Ketahui Rahsia Sijil Digital MOF

by

sijil digital mof

Apa itu sijil digital MOF?

Lesen MOF dah ada, tetapi saya tidak ada sijil digital MOF?? Macam mana ya dengan lesen MOF saya..Valid tak?? Apa yang perlu saya lakukan untuk masuk sebut harga dengan pihak kerajaan? Macam mana pembayaran kepada pihak saya apabila kerja sudah selesaikan, dapat ke pihak kerajaan bayar sedangkan saya tiada sijil digital MOF…

Sijil digital MOF diperlukan bagi urusan secara atas talian melalui sistem Eperolehan untuk pembekal atau syarikat menjalankan urus niaga dengan jabatan kerajaan. Eperolehan  tidak lagi menggunakan medium token ePXS USB Crypto sebagai pengesahan pengenalan pengguna berdaftar. Kementerian Kewangan Malaysia telah menetapkan syarat kepada semua pembekal yang bertransaksi dengan kerajaan Malaysia untuk memiliki sekurang-kurangnya satu sijil digital eperolehan bagi mengakses ke sistem eperolehan.

Bagi membolehkan urusniaga dengan eperolehan kerajaan dilaksanakan, syarikat hendaklah mengambil tindakan memuat naik sekurang-kurangnya satu katalog mengikut jenis produk atau perkhidmatan yang ditawarkan ke dalam sistem eperolahan. Katalog ini boleh dikemaskini pada bila-bila masa mengikut keperluan. Sebagai contoh, jika syarikat anda membekal bahan mentah, anda boleh memilih barang keperluan tersebut di dalam katalog yang telah disediakan.

Mempunyai sijil digital MOF yang masih sah laku. Bagi pendaftaran individu, hanya satu sijil digital sahaja yang dibenarkan. Manakala bagi pendaftaran selain individu, sijil digital hanya terhad kepada tiga pengguna sahaja iaitu bagi peranan pentadbir pembekal dan pengguna pembekal.

Semua permohonan sijil digital akan disahkan oleh Pihak Berkuasa Pemerakuan selaras dengan Akta Tandatangan Digital 1997. Selepas permohonan sijil digital diluluskan, syarikat hendaklah menerima emel yang mengandungi pautan untuk menetapkan soalan keselamatan dan no. pin sijil digital. Nombor pin tersebut hendaklah disimpan bagi tujuan transaksi dalam sistem eperolehan.

Kini sijil digital MOF tanpa medium menggantikan peranti ePXS USB Crypto berfungsi sebagai kunci kepada semua urusan eperolehan kerajaan yang terjamin keselamatannya. Segala permohonan yang memerlukan tandatangan dan pengesahan akan disahkan dengan tandatangan digital yang keberkesanannya tidak boleh disangkal lagi.

Sila isikan Borang Permohonan dan kami akan uruskan permohonan tersebut untuk dapatkan sijil digital MOF untuk syarikat anda.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

×