Tambah Kod Bidang Syarikat Dengan Kementerian Kewangan Malaysia – Eperolehan

tambah_kod_bidang

Bagi pendaftaran syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM / MOF), maksima kod bidang yang dibenarkan adalah 30 kod bidang. Sebagai contoh; Sekarang syarikat anda berdaftar 10 kod bidang, maka anda layak untuk membuat tambahan 20 kod bidang lagi.

​Situasi kedua; Jika syarikat anda telah berdaftar sebanyak 25 kod bidang & anda perlukan 10 kod bidang tambahan, maka anda perlu membuat pembatalan 5 kod bidang sediada. Kemudian, mohon untuk tambahan 10 kod bidang yang baru.

​Terdapat syarat-syarat asas bagi syarikat milikan tunggal (Enterprise) atau perkongsian. Antaranya; Jenis perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) perlu selari dengan bidang pendaftaran di MOF. Selain itu, hanya 46 kod bidang sahaja yang dibenarkan bagi perniagaan yang beralamat di rumah kediaman.

​Jabatan kerajaan yang mengeluarkan pembelian terus, sebutharga & tender akan menetapkan kod bidang dengan merujuk kepada jenis bekalan & perkhidmatan. Oleh itu, syarikat yang berdaftar dengan kod bidang berkaitan sahaja layak untuk turut serta dalam urusniaga itu.

Menakutkan? Tak perlu takut.. Kami ada jalan penyelesaian & cara terbaik untuk syarikat anda. Menjadi tanggungjawab kami untuk pastikan urusan tambahan kod bidang syarikat anda dengan Kementerian Kewangan Malaysia berjalan lancar & mendapat kelulusan.

​Kami berpengalaman sekian lama menguruskan permohonan tambahan kod bidang syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Apa yang lebih penting bagi kami adalah permohonan pelanggan kami mendapat kelulusan dalam tempoh yang singkat tanpa menyusahkan mereka.

​Dah sedia untuk mohon tambah kod bidang bagi syarikat anda? Hubungi kami atau isikan Borang Permohonan. Dalam tempoh 24 jam, pegawai kami akan hubungi anda bagi membantu proses tambah kod bidang syarikat anda dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

Penuhi Keperluan Syarikat Anda

Mohon Kod Bidang Pilihan Anda Dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) – Eperolehan dan sertai tender & sebutharga kerajaan.

×