3 Punca Utama Pendaftaran Sijil MOF Untuk Enterprise Ditolak
Disediakan oleh: Nazrin
pendaftaran sijil mof

Pendaftaran sijil MOF untuk enterprise dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) ini  tidak lah sukar tetapi prosesnya agak melecehkan. Anda bukan sahaja perlu mempunyai kemahiran dalam menggunakan komputer, malah perlu tahu menggunakan internet. Ini adalah antara punca  utama mengapa kebanyakan pemohon mempunyai masalah dalam proses pendaftaran mof untuk enterprise. Kebanyakan daripada dokumen permohonan yang dilampirkan tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan menyebabkan permohonan mereka tidak diluluskan. Di sini saya kongsikan 3 sebab pendaftaran sijil MOF untuk enterprise tidak diluluskan oleh kementerian kewangan Malaysia.

Kod Bidang Tidak Selari Dengan Jenis Perniagaan Dalam SSM

Untuk pemilihan kod bidang rumah atau kod bidang bekalan & perkhidmatan untuk pendaftaran syarikat Enterprise pembekal harus memastikan jenis perniagaan dalam SSM selari dengan kod bidang yang dimohon. Jika kod bidang yang dipohon itu tidak ada dalam jenis perniagaan SSM pembekal akan menyebabkan Kementerian Kewangan Malaysia menolak permohonan pendaftaran sijil MOF anda.

Menggunakan Penyata Akaun Simpanan

Untuk pendaftaran syarikat Enterprise, penyata akaun simpanan atas nama pemilik tidak dibenarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Pembekal harus membuka akaun semasa atas nama syarikat dan mempunyai baki terkini dalam akaun tersebut sekurang-kurangnya RM2500.

Perjanjian Sewa Premis Yang Dimatikan Setem

Untuk pendaftaran syarikat Enterprise yang mengunakan alamat pejabat mereka diwajibkan mengemukan surat perjanjian sewa yang terkini lengkap dimatikan setem. Jika pembekal menggunakan alamat rumah sebagai premis perniagaan mereka harus mengemukakan geran tanah bagi rumah milik sendiri dan jika rumah itu disewa mereka harus menyediakan surat perjanjian sewa tersebut.

Walaupun bagaimanapun, segala masalah ini boleh diselesaikan. Di sinilah peranan pihak kami di Lesenkewangan.com dapat membantu anda. Kami menyediakan perkhidmatan pendaftaran MOF dan memberi khidmat rundingan mengenai proses pendaftaran MOF. Segala-galanya diselesaikan oleh syarikat kami. Anda cuma sediakan dokumen yang pihak kami perlukan dan kami uruskan proses pendaftaran sepenuhnya sehingga mendapat kelulusan sijil kewangan dari Kementerian Kewangan Malaysia. Hubungi talian hotline kami 018 – 9652 800 atau emailkan ke support@lesenkewangan.com untuk sebarang pertanyaan.

I really like the feedback action on your part. continue this attitude. thank you

Ain securinas

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

7 Syarat untuk Pendaftaran Syarikat Di SSM

7 Syarat untuk Pendaftaran Syarikat Di SSM

Pengenalan Menurut laman web SSM, perniagaan adalah meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian...

Perlu Mohon Lesen MOF Atau Tidak Untuk Syarikat Anda?

Perlu Mohon Lesen MOF Atau Tidak Untuk Syarikat Anda?

Hasil semakan mendapati masih ramai kalangan pembekal yang belum mohon lesen MOF lagi. Dan ada juga di kalangan pembekal ini masih keliru tentang permohonan lesen mof sama ada wajib mohon ataupun tidak untuk perniagaan atau syarikat mereka. Tapi itu tidak bermakna...

4 Kaedah Memajukan Perniagaan

4 Kaedah Memajukan Perniagaan

Kaedah untuk memajukan perniagaan yang diusahakan mempunyai harapan yang tinggi agar perniagaan itu terus maju dan berjaya serta dapat mengubah masa depan agar tidak ditindas pihak lain. Tiada sesiapa yang mengharap perniagaan yang dijalankan musnah dengan wang...

Ketahui Jenis Bayaran Pendaftaran MOF Syarikat Anda

Ketahui Jenis Bayaran Pendaftaran MOF Syarikat Anda

Jenis Syarikat Di dalam pendaftaran MOF terdapat banyak permohonan yang boleh dibuat. Setiap permohonan sudah pasti memerlukan kos yang perlu dibayar untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan. Bila sebut sahaja berkenaan kadar bayaran, sudah pasti anda semua...

5 Tawaran  Pihak Kami Untuk Sijil Kewangan MOF

5 Tawaran Pihak Kami Untuk Sijil Kewangan MOF

Untuk memasuki tender atau sebut harga yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan anda perlu mendaftar lesen Kementerian Kewangan Malaysia dahulu kerana syarat wajib untuk memasuki tender kerajaan ialah perlu mempunyai sijil MOF. Para pembekal tidak perlu susah atau pening...

Ketahui 4 Punca Utama Pendaftaran MOF Anda Sering Ditolak

Ketahui 4 Punca Utama Pendaftaran MOF Anda Sering Ditolak

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) cerewet.. suka reject permohonan pendaftaran MOF syarikat.. Salah anda? Atau salah pegawai MOF yang reject permohonan anda? Siapa kat sini antara pembekal yang ada masalah untuk membuat pendaftaran MOF? Kalau submit permohonan ke...

3 Punca Pendaftaran Sijil Kewangan Untuk Sdn Bhd Ditolak

3 Punca Pendaftaran Sijil Kewangan Untuk Sdn Bhd Ditolak

Pengenalan Pendaftaran sijil kewangan untuk syarikat sdn bhd dengan  Kementerian Kewangan Malaysia ini memerlukan penyediaan dokumen yang rapi. Anda perlu kenalpasti dahulu setiap dokumen yang dilampirkan untuk memohon sijil kewangan ini. Hal ini adalah antara punca ...

Alasan Kenapa Memilih Kami Sebagai Konsultan Sijil Kewangan Anda?

Alasan Kenapa Memilih Kami Sebagai Konsultan Sijil Kewangan Anda?

Adakah anda seorang pembekal yang memerlukan konsultan sijil kewangan bagi syarikat anda untuk mendapatkan kelulusan dalam masa yang cepat dan mudah? Jangan risau kami di Lesenkewangan.com , kami akan membantu anda untuk memohon sijil kewangan. ‘’Tak sangka...

3 kunci Sabar Usahawan Perniagaan Untuk Berjaya

3 kunci Sabar Usahawan Perniagaan Untuk Berjaya

Sabar Sabar merupakan elemen yang penting di dalam sesebuah usahawan perniagaan. Orang yang berjaya dalam perniagaan adalah usahawan perniagaan yang sabar dalam pelbagai perkara yang mereka lalui. Sabar membuatkan kita lebih tenang, tidak mudah melenting, tidak gopoh...

3 Kelebihan Pendaftaran Lesen Kewangan MOF

3 Kelebihan Pendaftaran Lesen Kewangan MOF

Pengenalan Bila sebut sahaja lesen kewangan  bermacam tafsiran yang bermain di fikiran kita. Ada juga yang beranggapan lesen kewangan ini tempat untuk pinjam duit atau pun kita panggil pinjaman wang berlesen. Namun semua itu tidak betul sama sekali kerana kami di...