3 Punca Pendaftaran Sijil Kewangan Untuk Sdn Bhd Ditolak

by

pendaftaran sijil

Pengenalan

Pendaftaran sijil kewangan untuk syarikat Sdn Bhd dengan  Kementerian Kewangan Malaysia ini memerlukan penyediaan dokumen yang rapi. Anda perlu kenalpasti dahulu setiap dokumen yang dilampirkan untuk memohon pendaftaran sijil kewangan ini. Hal ini adalah antara punca  utama mengapa kebanyakan pemohon mempunyai masalah dalam proses pendaftaran MOF untuk Sdn Bhd ditolak. Kebanyakan daripada dokumen permohonan yang dilampirkan tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan menyebabkan permohonan mereka tidak diluluskan.

Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Untuk pendafataran syarikat Sdn Bhd yang mengunakan alamat pejabat mereka diwajibkan mengemukakan lesen PBT yang masih aktif. Hal ini kerana MOF telah mengetatkan syarat untuk adanya lesen PBT ini supaya permonan sijil kewangan tidak ditolak. Adanya lesen PBT tersebut membuktikan yang wujudnya  perniagaan anda kerana berdaftar dengan Majlis Bandaraya/Perbandaran dan Daerah.  

Penyata/Borang A & Resit Bayaran KWSP Pekerja Bagi Bulan Terkini.

Bagi syarikat Sdn Bhd yang memohon pendaftaran sijil kewangan mereka diwajibkan untuk mengemukan caruman KWSP untuk pekerja-pekerja. Kegagalan mengemukan dokumen penyata caruman KWSP untuk pekerja juga akan menyebabkan permohonan anda ditolak oleh Kementrian Kewangan Malaysia.

Form of Annual Return (Section 68) Terkini

Anda harus mengemukakan section 68 yang terkini kepada pihak kami bagi syarikat yang telah lebih 1 tahun kewangan dengan syarat modal berbayar saham minima RM2500. Jika modal berbayar tidak melebihi dari minima yang ditetapkan akan menyebabkan permohonan sijil kewangan syarikat anda tidak diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Bagi syarikat yang belum melebihi 1 tahun, anda boleh mengemukakan section 14 SSM untuk permohonan tersebut.

Berikut adalah serba sedikit maklumat dapat dikongsikan dengan anda berkenaan dengan permohonan pendaftaran sijil kewangan dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Di sinilah peranan pihak kami di Lesenkewangan.com dapat membantu anda. Hubungi talian hotline kami 018 – 9652 800 atau emailkan ke support@lesenkewangan.com untuk sebarang pertanyaan. Anda juga boleh mengisi Borang Permohonan dan kami akan uruskan permohonan tersebut untuk syarikat anda.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

×