Ketahui Jenis-Jenis Pendaftaran MOF Dan Kadar Bayaran

by

pendaftaran mof

Jenis Syarikat

Di dalam pendaftaran MOF terdapat beberapa permohonan yang boleh dibuat. Setiap permohonan sudah pasti memerlukan kos yang perlu dibayar untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan. Bila sebut sahaja berkenaan kadar bayaran, sudah pasti anda semua mahukan perkhidmatan yang murah dan memuaskan hati. Namun ada juga pelanggan yang sanggup membayar dengan harga yang tinggi bagi mendapatkan sesuatu perkhidmatan yang lebih bagus dan berkualiti. Anda harus berhati-hati juga, jangan sampai termakan umpan scammer dengan melihat kadar bayaran yang terlalu murah. Lesenkewangan.com telah menawarkan kadar bayaran yang mampu milik selain menyediakan servis yang pasti buat anda berpuas hati. Hal ini telah diakui oleh pelanggan-pelanggan kami sebelum ini.

Jika anda lihat, kadar bayaran pendaftaran MOF ini telah dibahagi kepada 2 bahagian mengikut jenis-jenis perniagaan. Bahagian pertama adalah perniagaan Enterprise Milikan Tunggal, Perkongsian & Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT). Manakala bahagian kedua adalah Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd), Berhad, Firma Perunding, Koperasi, Persatuan & Pertubuhan. Penting untuk anda mengenal pasti jenis perniagaan anda terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran kerana bayaran yang dikenakan adalah berbeza mengikut jenis syarikat.

Pendaftaran MOF Enterprise/Plt

Bagi perniagaan jenis Enterprise Milikan Tunggal, Perkongsian & Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT), kadar bayaran pendaftaran MOF bagi permohonan baru adalah sebanyak RM950.00 untuk tempoh sah laku selama 3 tahun. Anda juga akan diberikan 30 jenis kod bidang secara percuma bagi setiap syarikat. Namun pihak kami galakkan untuk anda mengambil pakej permohonan baru beserta dengan sijil digital Eperolehan yang berharga hanya RM980.00 sahaja. Dengan mengambil pakej ini anda telah mendapat penjimatan wang sebanyak RM70.00. 

Memandang kan pihak kerajaan telah menggunakan sistem Eperolehan secara menyeluruh, jadi amat penting untuk anda memiliki sijil digital Eperolehan tersebut. Kadar bayaran bagi pembaharuan lesen pula adalah RM900.00 untuk tempoh sah 3 tahun.

Pendaftaran MOF Sdn Bhd/Firma Perunding/Koperasi/Pertubuhan

Untuk perniagan jenis Syarikat Sendirian Berhad (sdn bhd), Berhad (Bhd), Firma Perunding, Koperasi, Persatuan & Pertubuhan pula, harga yang ditawarkan untuk permohonan baru pendaftaran MOF adalah sebanyak RM1,240.00 untuk tempoh sah laku selama 3 tahun . Bagi yang ingin mengambil pakej beserta sijil digital kadar bayaran yang dikenakan sebanyak RM1,280.00 dan anda akan mendapat penjimatan sebanyak RM60.00. Bagi permohonan pembaharuan pula adalah sebanyak RM1,200.00 untuk tempoh sah 3 tahun beserta 30 kod bidang maksimum.

Untuk makluman anda, kadar bayaran sijil digital untuk permohonan kali pertama adalah RM100.00 untuk tempoh sah 3 tahun jika anda memohon secara berasingan. Potongan harga lebih dari 50% telah diberikan kepada anda jika anda mengambil harga pakej untuk kedua-dua jenis perniagaan. Berbaloi tak anda rasa? dah lah harga murah dapat pula diskaun.

Lain-Lain Permohonan

Selain kadar bayaran permohonan baru dan pembaharuan sijil kewangan, pihak kami juga menawarkan perkhidmatan lain seperti kemaskini profil, tambah kod bidang dan permohonan taraf bumiputera. Ketiga-tiga permohonan ini hanya boleh dilakukan selepas pendaftaran baru MOF anda berjaya atau selama mana tempoh sijil kewangan anda masih sah tempoh.

Permohonan kemaskini profil adalah bertujuan untuk mengemaskini maklumat syarikat seperti perubahan nama pemilik/pengarah, perubahan staff, alamat perniagaan dan maklumat-maklumat yang berkaitan. Harganya permohonan tidak lah terlalu mahal hanya RM190.00 untuk perniagaan Enterprise dan RM290.00 untuk syarikat Sdn Bhd.

Bagi permohonan tambah kod bidang pula, syarikat dibenarkan untuk menambah kod bidang pada bila-bila masa sahaja setelah lulus permohonan MOF. Namun setiap syarikat adalah tertakluk kepada syarat dimana hanya 30 jenis kod sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar bagi setiap syarikat. Kadar bayaran untuk tambah kod bidang adalah sama seperti permohonan kemaskini profil. Jika anda hendak jimat, ini tips yang kami ingin kongsikan. Permohonan tambah kod bidang dan kemaskini profil boleh dilakukan serentak. Dengan membayar 1 harga anda boleh dapat menikmati kedua-dua jenis permohonan dalam satu masa.

Sijil Taraf Bumiputera pula adalah khas bagi syarikat memiliki 100% pemilikan bumiputera atau 51% pemilikan bumiputera dari semua aspek pemilikan dan pengurusan syarikat. Kadar bayaran untuk permohonan taraf bumiputera adalah sebanyak RM380 untuk perniagaan Enterprise dan RM430 untuk syarikat Sdn Bhd. Bagi syarikat yang layak, anda boleh memohon 2 sijil iaitu sijil pendaftaran MOF dan sijil taraf bumiputera. Sijil taraf bumiputera ini boleh digunakan ketika memasuki tender/sebut harga yang dikhaskan untuk sijil bumiputera sahaja.

Penutup

Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh lihat di senarai kadar bayaran. Dengan pengalaman lebih dari 10 tahun dalam menguruskan pendaftaran MOF, pihak kami amat yakin bahawa anda akan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pegawai perunding kami. Selain harga yang murah semestinya servis yang terbaik menjadi keutamaan kami.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

×