniagaan

Pendahuluan Ramai perniaga sering bertanya kepada pihak kami “saya tak ada premis perniagaan, layak ke untuk saya daftar sijil kewangan?” Jawabannya adalah “Ya anda layak”. Walaupun anda tiada premis perniagaan, sekadar menggunakan alamat rumah kediaman di dalam...

2 Aspek Utama Ketika Memohon Sijil Kewangan Mof

2 Aspek Utama Ketika Memohon Sijil Kewangan Mof

Hari ini saya akan kongsikan beberapa aspek utama yang perlu anda tahu ketika memohon sijil kewangan mof. Ramai pembekal di luar sana yang ingin mendaftar kan lesen kewangan syarikat mereka bagi membolehkan syarikat mereka memasuki tender-tender yang dikeluarkan oleh...

Kelebihan Mempunyai  Sijil Kewangan

Kelebihan Mempunyai Sijil Kewangan

Sijil Kewangan MOF Tiada sijil kewangan tetapi syarikat saya sudah ada lesen perniagaan SSM.. Tunggu apa lagi.. Jom mohon sijil kewangan. Banyak kelebihan yang anda boleh dapat apabila mempunyai sijil kewangan yang di iktiraf oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Antara...

Kepentingan Daftar Sijil Digital Eperolehan

Kepentingan Daftar Sijil Digital Eperolehan

Maksud Daftar sijil digital Eperolehan merupakan merupakan satu keperluan penting bagi syarikat yang ingin berurusan dengan jabatan kerajaan. Ia merupakan merupakan perkara wajib yang perlu ada bagi syarikat yang ingin bertransaksi secara atas talian (online)...

Jom Daftar Sijil Taraf Bumiputera

Jom Daftar Sijil Taraf Bumiputera

Adakah anda seorang pembekal bumiputera yang sedang struggle untuk membuat permohonan pendaftaran sijil taraf bumiputera dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi mendapatkan tender/sebut harga kerajaan yang mewajibkan syarikat mempunyai sijil taraf bumiputera?...