Ketahui 4 Punca Utama Pendaftaran MOF Anda Sering Ditolak (Reject)

by

pendaftaran mof

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) cerewet.. suka reject permohonan pendaftaran MOF syarikat.. Salah anda? Atau salah pegawai MOF yang reject permohonan anda?

Siapa kat sini antara pembekal yang ada masalah untuk membuat pendaftaran MOF? Kalau submit permohonan ke MOF je mesti permohonan ditolak oleh pegawai. Sudah tidak tahu apa kesalahan dan kesilapan anda ketika menghantar permohonan?

Anda pasti semua dokumen yang dihantar ke MOF sudah menepati syarat dan memenuhi kehendak MOF? Hal ini kerana, kes pendaftaran MOF ditolak oleh pegawai adalah disebabkan oleh dokumen yang anda hantar dan maklumat yang anda isytiharkan tidak selaras dan tidak sah digunakan. Ramai antara pelanggan kami mengalami masalah pendaftaran MOF ditolak banyak kali oleh pegawai MOF.

Ketahui antara alasan-alasan yang menjadi punca kepada penolakan permohonan anda ketika membuat pendaftaran MOF. Kami akan bongkarkan segala alasan yang sering dihadapi oleh pelanggan kami apabila pendaftaran MOF ditolak oleh pegawai MOF.

Punca utama adalah dokumen yang dihantar ke MOF tidak lengkap. Kebanyakkan pelanggan tidak cakna dengan dokumen yang diperlukan oleh MOF. Ada yang hantar SSM yang tidak cukup bilangan muka surat, Section 68 tidak lengkap dan sebagainya. Kedua, maklumat yang diisytiharkan didalam sistem eperolehan tidak selaras dengan maklumat yang dilampirkan dalam dokumen syarikat. Perkara ini memang banyak berlaku dalam kalangan pembekal kami. Jadi anda perlu pastikan semua dokumen dan maklumat yang diisi lengkap dan selaras supaya permohonan anda tidak ditolak.

Seterusnya, jumlah baki dalam akaun bank semasa syarikat tidak cukup RM2,500 hal ini sering menjadi masalah kepada syarikat yang kurang mendapat projek untuk syarikat atau kurang pengaliran wang keluar masuk dalam syarikat yang menjadi punca permohonan anda ditolak oleh MOF. Salinan perjanjian premis tidak dimatikan setem hasil juga antara punca permohonan MOF anda ditolak dan ada juga pelanggan yang hantar perjanjian sewa yang sudah tamat tempoh.

Jadi sebagai pembekal yang bijak, anda perlu memastikan segala kehendak dan syarat yang ditetapkan oleh MOF telah dipenuhi sebelum permohonan dihantar ke MOF untuk mendapatkan kelulusan. Jadikan punca-punca ini sebagai pengajaran yang untuk anda agar tidak membuat kesalahan lagi.

Kami di team support@lesenkewangan.com akan membantu anda untuk mendapatkan sijil kewangan tanpa sebarang penolakan daripada pegawai MOF. Kami juga akan membantu anda untuk memudahkan segala urusan penyediaan dokumen permohonan yang lengkap sebelum dihantar ke MOF untuk mendapatkan kelulusan. Jaminan pulangan wang akan dikembalikan sekiranya permohonan anda ditolak oleh MOF.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang punca permohonan anda ditolak? Boleh hubungi kami di talian 018-9652700/800 dan boleh layari laman sesawang syarikat kami Lesenkewangan.com untuk mengisi borang permohonan pendaftaran dengan kami.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

×