3 Aspek Kegunaan Sijil Digital MOF

by

sijil digital mof

Manfaat Sijil Digital MOF

Sijil digital MOF ePerolehan Malaysia adalah antara elemen utama di dalam permohonan transaksi perniagaan dengan kerajaan Malaysia. Apabila anda ingin menjalankan perniagaan dengan kerajaan Malaysia anda perlu mendaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Status pengesahan pendaftaran akan diberikan melalui sijil digital MOF ePerolehan. Tanpa sijil digital ePerolehan Malaysia anda tidak boleh memasuki tender yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Selain itu juga, sijil digital ePerolehan Malaysia ini juga adalah salah satu bentuk pengenalan identiti pembekal. Bagi setiap rakyat Malaysia, mereka dikenal pasti melalui kad pengenalan. Kerajaan Malaysia melalui sistem pengurusan pembekal Eperolehan Malaysia mengenal pasti pembekal melalui sijil digital ePerolehan. Setiap sijil digital ePerolehan Malaysia akan mempunyai identifikasi unik bagi memudahkan kerajaan Malaysia mengenal pasti setiap pembekal. Ianya ibarat nama tetapi menggunakan identifikasi unik nombor.

Tambahan lagi, sijil digital MOF ePerolehan Malaysia ini digunakan untuk mengakses masuk ke laman web pengurusan pembekal iaitu ePerolehan Malaysia. Tanpa sijil digital ePerolehan anda tidak boleh meneruskan urusan anda didalam laman web ePerolehan Malaysia. Kegunaan sijil digital ePerolehan merupakan satu bentuk identifikasi pembekal. Kerajaan Malaysia mengenal pasti setiap pembekal melalui nombor unik sijil digital ePerolehan.

Semua permohonan sijil digital akan disahkan oleh pihak berkuasa pemerakuan selaras dengan akta tandatangan digital 1997. Selepas permohonan sijil digital di luluskan, syarikat akan menerima email yang mengandungi pautan untuk menetapkan soalan keselamatan dan no pin sijil digital & hendaklah memastikan no pin sijil digital disimpan bagi tujuan transaksi dalam sistem Eperolehan Malaysia. Tempoh sah sijil digital MOF ePerolehan Malaysia adalah selama 3 tahun. Anda perlu memperbaharui sijil digital MOF ePerolehan sebelum tamat tempoh. Kegagalan untuk memperbaharui sijil digital ePerolehan akan menyebabkan pendaftaran anda sebelum ini terbatal.

Akhir kata, jika anda ada sebarang pertanyaan dan ingin membuat pendaftaran atau pembaharuan sijil digital dengan pihak kami, kami di Lesenkewangan.com sedia berkhidmat untuk anda. Hubungi talian hotline kami 018 – 9652 800 atau sila isikan Borang Permohonan dan kami akan uruskan permohonan tersebut untuk dapatkan sijil digital MOF untuk syarikat anda. Pegawai kami sentiasa sedia untuk membantu anda.

Great service & good in assisting question / queries!

Trust Auto Workshop

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

×