5 Jenis Permohonan Yang Boleh Buat Dengan MOF
Disediakan oleh: Fateen
jenis permohonan

Jom kenali 5 jenis permohonan yang didaftarkan dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Kami di team Lesenkewangan.com akan menjelaskan kepada anda berkaitan dengan jenis permohonan yang boleh didaftarkan dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

Umum mengetahui setiap projek yang hendak dimasuk oleh pihak pembekal wajib mempunyai sijil kewangan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Namun, adakah pembekal mengetahui jenis permohonan yang boleh dibuat dengan MOF selain sijil kewangan? Sebenarnya ada banyak jenis permohonan yang boleh dipohon dengan mof yang berkaitan dengan tender dan sebut harga.

Pendaftaran Baru

Untuk makluman setiap pembekal seharusnya membuat pendaftaran baru dahulu dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi mendapatkan sijil kewangan. Tempoh kelulusan bagi pendaftaran baru hanyalah memakan masa 7 hingga 14 hari sahaja. Untuk pendaftaran baru anda hanya perlu sediakan dokumen-dokumen basic dalam syarikat.

Permohonan Pembaharuan

Untuk makluman sijil kewangan perlu diperbaharui setiap 3 tahun bermula daripada tarikh sijil tersebut dikeluarkan. Para pembekal dinasihatkan untuk alert dengan tempoh sah sijil yang tertera pada sijil kewangan anda, supaya anda tidak menggunakan sijil yang telah expired. Sekiranya tempoh expired sijil tersebut telah melebihi daripada setahun, anda tidak boleh membuat permohonan pembaharuan dan perlu membuat pendaftaran baru semula. Jadi anda dinasihatkan supaya memperbaharui sijil ini 3 bulan sebelum tarikh expired itu.

Pendaftaran Taraf Bumiputera

Untuk memohon status bumiputera bagi syarikat anda, hendaklah memastikan perniagaan dimiliki oleh 100% bumiputera dari segi pegangan saham, pekerja, penandatangan cek dan sebagainya. Namun jika syarikat anda merupakan syarikat bukan 100% bumiputera, anda perlu memastikan saham yang dipegang oleh bumiputera hendaklah 70% manakala bukan bumiputera 30%. Bagi pengurusan syarikat juga hendaklah majoriti oleh bumiputera seperti pekerja, penandatangan cek dan sebagainya hendaklah diambil kira. Untuk makluman juga, tempoh kelulusan permohonan ini memakan masa sebulan atau lebih kerana permohonan ini perlukan lawatan tapak daripada pegawai MOF ke pejabat anda sebelum diluluskan.

Permohonan Kemaskini Profil

Sekiranya terdapat sebarang perubahan yang berlaku dalam syarikat anda, wajib untuk anda membuat permohonan kemaskini dengan MOF. Hal ini kerana, setiap perubahan yang berlaku MOF akan rujuk kepada perkara yang didaftarkan dengan SSM. Oleh itu, anda perlu selaraskan maklumat-maklumat yang betul didalam sistem eperolehan syarikat anda supaya tidak berlaku kesilapan atau kekeliruan antara MOF & SSM. Perubahan yang berlaku antaranya pertambahan saham syarikat, pertukaran/pertambahan pengarah/pemilik, kemaskini penyata akaun bank semasa syarikat dan kemaskini maklumat-maklumat staff dalam syarikat.

Pendaftaran Tambah Kod Bidang

Untuk makluman jumlah maksimum kod bidang yang boleh di mohon adalah 30 kod bidang. Minimum sekurang-kurangnya 1 kod bidang berdaftar. Jadi pembekal boleh mohon sebanyak mana kod yang ada dalam jenis perniagaan syarikat asalkan tidak lebih daripada 30 jenis kod. Pembekal juga perlu memastikan setiap kod yang dipohon berdaftar dengan SSM dahulu sebelum mohon dengan MOF, supaya kod tersebut selari. Namun jika kod bidang anda sudah sampai limit, anda boleh buang kod yang tidak berkaitan dengan jenis perniagaan atau tidak digunakan dalam syarikat anda dengan menggantikan dengan kod yang lain. Untuk makluman kod bidang yang telah dihapuskan dalam sijil kewangan anda tidak boleh dipohon semula dalam tempoh setahun. Anda perlu menunggu setahun untuk tambah semula kod bidang tersebut sekiranya perlu digunakan. Jadi, anda diingatkan supaya fikir masak-masak dahulu sebelum hapuskan kod bidang yang sedia ada itu agar tidak datang penyesalan anda dikemudian hari.

Untuk makluman pembekal sekalian, sekiranya syarikat anda baru sahaja selesai mendaftar jenis permohonan baru dengan MOF dan telah mendapat kelulusan, jika syarikat ingin membuat sebarang perubahan dalam sistem eperolehan disarankan untuk menunggu tempoh matang sehingga 6 bulan dahulu baru dibenarkan untuk membuat permohonan kemaskini profil.

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai jenis permohonan yang boleh dibuat dengan MOF, boleh hubungi kami ditalian 018 9652 700 atau 018 9652 800. Atau anda masih keliru jenis permohonan apa yang perlu anda mohon untuk syarikat anda boleh ke laman sesawang kami untuk dapatkan khidmat konsultan.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

7 Syarat untuk Pendaftaran Syarikat Di SSM

7 Syarat untuk Pendaftaran Syarikat Di SSM

Pengenalan Menurut laman web SSM, perniagaan adalah meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian...

Perlu Mohon Lesen MOF Atau Tidak Untuk Syarikat Anda?

Perlu Mohon Lesen MOF Atau Tidak Untuk Syarikat Anda?

Hasil semakan mendapati masih ramai kalangan pembekal yang belum mohon lesen MOF lagi. Dan ada juga di kalangan pembekal ini masih keliru tentang permohonan lesen mof sama ada wajib mohon ataupun tidak untuk perniagaan atau syarikat mereka. Tapi itu tidak bermakna...

4 Kaedah Memajukan Perniagaan

4 Kaedah Memajukan Perniagaan

Kaedah untuk memajukan perniagaan yang diusahakan mempunyai harapan yang tinggi agar perniagaan itu terus maju dan berjaya serta dapat mengubah masa depan agar tidak ditindas pihak lain. Tiada sesiapa yang mengharap perniagaan yang dijalankan musnah dengan wang...

Ketahui Jenis Bayaran Pendaftaran MOF Syarikat Anda

Ketahui Jenis Bayaran Pendaftaran MOF Syarikat Anda

Jenis Syarikat Di dalam pendaftaran MOF terdapat banyak permohonan yang boleh dibuat. Setiap permohonan sudah pasti memerlukan kos yang perlu dibayar untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan. Bila sebut sahaja berkenaan kadar bayaran, sudah pasti anda semua...

5 Tawaran  Pihak Kami Untuk Sijil Kewangan MOF

5 Tawaran Pihak Kami Untuk Sijil Kewangan MOF

Untuk memasuki tender atau sebut harga yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan anda perlu mendaftar lesen Kementerian Kewangan Malaysia dahulu kerana syarat wajib untuk memasuki tender kerajaan ialah perlu mempunyai sijil MOF. Para pembekal tidak perlu susah atau pening...

Ketahui 4 Punca Utama Pendaftaran MOF Anda Sering Ditolak

Ketahui 4 Punca Utama Pendaftaran MOF Anda Sering Ditolak

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) cerewet.. suka reject permohonan pendaftaran MOF syarikat.. Salah anda? Atau salah pegawai MOF yang reject permohonan anda? Siapa kat sini antara pembekal yang ada masalah untuk membuat pendaftaran MOF? Kalau submit permohonan ke...

3 Punca Pendaftaran Sijil Kewangan Untuk Sdn Bhd Ditolak

3 Punca Pendaftaran Sijil Kewangan Untuk Sdn Bhd Ditolak

Pengenalan Pendaftaran sijil kewangan untuk syarikat sdn bhd dengan  Kementerian Kewangan Malaysia ini memerlukan penyediaan dokumen yang rapi. Anda perlu kenalpasti dahulu setiap dokumen yang dilampirkan untuk memohon sijil kewangan ini. Hal ini adalah antara punca ...

Alasan Kenapa Memilih Kami Sebagai Konsultan Sijil Kewangan Anda?

Alasan Kenapa Memilih Kami Sebagai Konsultan Sijil Kewangan Anda?

Adakah anda seorang pembekal yang memerlukan konsultan sijil kewangan bagi syarikat anda untuk mendapatkan kelulusan dalam masa yang cepat dan mudah? Jangan risau kami di Lesenkewangan.com , kami akan membantu anda untuk memohon sijil kewangan. ‘’Tak sangka...

3 kunci Sabar Usahawan Perniagaan Untuk Berjaya

3 kunci Sabar Usahawan Perniagaan Untuk Berjaya

Sabar Sabar merupakan elemen yang penting di dalam sesebuah usahawan perniagaan. Orang yang berjaya dalam perniagaan adalah usahawan perniagaan yang sabar dalam pelbagai perkara yang mereka lalui. Sabar membuatkan kita lebih tenang, tidak mudah melenting, tidak gopoh...

3 Kelebihan Pendaftaran Lesen Kewangan MOF

3 Kelebihan Pendaftaran Lesen Kewangan MOF

Pengenalan Bila sebut sahaja lesen kewangan  bermacam tafsiran yang bermain di fikiran kita. Ada juga yang beranggapan lesen kewangan ini tempat untuk pinjam duit atau pun kita panggil pinjaman wang berlesen. Namun semua itu tidak betul sama sekali kerana kami di...