7 Syarat Permohonan Kod Bidang Percetakan

by

kod bidang percetakan

Untuk menjalankan urusniaga dengan jabatan kerajaan Malaysia dalam bidang percetakan, syarikat anda haruslah terlebih dahulu berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan memiliki kod bidang percetakan. Namun begitu terdapat banyak syarat-syarat untuk melayakkan sesebuah syarikat memiliki kod bidang ini.

Syarat-Syarat Permohonan Kod Bidang Percetakan

  • Modal berbayar/ terkumpul RM50,000.00.
  • Penguasaan syarikat 100% Bumiputera kecuali pekerja 80% Bumiputera (20% Pekerja Bukan Bumiputera).
  • Lesen percetakan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi bidang 221601 hingga 221608.
  • Surat kelulusan Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (Jabatan Perdana Menteri) bagi bidang 221607 dan 221608.
  • Minimum tiga (3) orang pekerja tetap yang dicarum KWSP tidak termasuk pemilik/pengarah.
  • Syarikat yang mempunyai mesin cetak digital (digital off-set) merupakan satu kelebihan sahaja.
  • Lesen PBT.

Kod ini dikategorikan sebagai kod bidang khas yang memerlukan lawatan tapak oleh pihak MOF. Terdapat lebih banyak syarat-syarat & dokumentasi yang perlu dilengkapkan berbanding dengan permohonan kod bidang biasa dan ianya agak susah untuk mendapat kelulusan dari pihak MOF jika syarat-syarat tersebut tidak dipatuhi. Namun begitu, anda tidak perlu risau kerana kami akan memastikan proses permohonan tersebut berjalan lancar sehingga permohonan anda diluluskan. Hubungi hotline kami ditalian 018 9652 800 atau emailkan ke www.lesenkewangan.com  untuk sebarang pertanyaan tentang permohonan kod bidang percetakan untuk syarikat anda.

2 Comments

  1. Lai Weng Kuen

    Hi Cik,

    Nak tahu lebih lanjut berkenaan dgn salah 1 syarat dimana 3 pekerja tetap yg dicarum KWSP, minimum kena berapa bulan?

    Terima kasih.

    Reply
    • Author

      Hi,

      Minimum 1 bulan caruman KWSP diperlukan. Sila hubungi team kami ditalian 018 9652 800 (En. Faiz/Pn. Fatiha) untuk maklumat lanjut. Terima kasih.

      Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Apa Itu Lesen MOF?

Apa Itu Lesen MOF?

Pengenalan Dalam perniagaan, pemasaran produk dan perkhidmatan merupakan salah satu aspek yang...

×