Pendaftaran Sijil MOF Yang Ditawarkan
Disediakan oleh: Nazrin
sijil mof

Pengenalan Sijil MOF

Apa itu sijil MOF ? Kerajaan mewujudkan sijil MOF adalah untuk memperkukuhkan daya saing dan daya tahan ekonomi negara selain menjamin kekayaan negara dapat diagihkan dengan betul serta meningkatkan kesejahteraan penduduk. Permohonan lesen ini hanya layak kepada yang menjalankan perniagaan seperti jenis syarikat Enterprise, syarikat Sdn Bhd, Perkongsian atau syarikat yang berdaftar dengan Syarikat Suruhanjaya Malaysia (SSM) sahaja. Anda perlu ingat, setiap jenis perniagaan mempunyai sedikit perbezaan dalam permohonan sijil MOF

Secara umumnya untuk menjalankan perniagaan dengan kerajaan Malaysia anda perlu membuat permohonan lesen Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Apabila anda membuat pendaftaran MOF anda akan mendapat sijil MOF. Dengan adanya sijil kewangan MOF ini  ia menunjukkan anda telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan anda boleh memasuki tender kerajaan dan agensi yang berkait dengannya. Sistem ePerolehan Malaysia merupakan satu sistem elektronik dalam talian yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia sebagai fungsi untuk memudahkan aktiviti perolehan kerajaan dengan para pembekal untuk pendaftaran MOF. Melalui sistem ePerolehan Malaysia, anda sebagai pembekal dapat mengurus dan memproses pesanan pembelian serta menerima bayaran daripada agensi-agensi kerajaan menerusi Internet. Para  pembekal juga lebih mudah untuk dihubungi kerana segala maklumat telah dinyatakan di dalam sistem ePerolehan Malaysia.

Bagi permohonan anda yang sudah diluluskan, anda akan diberikan sijil kewangan MOF yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Sijil ini mesti diperbaharui setiap 3 tahun. Anda akan mempunyai akaun profil di dalam sistem ePerolehan bagi membolehkan para pembekal menghantar sebut harga, mendapatkan dokumen tender dan menghantar tawaran tender menerusi ePerolehan. Akaun MOF juga mempunyai kod bidang mof yang tersendiri di mana kod bidang ini yang akan menentukan jenis – jenis tender yang layak dipohon oleh pembekal.

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau ingin membuat pendaftaran MOF untuk syarikat anda, kami di sini sedia berkhidmat untuk anda. Hubungi sahaja talian hotline kami 018 – 9652 800 atau boleh isikan maklumat ke  www.lesenkewangan.com/borang-permohonan/ untuk sebarang pertanyaan. Pegawai kami sentiasa sedia untuk membantu anda.      

Excellent service! We will definitely engage them for other MOF application in the near future.                                                                                                                                   

Tahpi Pty Ltd MYKL

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

Jom Daftar Sijil Taraf Bumiputera

Jom Daftar Sijil Taraf Bumiputera

Adakah anda seorang pembekal bumiputera yang sedang struggle untuk membuat permohonan pendaftaran sijil taraf bumiputera dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi mendapatkan tender/sebut harga kerajaan yang mewajibkan syarikat mempunyai sijil taraf bumiputera?...

Pendaftaran Sijil MOF Untuk Firma Perunding

Pendaftaran Sijil MOF Untuk Firma Perunding

Hari ini saya akan kongsikan serba sedikit maklumat tentang pendaftaran sijil MOF untuk Firma Perunding. Pertama sekali bagi syarikat besar seperti perunding, permohonannya agak sedikit rumit kerana memerlukan kelayakan & dokumen tertentu. Sijil MOF Untuk Firma...

Bilangan Kod Bidang MOF Yang Layak Dimohon

Bilangan Kod Bidang MOF Yang Layak Dimohon

Tidak tahu jumlah sebenar kod bidang MOF yang boleh dipohon dengan Kementerian Kewangan Malaysia? Masih belum berpuas hati dengan jumlah kod bidang yang didaftarkan sebelum ini? Terasa rugi jika tidak memohon kesemua kod yang selari dengan jenis perniagaan yang ada...

Ketahui Rahsia Sijil Digital MOF

Ketahui Rahsia Sijil Digital MOF

Apa itu sijil digital MOF? Lesen MOF dah ada, tetapi saya tidak ada sijil digital MOF?? Macam mana ya dengan lesen MOF saya..Valid tak?? Apa yang perlu saya lakukan untuk masuk sebut harga dengan pihak kerajaan? Macam mana pembayaran kepada pihak saya apabila kerja...

7 Syarat Permohonan Kod Bidang Percetakan

7 Syarat Permohonan Kod Bidang Percetakan

Untuk menjalankan urusniaga dengan jabatan kerajaan Malaysia dalam bidang percetakan, syarikat anda haruslah terlebih dahulu berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan memiliki kod bidang percetakan. Namun begitu terdapat banyak syarat-syarat untuk melayakkan...

5 Langkah Mudah Lesen Kewangan Online

5 Langkah Mudah Lesen Kewangan Online

Isi Borang Permohonan & Buat Bayaran. Setiap permohonan semestinya ada borang yang perlu di isi. Sama juga dengan permohonan lesen kewangan online di mana anda perlu mengisi beberapa butiran syarikat untuk tujuan pengesahan dari pihak kami. Isikan beberapa butiran...

3 Fungsi Daftar Eperolehan Perlu Anda Tahu

3 Fungsi Daftar Eperolehan Perlu Anda Tahu

Maksud Daftar Eperolehan merupakan satu sistem di bawah Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) bagi menguruskan permohonan lesen mof dan kerja-kerja berkaitan tender dan sebut harga kerajaan. Jika anda telah mempunyai sijil MOF ditangan anda, sudah semesti syarikat anda...

3 Aspek Kegunaan Sijil Digital MOF

3 Aspek Kegunaan Sijil Digital MOF

Manfaat Sijil Digital MOF Sijil digital MOF ePerolehan Malaysia adalah antara elemen utama di dalam permohonan transaksi perniagaan dengan kerajaan Malaysia. Apabila anda ingin menjalankan perniagaan dengan kerajaan Malaysia anda perlu mendaftar dengan Kementerian...

Permohonan Ditolak Oleh MOF?

Permohonan Ditolak Oleh MOF?

Rasa tertekan atau kecewa apabila permohonan ditolak oleh pegawai MOF? Dokumen sokongan yang diminta oleh MOF terlalu sukar untuk disediakan sehingga menyebabkan permohonan ditolak? Dokumen permohonan masih tidak lengkap dan tidak tahu bagaimana untuk melengkapkan...