Kemaskini Permohonan Sijil Kewangan

by

Kemaskini Permohonan Sijil Kewangan

Hari ini saya akan kongsikan sedikit ilmu berkenaan kemaskini permohonan sijil kewangan dengan pihak Kementerian Kewangan Malaysia.. Tetapi permohonan baharu yang telah didaftarkan dengan MOF tidak dibenarkan melakukan sebarang perubahan ke atas pemilik/lembaga pengarah/pengarah/personel pengurusan/pekerja dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh didaftarkan. Jika keliru, boleh hubungi pihak kami untuk pegawai kami menyemak status syarikat anda..

Syarikat anda diluar sana sudah ada sijil kewangan, tetapi terdapat beberapa perubahan yang perlu dikemaskini dalam sijil kewangan seperti :

Perubahan pemilik/pengurus

Maklumat di dalam SSM sudah berubah atau ada pemilik baru yang menggantikan pemilik lama. Hal ini banyak berlaku semasa permohonan sijil kewangan. Terdapat juga pemilik lama yang sudah meninggal dunia dan pewaris syarikat itu akan mengambil alih jawatan pemilik tersebut. Semua maklumat ini haruslah dilakukan dahulu di SSM dan kemudian membuat perubahan untuk permohonan kemaskini profil sijil kewangan.

Perubahan alamat

Jika ada perubahan alamat dilakukan oleh pemilik, pihak kami akan meminta SSM yang telah diubah dan membuat kemaskini permohonan sijil kewangan dengan kadar segera. Hal ini disebabkan ramai pemilik yang ingin menggunakan sijil kewangan dengan kadar segera, tetapi perlu mengemaskini bahagian alamat di dalam sistem eperolehan.

Pekerja lama sudah berhenti

Pekerja yang sudah berhenti atau pekerja tersebut mempunyai syarikat lain yang ada sijil kewangan, kebiasaannya akan membuat perubahan ini. Jika kemaskini permohonan sijil kewangan tidak dilakukan, kemungkinan nama pekerja terbabit akan bertindih denagn syarikat lain yang mempunyai sijil kewangan. Pihak kami akan mengeluarkan nama pekerja tersebut dan menggantikan dengan nama pekerja yang baru.

Perubahan penyata akaun

Jika pemilik syarikat ingin menambah atau menukar maklumat mengenai penyata akaun, boleh kemukakan penyata akaun yang terkini untuk pihak kami masukkan di dalam sistem daftar Eperolehan & kemaskini permohonan sijil kewangan tersebut.

 Senarai dokumen yang diperlukan untuk permohonan kemaskini adalah :

·         Borang permohonan

·         Borang SSM

·         Penyata akaun semasa syarikat terkini

·         Salinan kad pengenalan semua pemilik & kakitangan syarikat

·         Dokumen berkaitan dengan maklumat yang dikemaskini/dipinda

·         Salinan sijil pendaftaran MOF sediada

Akhir sekali, jika dokumen-dokumen seperti di atas sudah lengkap, anda boleh menghubungi pihak kami di talian 018-9652700 / 018-9652800 atau hadir terus ke pejabat untuk serahan dokumen tersebut. Pegawai-pegawai kami akan membantu anda bagi mendapatkan sijil kewangan yang telah dikemaskini. Anda diluar sana juga boleh melihat pelanggan-pelanggan lain yang telah dapatkan perkhidmatan kami. Tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang ini.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

×