Aspek Penting Daftar Bumiputera MOF Yang Perlu Anda Tahu

by

daftar bumiputera

Maksud Daftar Bumiputera

Tahukan anda selain permohonan lesen mof, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) juga turut membuka permohonan lesen daftar bumiputera bagi syarikat yang memenuhi syarat. Lesen taraf bumiputera ini boleh dipohon oleh syarikat yang mempunyai 100% pemilikan bumiputera atau sekurangnya 51% pemilikan bumiputera dari segala aspek pemilikan dan pengurusan syarikat. Banyak kelebihan yang kita boleh dapat selepas daftar sijil taraf bumiputera antaranya syarikat boleh memasuki tender/sebut harga yang dikhaskan untuk pemegang taraf Bumiputera sahaja. Syarikat akan lebih  berpeluang untuk merebut dan memenangi tender/sebut harga berbanding tawaran yang dibuka secara umum.

Kesilapan Semasa Memohon

Namun disebalik permohonan daftar bumiputera bukan mudah ya. Ramai yang cuba mohon namun permohonan ditolak. Permohonan daftar bumiputera juga tidak sama dengan permohonan lesen mof. Bagi permohonan bumiputera, wakil pegawai dari Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) akan hadir membuat lawatan tapak ke alamat premis perniagaan dan syarikat anda. Tujuan lawatan tapak dibuat adalah untuk memastikan bahawa syarikat tersebut benar wujud selain menyemak maklumat yang dimasukkan tepat dan dokumen yang dilampirkan adalah benar. Banyak syarikat yang gagal permohonan disebabkan oleh premis perniagaan mereka ditutup semasa lawatan dibuat oleh pegawai MOF. Jika berlaku kes sebegini, syarikat perlu membuat permohonan semula dan menuggu tugasan lawatan tapak dilakukan semula. Hal ini boleh mneyebabkan permohonan anda terganggu dan mengambil masa yang lebih lama untuk lulus.

Gunakan Khidmat Perunding

Terdapat banyak syarikat yang menawarkan khidmat perundingan bagi permohonan daftar bumiputera. Dengan menggunakan perkhidmatan kami di Lesenkewangan.com, masalah seperti diatas dapat dielakkan dengan membuat permohonan dengan cara yang betul dan tepat.  Ketepatan Ketika memasuki data di dalam sistem eperolehan juga merupakan kunci permohonan daftar bumiputera anda diluluskan. Maklumat yang dimasukkan mestilah tepat dan selari dengan dokumen yang dilampirkan.

Pegawai kami yang berpengalaman dalam menguruskan permohonan sijil mof dan daftar bumiputera akan membantu anda untuk memenuhi segala syarat dan kreteria yang diperlukan. Dengan ini anda tidak perlu bimbang permohonan anda ditolak. Tidak susah untuk hubungi kami. Talian 018-9652800 kami sentiasa terbuka untuk anda hubungi. Dengan teknologi kini, anda juga boleh hubungi kami dengan menggunakan aplikasi whatsapp di nombor yang sama atau boleh terus emailkan pertanyaan anda ke support@lesenkewangan.com. Segala pertanyaan anda akan dijawab dengan sebaiknya.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.

Artikel Berkaitan